SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Showing posts with label seminar; pemasaran internet. Show all posts
Showing posts with label seminar; pemasaran internet. Show all posts

Saturday, June 7, 2014

Review Seminar Beginning Online Marketing (BOM) 2014 di Shah Alam

Pada 7 Jun 2014, saya telah menghadiri seminar BOM (Beginning Online Marketing) yang dianjurkan oleh tuan Faisal Abdullah, salah seorang sifu pemasaran internet tempatan. Sebenarnya sudah lama mahu ke seminar BOM yang diadakan sejak tahun lepas tetapi salah saya, sama ada lambat mendaftar atau tarikh seminar BOM lepas ada urusan lain. Mengapa ye? Sebab pengalaman luas tuan Faisal dalam bidang pemasaran khususnya pemasaran Facebook. Dalam seminar ini, beliau telah berjanji untuk menunjukkan cara pemasaran beliau yang agak unik. Dan bagi saya, beliau menunaikan janjinya 100%.
Bagi saya, apa yang beliau curahkan adalah satu perubahan paradigma pemasaran internet, khususnya bagi saya yang telah 'berkecimpung' dalam aktiviti pendidikan IM ini ;-) ...
Sesi ini berjalan sehari .. pagi pukul 9 am hingga ke petang pukul 6, ditambah dengan dua speaker bonus. Saya bersama 199 insan di Hotel Laman Seri, Shah Alam. Nanti saya cerita ... ;-)

Ini adalah review saya mengenai seminar BOM, tetapi bukan secara terperinci ;-) Sebab untuk memanfaatkan seminar ini, anda harus menghadiri seminar ini sendiri. Tapi, ia sangat berbaloi ... especially, if you come with an open mind and willingness to learn ... selfie sebelum seminar bermula :)



Tuan Faisal bermula dengan bertanya satu soalan yang ringkas, tetapi mendalam... " Apa masalah yang anda mahu selesaikan? .. " dan sepanjang seminar di masa beliau menjadi speaker, ini asas yang beliau tekankan.
Beliau seterusnya bertanyakan DUA soalan ... KENAPA dan APA mahu capai dari seminar? Beliau meminta semua peserta menulis dan meminta 2,3 peserta volunteer memberikan jawapan mereka. Dan beliau menolong peserta2 tersebut clarify jawapan. Dapat bimbingan tu ... :) dan juga menolong kami faham mengapa dia bertanya soalan tersebut.

Bagi tuan Faisal, bisnes online perlu tiga objektif untuk berjaya

  • Risiko Rendah, Pulangan Tinggi
  • Balance Masa
  • Gerai Burger :)

Beliau huraikan ketiga-tiga objektif dan saya tersenyum bila beliau bercerita tentang objektif Gerai Burger. Point ini, bagi saya, adalah pelajaran EMAS pertama BOM. Perspektif saya tentang bisnes online berubah dan buat saya sedar kesalahan saya selama ini. Pembayangnya, tanya diri anda, bagaimana orang jual burger buat bisnes burger? ;-)

Seterusnya beliau mengupas isi utama Seminar BOM ini dan bagi saya inilah pelajaran - pelajaran EMAS yang seterusnya.
Isi - isi itu adalah M, T, C, C

  1. Market
  2. Traffic
  3. Competition
  4. Conversion 
Market 

Market adalah huraian beliau tentang pasaran dan produk. Kata tuan Faisal, bagaimana kita boleh tahu sesuai atau tidak produk kita untuk pasaran. Dan masa diambil untuk tahu, tidak lama dan tidak menyusahkan. Menurut beliau, dibuat dengan betul, ini akan menyelamatkan kita dari membuat kesilapan yang lebih besar dalam perjalanan bisnes. Ada beberapa teknik beliau tunjukkan di mana kita boleh kaji pasaran.

Traffic 

Traffic adalah huraian beliau tentang cara menarik trafik untuk produk kita. Trafik Search dan D____ ;-) beliau memberi penerangan dan contoh untuk kedua2 cara tersebut. Ya, saya telah tahu tentang kedua-duanya sebelum ini, tetapi cara beliau terangkan mengukuhkan lagi pemahaman saya tentang cara-cara tersebut.
Di sini juga beliau ada menceritakan cara ringkas untuk menjual iaitu

  1. Dengar (Tanya)
  2. Faham/Relate
  3. Jual

Ringkas kan? Bagi tuan Faisal, kata beliau kepada kami, bisnes online sepatutnya adalah ringkas dan mudah dijalankan :)

Conversion

Dalam Conversion, beliau ceritakan tentang 'Customer Avatar' iaitu siapakah pelanggan anda. Dan bagi saya, ini adalah kemuncak seminar BOM. Kerana dengan mengetahui Customer Avatar, anda akan tahu bagaimana anda boleh menjual kepada pelanggan anda :) Setelah tuan Faisal memberi penerangan mendalam tentang Customer Avatar, waduh! lampu mentol idea saya menyala! Selama berniaga online, inilah yang saya lupa, iaitu perkara atas yang ditekankan pada mulanya Seminar BOM iaitu bagaimana mahu menyelesaikan masalah orang. Tidakkah lagi senang kita menjual kepada orang dengan menyelesaikan masalah mereka dengan mengenali siapa mereka? .. ini yang dihuraikan dalam Conversion.

Competition

Dalam pelajaran, cara kita menganalisa 'spy' competition kita dihuraikan. Memang unik dan hehehe .... it makes sense ... ;-) Ada 6 langkah yang beliau jelaskan dengan  menggunakan contoh-contoh laman  dengan 6 langkah untuk mengetahui sejauh mana competition kita berbanding dengan kita. Sama ada, kita setaraf, di depan atau di belakang competition.

Saya tidak boleh ceritakan apalah 6 langkah tersebut kerana ia boleh menjejaskan niat anda untuk menyertai Seminar BOM yang lain kali ;-) ... tetapi cukup saya berikan abjad pertama langkah-langkah tersebut iaitu

  1. O....
  2. H...
  3. T...
  4. B...
  5. C...
  6. P...

Memang menarik apa yang beliau huraikan dan sekali lagi, it makes sense dan juga practikal.

-----

2 speaker bonus beliau jemput ...

Tuan Aqif Azizan, boss besar WriteToWealth ... pakar copywriting. Beliau berkongsi dengan kami 2 rahsia yang pasukan beliau gunakan untuk menghasilkan portfolio jualan pelanggan sebanyak RM 17.4 juta. Rahsia tersebut adalah HEADLINE and OFFER. Secara ringkas, beliau huraikan dua rahsia ini dan bagaimana ia berkait dengan bisnes online.

Tuan Siti Natasya, seorang pakar PR, pula berkongsi dengan cara boleh mendapat liputan media dengan kos percuma/hampir percuma. Menggunakan perkataan MEDIA sebagai katakunci beliau, beliau huraikan MEDIA adalah

  • M - Market/Media Segmentation
  • E - Editor
  • D - Difference
  • I - Individualized
  • A - Appreciation

Bagi beliau, cara di atas adalah plan terbaik untuk berurusan dengan media. Beliau berjanji utk membuat penerangan lebih lanjut di Seminar Email Shogun nanti ...

------

Begitulah review saya ... dari satu pukul 9 am hingga pukul 6.30 pm.. memang padat. Dan berbaloi. Yang saya gembira ialah dapat memperolehi ilmu dari tuan Faizal dan rakan speaker bonus beliau. Semoga Allah merahmati usaha beliau dalam perniagaannya dan seminar pendidikannya.

bersama tuan Aqif Azizan, member Seminar Blogging 2009 dahulu

Bersama tuan Faisal Abdullah. Terima kasih tuan :)







Thursday, March 31, 2011

Seminar Live Internet Ewen Chia & Patric Chan

Bila - 26 and 27 Februari 2011
Di Mana - Hotel Intercontinental KL ( nama lama Hotel Nikko )

Apa yang berlaku

Seminar internet anjuran dua otai internet, Ewen Chia dan Patric Chan di mana kedua - dua mereka telah memberikan panduan dan petua mengenai perniagaan internet.

Yang menarik ialah bila kedua-dua mereka mengumumkan pakej latihan pernigaan internet yang mendapat sambutan hangat oleh peserta - peserta seminar. Di sini, konsep pre-selling and selling ditunjuk secara live. Kedua - duanya memang berbisa.

Siapa yang datang

Ramai yang datang dan antaranya adalah IM - IM Malaysia seperti Team Penang ( Zamri Nanyan, Razif Yusof, Rosli Shafiee ), Tuan Mawardee and Tuan Jamal ( Pakar Ebook ). Jumpa saya berjumpa Tuan Bernard ( Pakar Squeeze Page )
Bersama Ewen Chia

Bersama Patric Chan

Jamal Pakar Ebook, Mawardee, protege Mawardee ?

Bernard Pakar Squeeze Page

Team Penang - Zamri Nanyan, Rosl Shafiee, Razif Yusof

Saya senaraikan petua - petua yang diberi oleh mereka ....\

  • branding - jenama - betapa pentingnya jenama anda dalam pemasaran internet .. semua orang siapa Ewen Chia dan gelaran - World's No 1 Affliate ... 
  • building a list - untuk berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu mailing list, as the money is in the list ... satu petua yang diberi oleh ramai pakar pemasaran internet.
  • relationship - penting untuk mempunyai perhubungan yang rapat  dengan mailing list .. bagi Ewen Chia, mereka harus 'dibela' kerana mereka adalah sumber pendapatan anda.

Kesimpulannya, perjumpaan dengan otai2 ini mengajar saya satu perkara utama.. mereka bukan berbeza daripada kita, tetapi mereka melakukan langkah2 dan tindakan yang luarbiasa untuk berjaya dalam perniagaan internet. Jika mereka boleh, kita pun boleh juga ...

Saturday, March 12, 2011

Update Projek Google Sniper

Salam sejahtera kawan2 :)

Maaf kerana lambat update sedikit beberapa minggu ini, InsyaAllah, akan ada lagi beberapa update yang akan dipostkan nanti ;-)

 Ome telah membeli pakej Google Sniper hampir sebulan lepas ... setelah mengikut langkah2 asas yang diberikan .. syukur laman sulung yang Ome dirikan ada di muka surat pertama google.com.my untuk frasa yang Ome sasarkan. Satu perkara yang penting dalam dunia IM ialah kita tidak akan belajar apa2 kecuali kita buat apa yang kita pelajari daripada pakej / ebook / seminar IM. Taking action is very, very important. Dan Ome telah learn satu pelajaran SEO baru dengan laman sulung ini :) Nanti akan Ome update perkembangan projek Google Sniper ;-)

Okay2, nanti Ome akan cerita pula pengalaman di Seminar Live Internet Business, anjuran dua otai, Ewen Chia dan Patric Chan.

Salam mesra.







Tuesday, February 8, 2011

Jom Pergi Seminar Live Internet Business Patric Chan dan Ewen Chia


Ome baru sahaja mendaftar untuk menghadiri seminar Live Internet Business Patric Chan dan Ewen Chia yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Februari 2010 yang akan datang. Mengapa Ome mahu hadiri seminar ini ? .. bukan senang untuk mendengar 2 otai IM di satu pentas yang sama ... jika rakan2 yang belum biasa dengan kedua - dua nama mereka.. mereka adalah antara otai2 IM peringkat tempatan / dunia yang sudah lama berkecimpung dalam dunia bisnes IM.

Dalam seminar ini, antara topik2 yang akan dipersembahkan ...
- mendedahkan rahsia minda usahawan Internet berjaya
- bagaimana ingin mendirikan perniagaan internet yang boleh bergerak automatik
- bagaimana memastikan perniagaan internet menjadi aset jangka panjang anda
- bagaimana mendapat ilmu perniagaan internet
dan lain - lain lagi ...

Juga akan disertakan bonus2 yang disenaraikan
- Internet Live Business Workbook
- Internet Live Business Training Videos
- Internet Live Business Lifetime Updates

Sudah pasti ilmu yang akan dicurahkan adalah penting untuk mereka yang serius untuk menjalani bisnes internet.

Di sini, Ome ingin membuat satu TAWARAN. Kepada rakan - rakan yang menyertai seminar Live Internet Business melalui link Ome, dapat menyertai sesi feedback seminar ini yang akan dikendalikan oleh Ome sendiri. Sesi ini adalah diskusi antara peserta-peserta ( termasuk Ome ) tentang isi seminar, applikasi dan lain-lain perbincangan mengenai Seminar Live Business Internet. Sesi ini akan diadakan pada bulan Mac, April dan May 2011. Maklumat - maklumat lain seperti waktu dan lokasi akan ditentukan setelah Ome dapat maklumat secara terperinci daripada peserta - peserta yang telah menyertai seminar ini melalui link Ome.

Klik di SINI untuk menyertai seminar Live Internet Business  melalui link Ome.

Setelah membuat pembayaran, ambil screenshot pembayaran dan emailkan kepada Ome di sini.
Setelah disahkan, Ome akan emel anda dengan butiran-butiran lanjut :-)

Apa - apa pun, kita jumpa di Seminar Live Internet Business pada 26 and 27 Februari 2011 nanti :-)




Sunday, January 9, 2011

Teaser Review Seminar Pakar Ebook

Hari ini saya telah menghadiri seminar Pakar Ebook Jamal bagi pembeli2 pakej ekslusif Pakar Ebook. Saya sibuk mendengar sambil mencatit nota - nota presentation Jamal dan juga speaker2 jemputan beliau .. yang pasti, sangat2 berbaloi kehadiran saya ke seminar tersebut dengan ilmu2 yang dicurahkan. Cuma, saya terkilan kerana tidak bernetwork kali ini .. mungkin sebab segan dan mahu menumpukan fokus pada seminar itu.

Review saya akan bersandarkan petua-petua penting Jamal dan speaker2 jemputan beliau ... Tuan Muaz Hadi, Tuan Syawal Singapore, Tuan Suthan M, Tuan Sham Edymart ...

Yang pasti semua belajar perkataan baru " Kepoweran " :) 


Tuesday, July 13, 2010

Ulasan Seminar Ammar Zahar 2009

Salam kawan2. Pada October 2009 tahun lepas ( 24 & 25 ), saya ada menghadiri seminar affiliate marketing Ammar Zahar. Sedikit background mengenai pakar IM ini- beliau pada masa itu merupakan seorang pelajar UPM yang menjadi sensasi IM Malaysia kerana semenjak bergerak aktif dalam IM pada awal 2009, beliau dapat menjana pendapatan yang lumayan daripada bisnes pemasaran affiliate. Linknya di sini. ( 1/11/2021 sudah tiada )
  Apa Yang Best
1. Ilmu Affiliate Marketing - teknik2 dan petua2 yang beliau sampaikan adalah hebat dan padat 
2. Dapat berbicara dan berkenalan dengan Ammar sendiri - beliau seorang yang peramah dan tidak lokek memberi ilmu ... kisah IMnya membuat saya kagum dengan semangat anak muda ini ...
 3. Nasihat beliau untuk berjaya dalam dunia IM - " Consistent Dan Persistent "

  Apa Yang Tidak Best 1. Workshop ini tidak sesuai untuk IT newbie / lemah IT knowledge. Ada peserta yang saya lihat ( terutama yang berumur sedikit .. senior citizen ) yang terang2 nampak blur / lost, di pertengahan workshop. Yang ini, saya harap Ammar dapat maklumkan pada bakal2 peserta apabila workshop ini akan diadakan lagi.

 Keseluruhannya, workshop ini berbaloi dan wajib dihadiri. PS / Lama saya peram ilmu saya belajar daripada beliau .. sekarang baru nak praktik. Salah saya, sekian terima kasih :-)

video beliau 2012