SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Sunday, November 6, 2011

Omelife dan Pemasaran Facebook

Salah satu hasil projek FB marketing seminar oleh tuan Faisal, adalah pengolahan semula blog perniagaan Herbalife saya, iaitu omelife.blogspot.com.
Blog ini adalah blog pemasaran bisnes Herbalife saya. Memang sudah lama saya fikirkan bagaimana untuk mempromosi blog ini. Selepas seminar tuan Faisal, saya menjalankan kempen di Facebook selama 2 minggu ( 25 / 10 - 5 / 11 ). Hasilnya, trafik ke laman saya meningkat, dan saya menjana sekumpulan likes untuk fanpage FB saya. Jualan juga meningkat ( nombornya rahsia ;-) ), dan dapat menampung kos pengiklanan di FB.

Pelajaran

  1. Facebook Ads, dilakukan dengan betul, menolong kita mengenali pelanggan kita secara terperinci.
  2. Pastikan anda ada bajet mencukupi untuk kempen Facebook Ads ( PPC )
  3. Facebook wajib menjadi salah satu alat pemasaran bisnes IM anda :)