SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Monday, November 16, 2015

6 Petua Untuk Berjaya Oleh Irfan Khairi

Saya sempat mengikut live broadcast IK  malam ini (16/11), di mana beliau menggunakan Facebook untuk buat live broadcast, di page beliau di sini. I did not know you can do that! :) ...

Beliau Memberi 6 Petua Kejayaan


  1. Have Fun
  2. Don't Reinvent The Wheel
  3. Matlamat Kecil 
  4. Bagitahu Orang Matlamat Kita
  5. FOKUS
  6. Automasikan Kerja Anda -- gunakan Standard Operating Procedure


Secara ringkas, have fun bermaksud kejayaan dapat dicapai dengan seronok, teruja dengan apa yang kita usahakan. Don't Reinvent The Wheel, gunakan cara-cara yang telah terbukti berkesan. Matlamat Kecil, bermaksud, walaupun matlamat besar, pecah-pecahkan kepada saiz2 yang lebih kecil, supaya lebih senang dicapai.Bagitahu matlamat kita, supaya kita bertanggungjawab terhadap matlamat kita.

FOKUS mengikut formula IK

f ikir 1 perkara masa satu masa
o ptimum waktu anda
k kemaskan tempat kerja
u usah buang masa
s iapkan dengan cepat .. set deadline

Yang akhir sekali, IK menyarankan untuk automasikan cara kerja supaya senang dilakukan oleh orang lain. Konsep SOP (Standard Operating Procedure) disarankan, di mana setiap langkah kerja dicatit. Dan diulang.

Laman rasmi beliau : www.irfankhairi.com