SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Monday, August 30, 2010

2 Tip Untuk Mengelakkan Ome Menjadi Mangsa Keadaan

Satu peringatan yang ringkas dan padat daripada pasukan Flarebiz Network yang mahu saya kongsi bersama kalian, terutamanya newbie2 Internet Marketing ..
----
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Hai Ome, apa khabar? Semoga sentiasa ceria dan senyum sokmo.

Fuh, Ramadhan kali ini kami di Flarebiz Network agak sibuk dengan beberapa perkara berkaitan perniagaan yang kami jalankan.

Alhamdulillah masih ada rezeki untuk kami.

Kami juga telah menambah satu lagi pejabat di kawasan Diamond Square juga sebagai pejabat pengurusan Flarebiz Network.

Kami mengambil pejabat baru ini atas dasar keperluan dimana bilangan kakitangan kami bertambah dan ingin meningkatkan produktiviti yang sedia ada.

Anda pun faham kan, kalau produktiviti bertambah maka pendapatan juga akan bertambah. :-)

Ome, tiba-tiba pada pagi ini kami teringat dengan satu pesanan ketika kami menghadiri satu forum perniagaan Internet 2 tahun lepas.

Forum tersebut mengupas isu perniagaan internet diperingkat international dan salah satu perkara yang menarik dikupas adalah mengenai fokus.

Seorang ahli panel member pendapat bahawa pada waktu tersebut di pasaran international sudah berlaku lambakan produk informasi seperti e-book, audio dan video.

Disebalik positifnya lambakan produk informasi, terdapat satu sudut dimana kita boleh lihat dari sudut gelap.

Sudut gelapnya ialah kebanyakkan pendatang baru di dalam dunia perniagaan internet akan menjadi mangsa keadaan.

Mangsa keadaan di sini bermaksud pada peringkat awal mereka akan membeli banyak produk informasi sehinggalah mereka berputus asa.

Mereka putus asa kerana mereka hanya membeli tetapi tidak bertindak dengan ilmu yang mereka beli.

Kenapa mereka tidak bertindak?

Jawapan ringkas, mereka hilang fokus. Mereka akan termakan dengan segala teknik 'copywriting' produk baru yang dilancarkan.

Ahli panel tersebut memberi dua nasihat pada forum tersebut kepada pendatang baru perniagaan internet agar dapat terus survive dan berjaya.

1) Berhenti membeli sebarang produk. Cari balik semua produk yang anda telah beli dan praktikkan ilmu yang terkandung di dalam produk tersebut.

2) Berhenti subscribe email dengan usahawan Internet yang hanya menghantar email untuk mempromosikan produk tanpa memberi sebarang input berguna buat anda.

Bagi kami dua nasihat di atas adalah sangat berharga kerana pada ketika itu kami adalah pendatang baru. Kami terus praktikan dua tip ringkas di atas dan hasilnya memang sangat positif.

Bermula dari forum tersebut, kami hanya membeli produk informasi mengenai sesuatu topik yang kami ingin pelajari sahaja.

Contoh, kami nak belajar mengenai blogging maka kami tidak akan membeli sebarang produk yang tidak berkaitan sehinggalah kami selesai belajar mengenai blogging. (Fokus!)

Di sinilah disiplin diri memainkan peranan penting. Bak kata seorang usahawan berjaya,

"It's easy to have faith in yourself and have discipline when you're a winner, when you're number one. What you've got to have is faith and discipline when you're not yet a winner."

Kami juga telah unsubscribe banyak email dari usahawan internet seluruh dunia. Email yang diterima tidak banyak memberi input kepada kami sebaliknya hanya menghilangkan fokus kami dengan produk yang mereka promosi.

Kami hanya melanggan email dari usahawan internet yang benar-benar mengambil berat mengenai subscriber mereka.

Usahawan internet seperti ini banyak berkongsi ilmu yang sangat berguna agar timbul konsep menang-menang di antara beliau dengan subscriber. Contohnya seperti Mohd Amirol, Smartusaha, Patric Chan, Yaro Starak dan sebagainya.

Semoga Ome juga dapat mempraktikan dua tip ringkas di atas.


Jumpa lagi!

Zhafran & Labanon,
Flarebiz Network.
www.Flarebiz.com


---

maklumat ini saya dapat bila melanggani mailing list mereka .. saya syorkan anda menyertainya :)

Tuesday, August 24, 2010

Fokus Itu Tajam

Satu pengajaran yang selalu diwar2kan oleh otai2 IM ialah perlunya kita fokus kepada dua tiga bidang sahaja untuk berjaya dalam perniagaan online. Kalau tidak nanti, kita akan pasti melompat2 dari satu ke satu bidang yang lain.

Ome telah menetapkan untuk fokus pada IM ( affiliate marketing ) dan blogging. Aktiviti eBay Ome akan kurangkan, kerana Ome mahu fokus pada yang kedua2 cabang sebelum ini. Ome rasa IM dan blogging lebih sehati dengan jiwa biz online biz Ome .. cewah :)

Mengapa fokus serius kali ini ? Kerana 2011 :)