SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Wednesday, October 9, 2013

Aku Mahu Jadi Carlos Slim Bukan Donald Trump

Ada pepatah berkata, " diam - diam ubi berisi ". Mungkin kalian tidak kenal atau samar2 pernah dengar namanya, tetapi, beliau adalah antara individu terkaya di dunia. Sedikit kisah hidupnya ada dinukilkan di sini. Yang menarik adalah cara beliau mengintegrasikan keluarga beliau ke alam perniagaan, mengikut cara ayah beliau mengajar beliau masa kecil.

Namun, jarang akan kita jumpa buku beliau di pasaran, tidak seperti Donald Trump. Yang ada adalah biografi rasmi beliau seperti di bawah.. itu pun, bila anda baca review pembaca, buku ini tidak menarik ...


Lain pula dengan buku Donald Trump. Saya sendiri ada beberapa buku beliau. Adakah buku tersebut mempunyai pengajaran berguna? Ya. Tapi, bandingkan Trump dengan Slim. Kekayaan mereka bagaikan langit dan bumi. Trump lebih popular tetapi Slim lebih berisi .. walaupun namanya Slim.. hehehe.

Yang pasti, kedua-dua mereka adalah beberapa persamaan. Antaranya, untuk berjaya, perlunya KERJA KERAS yang berterusan untuk berjaya.

Work Hard and Smart, InsyaAllah :)


Monday, July 22, 2013

Awas .. Elakkan Dari Mengidap Sindrom BSO

Satu sindrom yang dihidapi oleh ramai newbie pemasaran internet adalah sindrom 'BSO' iaitu Bright Shiny Objects.

Tanda UTAMA

  • Membeli pakej terbaru pemasaran internet yang keluar

  • Membeli pakej terbaru, cara terbaru, sebelum sempat habis mempelajari teknik sebelum ini
  • Semangat IM, 'tahi ayam' .. tidak fokus yang jelas dan realistik
  • Tidak fokus pada satu cara dahulu.

Pengalaman saya , adalah sangat mengujakan bila kita mendapat pakej tersebut. Tapi, lama - lama bila dah bertimbun, mula keliru nak mula yang mana satu. Akhirnya, tidak ada apa - apa yang berjalan. Dan apa yang dibeli diselaputi debu dalam hard drive.

Bagaimana nak mengelak sindrom ini? 

Senang sahaja, ketahui model perniagaan internet anda. Antara model yang ada adalah menjadi affiliate, menjual produk fizikal, dan lain-lain lagi. Juga apa channel yang ada ingin gunakan untuk perniagaan internet anda. Fokuskan satu model and satu channel dahulu.

Saya harap tulisan ringkas ini memberi peringatan pada pembaca tentang bahaya sindrom ini. Jangan nanti, ilmu penuh di dada dan hard drive, tiada tindakan diambil dan duit banyak dibelanjakan.

Saturday, February 2, 2013

Kursus Pemasaran Internet Percuma Dari Otai IM Antarabangsa

Pada penghujung tahun 2012, salah seorang IM tersohor, Jeremy Shoemaker, memberi percuma kursus Shoemoney di mana sebelum ini adalah kursus berbayar. Kursus itu adalah kursus Shoemoney Training System.

Apakah kandungan kursus ini ?

  • 7 modul lengkap IM termasuk eBay.
  • Setiap modul ada pdf dan  kumpulan video

Dapatkan ia sekarang sementara ia masih PERCUMA :)

Jeremy Schoemaker
PS/ saya tidak mendapat apa-apa faedah dari link ini.

Friday, January 11, 2013

Sifoo Amazon review

Salam kawan2,

Sekarang ini, Ome tengah mengulas Sifoo Amazon secara panjang dan lebar di forum WangCyber, di thread ini. Ada 15 modul dalam pakej Sifoo Amazon dan Ome baru habis mengulas 7 modul.

Pakej Sifoo Amazon adalah produk tuan Asyraf Aziz, hasil dengan kerjasama tuan Amirol Zulkifli, mengenai teknik menjana pendapatan melalui affiliate Amazon. Caranya mudah, iaitu membuat laman review produk2 yang dijual Amazon. Apa yang nak dijual, bagaimana, etc, dikupas dalan pakej ini.

Apa yang membezakan produk ini dengan produk teknik Amazon yang lain di pasaran tempatan ialah hadiah tema premium blog wordpress khusus untuk laman review. Pakej yang lain tidak ada tema ini.

edit 26/2 - Produk Sifoo Amazon sudah tiada.

Saturday, January 5, 2013

Lahirnya Azmir Ismail Maju Trading :)

Syukur, alhamdullillah .. setelah berdolak dalik untuk sekian lama, telah lahir syarikat saya sendiri iaitu Azmir Ismail Maju Trading ( 002190300-P ) , pada 31hb December 2012. Bila diberitahu oleh beberapa rakan tentang promosi 5 tahun SSM, saya terus ambil peluang untuk mendaftar sambil menjimatkan kos pendaftaran.

Bagi Ome, yang penting adalah pendaftaran ini menandakan komitmen Ome terhadap bisnes. Dan nama syarikat yang dipilih adalah ringkas dan tepat, A.I.M Trading ;-) cantik tidak singkatannya ? ..

Semoga A.I.M Trading terus berjaya ;-) dan tahun ini adalah tahun pertamanya ...

Sukses buat semua !