SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Thursday, December 24, 2020

2021 - Sanggupkah Anda Berkorban?

 Bila baca post ini, Ome fikir ini adalah sebab utama ramai usahawan bisnes (offline n online) tidak berjaya. Realiti bahawa nak berjaya perlukan pengorbanan ... something yg Ome baru sedar ... erk.

Tapi, baik sedar dari tak sedar ye ... yang pasti, kegagalan bukan pengakhiran, cuma feedback kepada usaha kita ... untuk kita perbaiki lagi ... jon tengol video Irfan Khairi di bawah tentang kegagalan beliau.




Monday, December 21, 2020

Domain dah renew balik :)

 Ngam2 renew balik domain kayahebat.com .. saya gunakan namecheap.com ... setakat ni, saya masih menggunakan blogger sebagai platform hosting tapi mungkin akan berubah pada masa hadapan ;) 

Yang pasti, blogging kini kembali penting ... sebab inilah platform yang anda control 100% berbanding dengan social media ;)

Wednesday, December 16, 2020

Petua Utama Youtuber Berjaya

 Salah satu minat Ome kebelakangan ini ialah menonton video Youtube keluaran MKBHD, berkenanan gajet2 teknologi. Video-video beliau menghiburkan sambil memberi informasi tentang gajet2 terkini khususnya mobile. Sekarang (17/12/2020) beliau ada 13.2 juta subscriber di Youtube beliau.

Baru- baru ini Forbes ada menemuramah beliau tentang kejayaan jenama MKBHD, nama beliau sebenar ialah Marques Brownlee. 

video temuramah beliau dalam BI

Secara kesimpulan, petua utama beliau adalah ringkas  ...

"Bila saya dan pasukan saya mahu mengeluarkan konten, kami fikir dari sudut penonton, adakah ini konten yang kami sendiri mahu tonton?"

Boleh kita gunakan petua beliau ini untuk menghasilkan video Youtube yang menarik.

PS/ Saya kembali menulis ...