SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Saturday, December 11, 2010

Syukur

Saya ada menceritakan pengalaman setahun lepas pergi ke Seminar Smart Blogging Bro Rohaizad di JB, di mana saya belajar untuk menjana RM dengan blogging di sini.

Blog2 telah lama ada, cuma aktiviti promosi tidak dilakukan mengikut tunjuk ajar yang diberikan. Sejak dua bulan lepas, saya telah sedar daripada tidur dan terus melakukan aktiviti promosi - promosi. Dan syukurlah, akhirnya, mendapat hasil pertama, iaiti USD 60. Kisahnya boleh dibaca di sini.

Pengajaran
- untuk berjaya harus ada TINDAKAN dan FOKUS
- perlu ada elemen PERCAYA kepada apa yang anda buat
- it is never too late to start,kerana anda tidak akan mendapat apa-apa selagi belum bermula !

Terima kepada cikgu, Bro Rohaizad, untuk ilmunya dan tidak jemu membimbing kami peserta Smart Blogging :)

Ini adalah langkah pertama dalam perjalanan yang jauh dan menyeronokkan :)