SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Thursday, July 29, 2010

Kisah Jalan2 Bengkel Vince Tan

Pada rakan2 yang lama bergiat dalam dunia IM, nama Vince Tan tidak asing lagi. Saya ada membaca tentang beliau melalui buku Gobala Krishnan ' Internet Millionaires ', bagaimana dia banyak menjana pendapatan melalui Google Adsense. Bila saya mendapat peluang untuk pergi ke bengkel percuma IM beliau, terus saya mendaftar diri untuk bengkel tersebut.

Bengkel beliau mengambil masa 2 jam 30 minit dan dijalankan di JW Marriott KL pada hari Rabu lepas. Mengikut pengalaman saya, pasti di penghujung beliau akan 'menjual' sesuatu ... kiranya ini adalah amalan biasa dalam sales / marketing.

Aturcara Bengkel Beliau
- kisah hidup beliau masa2 kanak-kanak ----> mindset
- bagaimana beliau menjana produk, menggunakan contoh produk pertama beliau, Adsense Blackhat Edition
- produk yang ditawarkan

Bahagian Pertama

Beliau bercerita beberapa pengalaman lucu beliau masa kanak2 di mana beliau mula minat menjalankan bisnes seawal 9 tahun. Beliau mula mencari duit sejak kecil kerana beliau mahukan duit poket yang lebih. Pengalaman ini beliau gunakan untuk menunjuk pentingnya 'mindset' dalam hidup. Bagi beliau, untuk mendapatkan sesuatu, mindset perlu betul dan bermakna untuk kita berubah untuk mencapai sesuatu itu.

Bahagian Kedua

Model kerja beliau dalam perniagaan IM ialah 'Product Launch' dan JV. Di mana beliau melancarkan produk dengan kerjasama pihak2 lain. Ringkas bukan ? ;-)

Beliau mencipta produk pertama beliau, Adsense Blackhat Edition, setelah beliau berjaya menjana pendapatan dengan Adsense. Seorang rakan mencadangkan beliau menulis ebook tentang cara - cara beliau berbuat begitu, dan Vince telah menulis ebook tersebut dan melancarkannya mengikut model yang disebut tadi, dan walla,..terus berjaya.

Bahagian Ketiga

Seterusnya beliau memperkenalkan produk beliau 'Internet Millionaires Network' yang mengandungi tiga modul utama - Instant Jumpstart Level, Income Accelerator Level, Master Level. Secara ringkas, ini adalah pakej lengkap dan padat untuk individu yang mahu menceburi dan berjaya dalam dunia IM. Bagi saya, ianya lengkap tetapi terpulang pada individu yang membelinya untuk memanfaatkan bahan2 dalam pakej ini.

-----

Fyi, saya tidak membelinya kerana buat masa ini, bajet tidak mencukupi, tapi dari pengamatan saya, ianya laku .. rasa2nya, hampir separuh yang datang terus membeli selepas Vince mengumumkan bonus membeli pakej itu, antaranya sesi one on one dengan beliau. Walaupun saya tidak membeli, yang penting adalah ilmu dan nasihat yang beliau berikan ...

Yang best
- Nasihat beliau tentang pentingnya mindset
- cara menjana produk ikut formula beliau

nota kecil : Ke Bkt Bintang menaiki Monorel.. Monorel KL berwajah baru .. harap dapat dikekalkan :)

Thursday, July 22, 2010

Pemikiran Bisnes

Mungkin ramai kawan2 ada bertanya, mengapa blog ini bertambah aktif sejak seminggu dua .. Ome sedar penting untuk blog ini hidup supaya perjalanan bisness Ome dapat direkodkan untuk rujukan masa hadapan.

Semasa berfikir untuk menulis post ini, Ome tahu apa salah Ome selama ini dalam menjalankan bisnes eBay Ome ... Ome tidak menjual apa yang orang mahu beli kerana Ome tidak menggunakan Terapeak.. alat research eBay tersohor ... wonder is my supplier items can be identified ...

Anyway, just a thought for today ...



Salah satu buku yang menaikkan minat saya ke business online.

Saturday, July 17, 2010

Ulasan Seminar Mawardee

Setelah menghadiri seminar Ammar Zahar, saya juga menghadiri seminar Mawardee yang diadakan pada 25 Oktober 2009 di UIA. Seperti Ammar, Mawardee juga seorang pelajar yang berjaya di dunia affiliate marketing Malaysia, esp PPL ( pay per lead ). 

  Apa Yang Best

1. Jumpa rakan seminar Ammar Zahar di seminar Mawardee ;-) 
 2. Ilmu Affiliate Marketing yang disampaikan oleh Mawardee. Ada yang sama dan ada yang berbeza dengan ilmu Ammar Zahar. 3. Dapat mencedok pengalaman Mawardee sendiri tentang perniagaan beliau.

  Apa Yang Tidak Best

1. Seperti workshop Ammar, seminar ini tidak sesuai untuk IT newbie / lemah IT knowledge. Ada peserta yang saya lihat ( terutama yang berumur sedikit .. senior citizen ) yang terang2 nampak blur / lost, di pertengahan workshop. Yang ini, saya harap Mawardee dapat maklumkan pada bakal2 peserta apabila workshop ini akan diadakan lagi. 

 Keseluruhannya, workshop ini berbaloi dan wajib dihadiri. PS / Lama saya peram ilmu saya belajar daripada beliau .. sekarang baru nak praktik. Salah saya, sekian terima kasih :-) Di bawah adalah gambar kami post seminar.

 

Thursday, July 15, 2010

Cara Google Bekerja

Ini khusus bagi kawan2 IM yang menggunakan Google untuk menjana trafik. Panduan bagus untuk menjalankan kerja2 IM anda.

How Google Works.

Infographic by PPC Blog



untuk imej lebih besar, sila klik pada imej di atas. Ia akan membawa anda terus ke laman di atas.

Jadi apa tindakan anda ?


Tuesday, July 13, 2010

Ulasan Seminar Ammar Zahar 2009

Salam kawan2. Pada October 2009 tahun lepas ( 24 & 25 ), saya ada menghadiri seminar affiliate marketing Ammar Zahar. Sedikit background mengenai pakar IM ini- beliau pada masa itu merupakan seorang pelajar UPM yang menjadi sensasi IM Malaysia kerana semenjak bergerak aktif dalam IM pada awal 2009, beliau dapat menjana pendapatan yang lumayan daripada bisnes pemasaran affiliate. Linknya di sini. ( 1/11/2021 sudah tiada )
  Apa Yang Best
1. Ilmu Affiliate Marketing - teknik2 dan petua2 yang beliau sampaikan adalah hebat dan padat 
2. Dapat berbicara dan berkenalan dengan Ammar sendiri - beliau seorang yang peramah dan tidak lokek memberi ilmu ... kisah IMnya membuat saya kagum dengan semangat anak muda ini ...
 3. Nasihat beliau untuk berjaya dalam dunia IM - " Consistent Dan Persistent "

  Apa Yang Tidak Best 1. Workshop ini tidak sesuai untuk IT newbie / lemah IT knowledge. Ada peserta yang saya lihat ( terutama yang berumur sedikit .. senior citizen ) yang terang2 nampak blur / lost, di pertengahan workshop. Yang ini, saya harap Ammar dapat maklumkan pada bakal2 peserta apabila workshop ini akan diadakan lagi.

 Keseluruhannya, workshop ini berbaloi dan wajib dihadiri. PS / Lama saya peram ilmu saya belajar daripada beliau .. sekarang baru nak praktik. Salah saya, sekian terima kasih :-)

video beliau 2012