SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Thursday, October 10, 2019

Mahu Reboot

Salam pagi.

Di pagi ini, terngiang-ngiang di fikiran, " insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results."

Saya mahu reboot kembali satu cabang bisnes saya tetapi, mahu ikut cara yang lain. Pada masa lalu ia tidak berjaya kerana saya tidak fokus dan terlalu banyak yang mahu dilakukan.

Yes, kali ini saya akan lakukan dengan cara lain. It is time to chart a new path.

Hidupkan semangat laskar pelangi anda

FB, 091019 0830

Monday, October 7, 2019

Kisah Bisnes Silam Ome

Saya bermula perniagaan online sejak 2007.
Antaranya ---
*** Menjual di eBay.com
Cenderamata, t-shirt Dan mousepad secara dropship melalui artsnow.com
Yang paling berjaya setakat ini, kemuncaknya adalah masa zaman filem Twilight 
Belajar dengan tuan Sifulan dan noorizam.
*** Blogging
Khususnya untuk affiliate marketing. Masih lagi buat cuma tidak aktif. Kini, mula aktif kembali.
Belajar dengan tuan Rohaizad, bro Ijad.
*** Google AdWords
Belajar dengan sifu Wan Mus, tentang Google AdWords. Ada beberapa kejayaan kempen yang dijalankan.
Beliau memang otai AdWords. Saya syorkan siapa yang mahu belajar AdWords supaya hubungi beliau.
*****
Kepada cikgu-cikgu di atas terima kasih banyak-banyak atas ilmu yang dicurahkan.
Kenapa perkembangan bisnes online dahulu slow? Kurang FOKUS Dan DISIPLIN.
Itu dulu Azmir 1.0, kini Azmir 2.0  doakan kejayaan saya 


FB 031019, 0935

Salah satu seminar dahulu Ome sertai

Wednesday, October 2, 2019

Tentang Ammar Zahar dan Azian Usman

Saya dah bergaul lama dalam dunia bisnes internet, specifically internet marketing. Banyak ilmu telah dipelajari cuma fokus untuk menjalankan ilmu itu yang kureng sedikit 
Dalam pengalaman saya tentang pembelajaran ilmu bisnes online, pelbagai produk2 IM telah saya beli dan guna. Ada ilmu yang okay dan ada yang tidak okay 
Jadi saya nak cerita tentang dua IM yang produk2 mereka yang telah saya beli dan gunakan.
Tuan Ammar Zahar (Jootawan)
Saya mengenali beliau sejak produk A+ Dan terus kepada produk2 mania beliau. Dengan kisah latar hidup yang penuh inspirasi, beliau berjaya menjadi IM yang proven, iaitu apa yang dia ajar, betul dan menjadi.
Tuan Azian Usman (Zyan)
Bermula dengan product Teknik Clickbank, beliau byk menghasilkan produk2 digital. Yang terbaru adalah Rahsia Dropship Shopee di mana diajar cara buat Dropship di platform Shopee.
Ada lagi yang saya belum senaraikan dan cerita di sini.

posted on FB 28/9

Sunday, September 29, 2019

Video Bisnes Saya Yang Pertama

Semasa di Seminar Ammar Zahar pada hari Sabtu, 28 October 2019, lepas, beliau mengajar/menunjukkan cara buat video.

Dan di bawah adalah video bisnes pertama saya. Secara ringkas, Ome bercerita tentang tuan Ammar Zahar dan tuan Azian Usman:)




Diambil dengan my hp Neffos X1 Lite, di lokasi Jootawan Group. Video pertama, so masih boleh diperbaiki :)


Wednesday, September 25, 2019

Sunday, February 10, 2019

Asal usul Bisnes Online Saya Dan Pelajarannya (Bahagian Satu)

Saya ada buat beberapa catatan di Facebook beberapa hari lepas. Rasa mahu kongsi di sini ...

Saya mula masuk bisnes online sejak tahun 2007. Sifu pertama saya ialah tuan Saifulsham. Waduh sudah 12 tahun .... berkepuk poket saya? no .... sebab apa? nanti saya cerita ...

Sambungan cerita ... Pelbagai kursus bisnes online says pergi ... eBay, AdWords, ebook, etc ... Bagus2 Dan says faham. Masalahnya, tidak pernah applikasi atau bila applikasi, give up n menyerah. Lepas itu, mula balik dan kitaran itu berlaku semula. Cuba itu dan ini. Kesimpulan, masalahnya FOKUS dan komitmen. Jawapannya senang sahaja, dan realitinya pahit :/ benar kan?

Akan bersambung lagi ...

Wednesday, September 19, 2018

Cara Buat Duit Dengan Duit Dengan Shopee

Shopee.com.my sekarang ini menjadi medan popular pembeli online masa kini. Bersesuaian dengan itu ramai yang mahu tahu cara menjual di shopee, untuk mengambil peluang pasaran pembeli di sana.

Ome syorkan rakan2 yang berminat untuk buat duit dengan Shopee, klik di link di bawah mengenai kisah Jenin, seorang peniaga menjana pendapatan lumayan 4 angka dengan Shopee.

Selamat membaca :)




Friday, September 15, 2017

Petua Adam Khoo Tentang Hidup Dan Bisnes

Adam Khoo, salah seorang jutawan yang saya hormati memberi beberapa petua cara beliau menjalankan hidup dan bisnes beliau.

Petua-petua beliau


  1. Boleh mendapat pendapatan iklan dengan cara Youtube.
  2. Jangan lupa keluarga dan orang tersayang, walaupun fokus dengan kejayaan kerjaya dan akademik.
  3. Kerja boleh menjauhkan diri dari keluarga tersayang, tetapi membuatkan kita lebih sayang kepada mereka. Tetapi, jangan berjauhan terlalu lama.
  4. Ada pelbagai cara menjana pendapatan. Fokus satu cara sehingga ia berjaya, sebelum mencuba cara yang lain. Buat terlalu banyak cara pada masa yang sama boleh membawa kepada kegagalan.


Anda boleh baca artikel sepenuhnya di sini.

Saya setuju dengan semuanya, khususnya no 4. Saya ada menulis tentang fokus di post ini dan ini. Dan saya bersalah kerana terlalu banyak benda mahu buat sebelum ini, tetapi akhirnya tidak ada apa yang menjadi.

Benarlah kata pepatah Melayu, "Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran .."

Selamat Berniaga :)


Saturday, September 2, 2017

Petua Asas Untuk Marketing

Saya petik nasihat emas ini dari brc.my,

"Nak buat marketing secara online ke offline? Di Facebook ke Instagram ke Adwords ke blog?"

Jawapan:

1. Kenalpasti: Siapa pelanggan?

2. Di mana pelanggan berada?

3. Market-kan di mana pelanggan berada.

4. Tidak kiralah offline atau online. Facebook atau Instagram atau Adwords atau blog atau emel atau isyarat asap atau pasar malam.

5. Market-kan di mana pelanggan berada. Ye, sengaja ulang.

Tolong #forward mesej ni pada kawan-kawan ye?

----

Saya sangat2 syorkan rakan2 pergi ke laman ini, brc.my, dan juga join kumpulan telegram dan FB mereka. Sangat2 berbaloi pengetahuan yang diberikan.

Monday, June 5, 2017

Sunday, January 1, 2017

Budaya 'Copy' Kembali

Pemilik pakej RajaAdsense membuat posting di FB beliau (dibawah) tentang produk Raja Adsense dijual secara tidak sah di lelong.com.my

Dan saya pun membuat periksa di lelong.com.my. Betul rupanya,


di sini linknya, tapi telah hilang, dibuang oleh lelong.

Kasihan tuan Shamsuriyadi yang penat berusaha menghasilkan produk evergreen ini. Ini megingatkan saya kepada post saya mengenai penyakit sharing is caring di pasaran tempatan.

Semoga tuan Shamsuriyadi tabah dengan dugaan ini.

Wednesday, December 21, 2016

Tulislah Walaupun Sepotong Ayat 1

Sebenarnya banyak idea untuk menulis. Tetapi, terlalu banyak sehingga tepuk otaks ini.

Yang pasti 2017 adalah tahun perniagaan Ome, InsyaAllah.






Saturday, November 26, 2016

Budaya 'Sharing Is Caring' Yang Membinasakan

Membaca post tuan Shamsuriyadi mengenai penyalahgunaan penyebaran ebook tipsptd.com, di blog beliau, mengingatkan saya budaya 'sharing is caring' yang diamalkan oleh sebahagian besar warga online negara, mengenai ebook.

Saya pernah membeli banyak ebook keluaran tempatan dalam beberapa bidang. Dalam konsep sharing is caring, bagi saya, jika orang bertanya mengenai produk tersebut, saya akan ceritakan serba sedikit mengenai apa kandungan ebook itu. Tetapi, mengikut terma dalam ebook, saya tidak akan sekali-kali memberi salinan digital ebook itu, walaupun ia mengambil masa sesaat sahaja untuk berbuat demikian.

Apa yang tuan Shamsuriyadi tulis dalam post ini bertanyakan kejujuran orang-orang yang berbuat begini? Adakah berkat ilmu mereka, atau untung mereka dari ilmu yang diambil sebegini?

Terima kasih kepada tuan Shamsuriyadi menengahkan scenario begini dalam post beliau.


Sunday, October 16, 2016

Cawan Anda Sudah Penuh ....

Satu pelajaran mengenai bisnes ...

A zen koan (instructional story):
Nan-in, a Japanese master, received a university professor who came to inquire about Zen.
Nan-in served tea. He poured his visitor's cup full, and then kept on pouring.
The professor watched the overflow until he no longer could restrain himself. "It is overfull. No more will go in!"
"Like this cup," Nan-in said, "you are full of your own opinions and speculations. How can I show you Zen unless you first empty your cup?"
I often get into my worst trades when I am full of opinions and speculations about the news: Oil must drop, gold must go up, and so on. 
I often add a "it must do such-and-such because" and then ... I add some speculation to the mix. This only deepens the opinion. It only makes it harder to drop the trade when it goes badly.
Hold onto your opinions lightly, and grasp your money management rules tightly.
------
melalui emel Rob Booker ....
Pelajaran- Bila belajar ilmu bisnes, kosongkan 'cawan' anda ....

Saturday, July 2, 2016

Sebenarnya Kita Dah Ada Apa Yang Diperlukan

Bila nak buat apa2 bisnes, selalu ditekankan ilmu itu  penting, dan harus cari ilmu. Apa yang berlaku kalau kita ada mcm2 ilmu, kita tak tahu nak pilih mana satu, dan terus tercegat, tiada tindakan.
Kenudian kita bermula balik, dan perkara semula berulang. Macam pernah dengar tak?

Secara ringkas itu lah yang berlaku kpd Ome sekitar tahun ini pada awal tahun. Ome merasa tepu di kepala. Ilmu pengetahuan tetapi applikasinya .... hampeh .. senang cakap ...

Masa break, Ome imbas kembali pembabitan sejak 2007, di bidang IM, dengan saifulsham ... dan sehingga sekarang ... mmg banyak pengalaman dan ilmu yang Ome kutip. Juga kenal beberapa insan yang dulu seangkatan yang telah berjaya di bisnes masing2.
dulu
Mengapa - fokus dan usaha .. macam Ome pernah dulu tulis di sini.

Kini Ome kembali dengan fokus yang lebih tajam dan terang.

Doakan Ome berjaya.

Monday, June 20, 2016

Apa Hubungan Bakat Dengan Fokus?

Pengajaran Pertama: Bakat sentiasa ada. Untuk ia berjaya, fokus dan usaha bakat tersebut.
Menidakkannya akan 'mengosong'kan jiwa. Bukan senang, tetapi boleh dilakukan.

Bagaimana? Next post kita cerita...

Wednesday, June 8, 2016

Monday, November 16, 2015

6 Petua Untuk Berjaya Oleh Irfan Khairi

Saya sempat mengikut live broadcast IK  malam ini (16/11), di mana beliau menggunakan Facebook untuk buat live broadcast, di page beliau di sini. I did not know you can do that! :) ...

Beliau Memberi 6 Petua Kejayaan


  1. Have Fun
  2. Don't Reinvent The Wheel
  3. Matlamat Kecil 
  4. Bagitahu Orang Matlamat Kita
  5. FOKUS
  6. Automasikan Kerja Anda -- gunakan Standard Operating Procedure


Secara ringkas, have fun bermaksud kejayaan dapat dicapai dengan seronok, teruja dengan apa yang kita usahakan. Don't Reinvent The Wheel, gunakan cara-cara yang telah terbukti berkesan. Matlamat Kecil, bermaksud, walaupun matlamat besar, pecah-pecahkan kepada saiz2 yang lebih kecil, supaya lebih senang dicapai.Bagitahu matlamat kita, supaya kita bertanggungjawab terhadap matlamat kita.

FOKUS mengikut formula IK

f ikir 1 perkara masa satu masa
o ptimum waktu anda
k kemaskan tempat kerja
u usah buang masa
s iapkan dengan cepat .. set deadline

Yang akhir sekali, IK menyarankan untuk automasikan cara kerja supaya senang dilakukan oleh orang lain. Konsep SOP (Standard Operating Procedure) disarankan, di mana setiap langkah kerja dicatit. Dan diulang.

Laman rasmi beliau : www.irfankhairi.com


Tuesday, October 27, 2015

Kuasa Fokus - Bagaimana Untuk Mendapatkannya

Ome ada menulis satu post mengenai cara mendapat fokus di blog bisnes Bahasa Inggeris Ome, di sini ( maaf, dah takde).  Secara ringkas, di bawah Ome senaraikan langkahnya


  1. Kecilkan skop bisnes anda
  2. Rancang pelan tindakan untuk bisnes anda
  3. Jalankan (Execute)
  4. Tindakbalas - Belajar dan ulang langkah ke-2


Amacam? okay tak?

Ome dapati yang ramai tak menjadi bisnes mereka kerana ia terlalu luas, belum sampai kemampuan untuk uruskan keluasan. Jadi, fokus apa yang anda boleh buat dahulu.

Dan seperti Ome katakan pada post ini, sebenarnya kebanyakan kita telah ada apa yang diperlukan .....


Thursday, October 22, 2015

Anda Mahu Terus Beli Dari Taobao, Ini Caranya ....

Sebagai seorang lecturer, saya ada sekumpulan pelajar dari negara China. Bila borak-borak dengan mereka tentang beli-belah online, mereka menyebut Taobao.com, sebagai laman kegemaran mereka membeli-belah. Katanya, harga murah. Saya bertanya, mengapa tidak alibaba.com, ataupun dhgate.com? kata mereka, laman2 tersebut memerlukan pembelian besar-besaran, manakala taobao.com, boleh beli kuantiti yang kecil sedikit.

laman depan taobao.com

Tapi, memang sudah sedikit nak beli dari taobao.com. Sebab itu, ada banyak laman web yang menawarkan servis pembelian taobao.com, seperti screenshot di bawah

servis beli belah taobao

Tapi, untuk memudahkan semuanya, seorang warga Malaysia, tuan Nigel Ong, telah mengeluarkan panduan membeli di taobao.com dan menjual di laman2 web di Malaysia, iaitu Rahsiataobao.com

rahsia taobao.com

Yang bestnya panduan ialah ia dalam Bahasa Melayu, supaya mudah difahami. Tuan Nigel merupakan seorang peniaga online yang biasa dengan taobao.com .. Semua langkah dihuraikan satu persatu.

Ingat ye .... dah beli, a.m.a.l.kan .... kalau tidak, jadi khazanah sahaja.

Selamat membeli-belah di taobao.com :)

Monday, October 19, 2015

Mulakan Dengan Apa Yang ....?

Sudah sekian lama tidak berpost, hari ini saya berpost juga. Kebetulan topik yang saya nak tulis hari ini, adalah satu pelajaran yang kerap berulang-ulang, iaitu bermula dengan apa yang ada.

Dalam bisnes yang telah saya ceburi sejak 2007 lagi, saya mengalami satu sindrom yang bamyak berjangkit kepada orang yang mahu berbisnes. Pergi kursus, seminar, beli ebook, beli pakej premium, et al .... tetapi akhirnya, tidak banyak yang tercapai...macam tidak ada benda yang cukup ...

Sudah .. sudah la itu..pesanan saya pada tuan-tuan dan diri saya sendiri. Bermulalah dengan apa yang ada.... kadangkala apa yang kita ada adalah lebih dari mencukupi, cuma kita mencari pil 'magic' yang akan membuahkan kejayaan segera, tanpa usaha dan masa.

harta ilmu selama ini
dengan harta ilmu, apa yang sepatutnya yang dilakukan adalah tindakan ... jadi mulakan dengan apa yang ada di tangan anda ...


Saturday, August 29, 2015

10 Petua Jutawan Dari Azizan Osman (Untuk Build A Successful Business)

Di Seminar Bumipreneurs yang lepas, DAO diberi peluang untuk memberi 'ucapan' tentang Kuasa Minda. Memang pengkhususan beliau adalah ilmu bidang kejayaan.

Beliau telah merumuskan 10 petua jutawan

No 1

desire
- BURNING DESIRE

No 2

be tough on self


No 3

Clear target


No 4

Leverage on Technology


No 5

Build A-Team

No 6

Timing Is Everything
- jangan buang masa

No 7

Turnover/Finance
- numbers


No 8

Tenacity
- persistence
- nak jugak


No 9

Tracking
- sales
- progress
- small success lead to bigger success

No 10

Be transparent
- terus terang

BONUS

No 11

The Business Mastery
- kuasai bisnes anda
- marketing, sales, finance, hr, operation

No 12

Keep Growing, Keep Learning

M-Mentor
E-Elmu .. belajar dengan emosi
S-Strategi ..
T-Tindakan Luarbiasa
I-Impian Sangat Jelas / InsyaAllah

No 13

Focus kepada result

--------------------------

Beliau berucap selama sejam mengenai petua-petua jutawan, building a successful business.

Mahu lihat rakaman sepenuhnya, sila ke link ini. (30/10/21 - link ini sudah tiada, maaf)

Love him or hate him, he knows what he is talking about ... ambil yang bagus ...

Thursday, August 20, 2015

Gunakan Google Calendar Untuk Semua Jadual Aktiviti Harian

Ome sedang berkira-kira untuk menggunakan Google Calendar untuk semua aktiviti (peribadi, kerja dan bisnes). Buat masa ini, Ome hanya gunakan Google Calendar untuk aktiviti kerja sahaja.

Apa pendapat rakan-rakan semua?

Monday, August 17, 2015

Khusus Pada Part Timers- Berkat Bisnes Online

Beberapa minggu lepas, Ome melakukan muhasabah tentang status bisnes Ome masa kini. Terus terang, bisnes online Ome banyak pasang surut. Lebih banyak surut dari pasangnya :(
'Questions are the answers you might need....' Ome bertanya banyak soalan tentang bisnes Ome sendiri mengikut ilmu pengetahuan yang Ome ada.
Dan salah satunya yang Ome perasan, ... mungkin selama ini, Ome buat bisnes tidak berkat, .. bukan bisnes itu tidak berkat, tetapi cara Ome menjalankan bisnes online itu tidak berkat. Ome ada menjalankan bisnes ketika waktu Ome bekerja. Yalah, bisnes online ini memang flexible, you can do it almost anywhere ... tetapi, Ome bertanya ... " adakah berkat aku menjalankan bisnes di mana sepatutnya aku bekerja? " ... Ome masih bekerja full-time sebagai pensyarah di IPT swasta.
Jadi, Ome tukar gaya menjalankan bisnes online. Secara ringkas, pada masa bekerja, Ome akan fokus 100% pada kerja. Untuk bisnes online, Ome akan lakukan apabila Ome berada di rumah/luar office.

HASILNYA- Alhamdulillah, berbaloi .... kualiti kerja Ome bertambah, dan hala tuju bisnes online Ome semakin cerah.

Alright, kita jalan terus :)

Tuesday, February 17, 2015

Analisa GJ 180215

News

JPY - morning
GBP - 530 pm
USD - 930 pm

D1 - Support 181.6     Resistance 183.6   EMA 30 Atas
H4 - Support 181.6     Resistance 183.6   EMA 30 Atas
H1 -  Support 183.0     Resistance 183.3  EMA 30 Atas

Keseluruhan besar - DOWNtrend

Sunday, February 8, 2015

Analisa GJ 090215


Saya Telah Sertai Program Jobdirumah

               Akhirnya, setelah sibuk mempromosi program Jobdirumah, saya pun ambil keputusan untuk menyertai program ini juga. Ye lah, dengan kemasukan saya ke program ini, lagi senang untuk saya promosi lagi program ini sebab saya sendiri join kan?
Sebab apa saya sertai program ini? Sebab saya pun mencari peluang pekerjaan part time dari rumah.                  Daripada buang masa menonton tv atau surf online, mungkin dengan jobdirumah, saya dapat menjana pendapatan sampingan.
               Sebenarnya, tanpa Jobdirumah pun, kita boleh cari kerja online, seperti di Elance.com dan Odesk.com, tapi yang best dengan Jobdirumah, ada panduan bagaimana untuk buat kerja-kerja sebegini.

Jadi, saya telah pun mengambil tindakan untuk menjadi ahli jobdirumah, nanti akan saya post update-update saya di sana, Belum buat, belum tahu kan ....


Tuesday, February 3, 2015

Monday, January 26, 2015

Sunday, January 25, 2015

Blog Trading Dan Analisa GJ Hari ini

Hmm... saya sedang mempertimbangkan untuk membuat blog khusus untuk trading, kerana blog ini nak fokuskan kepada aktiviti IM saya. Hmm, tengok bagaimana ...

Gambar analisa today .. style baru :)



Trade At Your Risk ye ..... Risiko Anda Sendiri ....

Friday, January 23, 2015

Review Pakej Rahsia Pemasaran Video Azian Usman - Masa Terhad!

Saya merupakan salah seorang pembeli pakej Rahsia Pemasaran Video Azian Usman oleh bro Zyan pada tahun 2013. Apa bila membaca di FB beliau baru-baru ini yang beliau akan membuka kembali jualan pakej ini untuk masa terhad, saya bercadang untuk terus membuat review tentang pakej ini untuk manfaat rakan-rakan yang minat IM. Kalau sudah tidak sabar, klik sini untuk ke laman jualan pakej ini.

Secara ringkas, pakej ini cover cara pemasaran video (fokus pada Youtube) untuk produk2 affiliate. Kiranya, affiliate marketing guna videos la ni ...


Ada 6 langkah dalam pakej ini, di mana setiap langkah diringkaskan penerangannya dalam ebook dan dihuraikan panjang lebar dalam video oleh bro Zyan.

Langkah 1 - Cara Pilih Produk
Langkah 2 - Memilih Kata Kunci
Langkah 3 - Cara Nak Hasilkan Video
Langkah 4 - Upload Dan Optimasi
Langkah 5 - Promosi
Langkah 6 - MonitorDan Periksa Video di Google

Secara purata, setiap video berjalan selama 20 minit ... paling pendek 17 minit dan paling panjang 27 minit ..

Untuk siapa pakej ini?
- dapatkan ia di laman ini
  • orang yang mahu buat pemasaran affiliate menggunakan video
  • orang yang mahu menambah ilmu IM
  • orang yang akan mengambil tindakan selepas mendapat ilmu ini ( kalau tak praktik, bagaimana nak dapat hasilnya, kan? )

Saya nasihat JANGAN BELI kalau anda sekadar membaca pakej dan simpan sahaja ( tidak berbuat apa-apa).. menghabihkan bogheh yo, bak kata orang NS :)

Saya syorkan anda beli pakej ini kerana it works, melihat testimoni di laman jualan. Cepat dapatkan sebab bro Zyan cuma buka untuk empat hari sahaja dengan harga XXX, pada pukul 8.00 pm, 24 Januari 2015.

Selamat Berniaga :)

Saturday, January 10, 2015

Tahun 2015 Tahun Bisnes

Semoga tahun 2015 sukses kepada semua pembaca kayahebat.com .. semoga anda berjaya, bisnes offline and online ... :] ..

Ini tahun bisnes, ilmu sudah ada, praktikal saja mesti dibuktikan ......