SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Sunday, May 25, 2014

Pengalaman di Seminar Hidup Luar Biasa 2014 Dr Azizan Osman

Sudah lama saya mahu pergi seminar yang dianjurkan oleh Dr Azizan Osman (DAO). Sebab utama nak tahu apa keistimewaan beliau sehingga menjadi idola ramai orang2 bisnes Melayu yang saya ikut di Facebook.  Bila google "Azizan Osman" macam-macam yang boleh anda baca mengenai beliau. Positif ada, negatif pun ada. Jadi, apabila peluang untuk menghadiri seminar beliau, Seminar Hidup Luar Biasa dengan percuma di KL pada 25 May 2014 tiba, saya terus ambil dan ajak isteri dan adik untuk turun sekali.
Sampai di Wisma MCA di pagi Ahad, sudah ramai tiba dan mendaftar. Sekitar pukul 9 pagi kami masuk dewan untuk bermula program.
selfie sebelum majlis bermula dalam dewan

Setelah tamat intro dari MC majlis, tiba DAO untuk memberi kata-kata beliau.  Kami diingatkan bahawa tidak boleh ambil gambar, audio atau video seminar ini. Apa yang DAO katakan dalam sesi beliau boleh saya simpulkan sebagai kata-kata nasihat dan semangat untuk berjaya. Saya akui gaya penyampaian beliau memang bagus dan menarik. Memang boleh menarik minat dan perhatian pemerhati dan pendengar. Beliau mengajak penonton 'berinteraksi' dengan beliau dalam penyampaian beliau.
Di bawah adalah nota saya dalam penyampaian beliau

  1. Kita harus target untuk Bebas Masa, Bebas Wang.. untuk keluarga terutamanya ...
  2. Untuk berubah, yang penting dahulu tanya Apa Nak Ubah?
  3. Untuk meningkatkan tahap kewangan, tingkatkan pendapatan 
  4. Pesan penasihat kaya pertama DAO, jutawan Cina Peter, cari mentor untuk berjaya. 
    • Kriteria mentor adalah berbisnes dalam bisnes yang berjaya, mentor itu sendiri jutawan, Mentor itu sudah bantu orang lain jadi jutawan dan yang PALING penting... mentor itu MAHU ajar you ..
  5. 2001, beliau bekerja 100% komisyen di Cobra Group kerana mahu berguru dengan Datuk James, kerana Cobra Group berjaya di bidang advertising dan marketing.
  6. Belajar tundukkan ego - ikut cakap mentor 100%
  7. Juga tanya diri Mengapa Mahu Ubah?

Beberapa kali beliau mengulang kisah beliau di awal 2000an bertanyakan jutawan Melayu tentang mengapa mereka berjaya dan tidak mendapat response dari mereka.

Kemudian Afdlin pula tiba di atas pentas untuk memberi kata-kata beliau.

Nota saya

  1. Why Untuk Berubah datang dari hati dari dalam ... the big Why menggegar hati dan menggoncang jiwa kita .. di mana kita akan sentiasa ingat dengan Why kita 
  2. Beliau ada membuat satu video untuk tatapan beliau sendiri penih gambar2 Why beliau supaya beliau sentiasa boleh ingat why beliau. (nota sendiri : Good idea)
  3. kita harus sedar, kita perlukan ilmu untuk berjaya " Kita Tidak Tahu Semua "
  4. Perlu kita memberi untuk mendapat minda Kaya 
  5. Buka minda dan turunkan ego untuk berjaya 
  6. Beliau juga beritahu pentingnya kita ada commitment untuk berubah

beliau juga bercerita tentang asal usul dan kejayaan bisnes beliau sekarang, Pelikat Pants di mana beliau mendapat inspirasi untuk bisnes ini setelah hadir seminar IMKK ..ada jenaka bagaimana ia bermula diselitkan ... dari satu ke 20 ke 50 ke 100 ..... hehe...
Beliau juga umumkan peluang perniagaan Pelikat Pants beliau untuk Aidilfitri 2014.

Kemudian DAO datang kembali ke pentas menyambung kata-kata beliau.
Beliau memuji usaha Afdlin dalam bisnes Pelikat Pants sebelum menyambung presentation ...
  1. Beliau tekankan konsep 'the more you share the more you get'.. sebab itu beliau rajin berkongsi ilmu, walaupun secara percuma 
  2. Ilmu adalah rezeki, idea adalah rezeki 
  3. Pentingnya kuasa Tindakan .. Fast Action, Fast Result
  4. Beritahu diri "Aku Kaya dan Berjaya"

Saya agak tersentuh kerana diingatkan oleh DAO tentang perkara-perkara di bawah
  • Syukur-kita mesti bersyukur dengan apa kita ada, dan berusaha untuk menjadi lebih baik
  • Solat- jaga solat sebab solat itu adalah tanda syukur kita pada Yang Maha Esa
  • Selawat-rajin berselawat untuk mendapat berkat
  • Sedekah-rajin bersedekah kerana untuk menerima rezeki, kita juga harus rajin memberi 
sambung DAO
  1. For things to change, I must change myself first ....
  2. Luarbiasa
  • - fikir secara luarbiasa 
  • - ubah emosi mahu luar biasa
  • - kata-kata luarbiasa, berhenti complaining 
  • - paksa luarbiasa untuk lakukan apa yang perlu
  • - istiqamah secara total "full power" ... consistent dan persistent ..


Akhir sekali beliau mewar-warkan Seminar IMKK di Mines bulan Jun nanti (12 - 15 June). Beliau pesan pada yang datang suruh bawa botol air ;-) makanan tidak disediakan kerana katanya, orang semua telah kenyang duduk dan makan selama ini ... pedas juga kata2 ini ye ...


-----

Saya berterima kasih kepada DAO dan Afdlin kerana berkongsi ilmu mereka di seminar ini. Bila baca nota di atas, rasanya ramai akan kata .. " I have heard of this and that before ..." ye, benar ... tetapi kalau sudah tahu, mengapa masih begitu keadaan anda?  Saya lihat DAO menggunakan pendekatan Tony Robbins dan Robert Kiyosaki dalam presentation beliau ... tekan butang emosi, main tarik tali emosi ....
Pemerhatian saya berpusat kepada niat saya pada mula iaitu untuk tahu apa yang buat DAO 'tick' dan saya tahu sekarang.

Ini formula beliau (bagi saya) .. Commitment+Passion+Knowledge+Excellent Presentation+Entertainment .. juga beliau membina pasukan Richworks yang begitu padu menyelenggara seminar ini dan pastinya seminar yang lain, menyokong bisnes beliau.

Adakah saya syorkan anda pergi ke seminar Hidup Luar Biasa yang masih berjalan?

Ringkas, ya. Pergi ke seminar beliau with an open mind. Lihat dan dengar. If you like him, then go ahead. If not, move on. Sekurang-kurangnya, anda dapat peingatan 'reinforcement' apa yang anda telah tahu.

Adakah saya akan menyertai IMKK June 2014?
Tidak. Kerana saya perlu masa sedikit untuk menghadam ilmu yang beliau berikan, tetapi saya akan sertai seminar percuma selepas ini jika ada peluang. Gotta admit that he has the aura dan maybe, the honesty to help others.

Baik, itu tulisan saya untuk seminar ini. Pengalaman pertama DAO saya ;-)



Saturday, May 24, 2014

Projek Ramadhan Aidilfitri 2014

Salam rakan2 ...

Saya agak sibuk dua, tiga minggu kebelakangan kerana mengaktifkan kembali perniagaan internet saya. Membina landasan baru, mengukuhkan landasan lama :) Ya, fokus kerja yang perlu 'consistent' dan 'persistent' bak kata salah seorang guru IM saya iaitu Tuan Ammar Zahar, pengasas Jootawan.

Salah satu projek yang baru dibangunkan adalah blog untuk sampul duit raya iaitu Blog Sampul Duit Raya Cantik. Blog yang menjual 12 (dua belas rekaan) sampul duit raya yang cantik lagi ekslusif. Di bawah adalah montaj koleksi ..

Jualan akan dibuka pada bulan Jun nanti sehingga ke awal bulan Julai :-)

Jika tuan berminat, sila layar lamannya ya ....

Semoga berjaya, Amin :)

Tuesday, May 13, 2014

Jangan Ketagih Ilmu Perniagaan Anda Tanpa ......

Bila fikir tentang perjalanan perniagaan internet baru-baru ini, saya bertanya, kepada diri ini kenapa bisnes saya masih merangkak-rangkak hasil. Hasil ada, cuma tidak seperti yang diharapkan. Secara amnya, salahnya adalah pada diri saya sendiri, sebab saya KETAGIH ilmu.


Gambar hiasan :)
Ya, ketagihan ilmu menyebabkan perniagaan saya belum sukses. Secara ringkas, saya mencari dan menghadam ilmu perniagaan tanpa mengamalkan ilmu itu dahulu. Asyik membeli pakej ilmu A, ebook B, pegi ke seminar C .... tak habis-habis sehingga penghujungnya. Tetapi, ilmu itu tidak diamal sepenuhnya, sebelum ilmu baru pula dituntut. Akhir sekali, sindrom 'Information Overload' berlaku.

Untuk mengelakkan/mengurangkan sindrom ini, antara langkah-langkah yang disyorkan oleh otai-otai IM adalah seperti berikut :-

1) Jangan Beli Apa-apa Produk IM Untuk Masa Terdekat

Jangan beli apa-apa produk IM sehingga apa yang ada di tangan (hard drive) telah dibaca dan digunakan. Pada amatan saya, kebanyakan ilmu-ilmu dalam produk IM adalah 'recycled' ilmu produk-produk IM.. jadi kebanyakan apa yang dah dibeli sebelum ini masih lagi berguna. Kalau perlukan maklumat extra, boleh guna pakcik Google ;)

2) Fokus Kepada Satu Teknik Dahulu Sehingga Berjaya

 Pelbagai teknik wujud di dunia IM. Blogging, Google Adwords, FB Ads dan sekiannya. Jangan mengikut trend masa kini. Contohnya, sekarang FB Ads sedang panas. Sebelum anda mahu ke sana, sudahkah ilmu Google Adwords yang anda ada dipraktikkan?

Kini saya insaf dan di tahun 2014 ini, saya lebih fokus apa yang saya sudah beli sebelum ini dan hasilnya pemahaman saya bertambah akibat amalan ilmu yang ada di tangan.

JANGAN KETAGIH ILMU PERNIAGAAN ANDA TANPA AMAL :)

Gambar hiasan