SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Wednesday, November 10, 2021

Scammer Terhormat

 Ome ada baca post ni di FB Azizul. Link di bawah 


Secara peribadi, Ome pernah terjebak dengan scam2 sebegini. Pergi seminar pengenalan, lepas itu digula2kan dengan pakej2 sebegini. Syukur pada masa2 itu, RM tak cukup. Kalau tak, melayang la jawapnya. Bukan semua yang buruk ilmu yg diajar tetapi mungkin kosnya yang agak melambung tinggi.

Pengalaman kalian bagaimana?




Wednesday, November 3, 2021

Cara Yang Pasti Untuk Tidak Gagal

 Bagaimana kita boleh pastikan untuk tidak gagal dalam apa2 yang kita buat? Jangan buat apa - apa. Jangan buat keputusan, jangan buat kerja itu, sebab kalau kita buat apa - apa, kejayaannya belum pasti, tetapi kegagalannya adalah pasti.

Apa - apa yang kita lakukan ada risiko, tetapi apa yang kita tidak lakukan tiada risiko ;)

Saya suka konsep beliau - Dare 2 Fail



Tuesday, November 2, 2021

Intipati Atomic Habits oleh James Clear

 Ome sangat2 merekomen rakan2 bisnes mendapatkan buku Atomic Habits yang ditulis oleh James Clear.



Ini covernya.

Di bawah pula adalah video mengenai Intipati Atomic Habits


Apa yang Ome telah gunakan apabila membaca buku ini? Konsep 'Don't Break The Chain' yang dilakukan oleh Jerry Seinfeld. Nak tahu apa dia? Lihat video di atas.




Monday, November 1, 2021

Laku Juga

 Waduh, laku juga post semalam. Buat secara ringkas untuk pastikan Ome tahu mahu ke mana. Keep It Simple, jangan buat terlalu banyak benda, sebab susah nak fokus kalau buat macam.

Apa - apa pun, jangan cakap je,  pastikan buat :)

sukses Ome dulu2 ... kata kredit tuan Ammar Zahar


Sunday, October 31, 2021

Bisnes Ome sekarang pada 30 October 2021

 Pada masa sekarang (30 October 2021), online bisnes Ome adalah blogging, trading (financial instrument). Buat benda yang Ome minat dan akan teruskan. :)

Sekian.

gambar lama 1 May 2019


Friday, October 29, 2021

Cara mahu menulis setiap hari

 Rancangannya Ome mahu menulis setiap hari. Tetapi post terakhir 27hb lepas, bagaimana tu? Salah Ome, sibuk dengan urusan lain, dan buntu tidak tahu menulis apa.

Tiba - tiba, Ome jumpa solusinya. Senang aja ... ambil post yang lama, review di post baru. Cerita sedikit perubahan yang berlaku sejak menulis :) Bijak tak? :D

Ok, untuk hari ini, Ome akan bercerita tentang post ini yang mengisahkan petua jutawan dari Azizan Osman. Ada 10 petua jutawan yang beliau tuliskan. Dahulu, Ome pengikut tegar beliau. Dahulu la, tetapi ilmu yang beliau sebarkan ada gunanya.



Wednesday, October 27, 2021

Cara Nak Buat Bisnes Online

Cara nak buat bisnes online? Senang sahaja. Biasakan diri dengan menjual. Sebenarnya, kita dah biasa buat begitu secara tidak disedari. Cuma bukan dengan barang, tetapi benda2 lain. 

Lihat dan dengar video Irfan Khairi di bawah.



Monday, October 25, 2021

Tidak Ada Peluru Emas

 Untuk berjaya dalam bisnes tiada peluru emas, kerja keras itu wajib. Cuma, perlu pastikan juga kerja bijak. Tahu apa yang perlu buat dan buat.

Apa yang perlu buat? Cari ilmu.

Buat? Buat Ilmu, dapatkan kesan tindakan, adjust mana patut, dan buat lagi dan lagi.

bak kata Irfan Khairi, jangan malas!



Sunday, October 24, 2021

Anda Ada Grit?

 Anda ada grit? Iaitu sanggup bersusah payah menghadap dugaan. Untuk berjaya, kita perlukan grit. Juga, belajar dari susah payah itu supaya tidak ulang lagi.

Lihat dan dengar video di bawah


Mengikut pengalaman Ome, Ome berjaya bila Ome terus jalan dan yakin dengan apa yang Ome lakukan, walaupun ada halangan. Ome perlu ingat benda ini, pesanan pada diri sendiri.

Angela ada menulis buku ini tentang apa yang beliau katakan di video di atas.


Saturday, October 23, 2021

Berkawan Dalam Bisnes

 Dalam bisnes, pentingnya menjalankan perhubungan dengan kawan-kawan sebidang dengan kita. Yang pasti, no man is an island dalam dunia bisnes. Sebab akan ada masa kita perlukan pertolongan lain. 

Jangan sekadar mengambil, tanpa memberi, kerana sebenarnya dunia bisnes kita tidak sebesar yang kita sangkakan. What goes around, comes around ye.


Friday, October 22, 2021

Ringkaskan Fokus Anda dan Lakukan Tindakan Cara Steve Jobs

 Dalam biografi mendiang Steve Jobs oleh Walter Isaacson, beliau ada menulis salah satu kekuatan Jobs iaitu kuasa fokus. Bagi Jobs... "Deciding what not to do is an important as deciding what to do ", he said. That's true for companies and it's true for products." (336, Isaacson). 

Dalam sesi melihat senarai produk selepas baru mengambil alih Apple, beliau melihat betapa caca marba senarai produk Apple, yang dipersembahkan oleh jurutera-jurutera Apple ketika itu. Akhirnya, selepas minggu, beliau terus hentikan semua persembahan-persembahan jurutera kerana tidak berpuas hati dengan apa yang beliau lihat. Beliau mengusulkan, atas papan whiteboard, satu kotak segiempat, dengan empat kuadran.  - Consumer, Pro ... Barisan - Desktop, Portable.

Beliau ringkaskan bahawa semua produk Apple akan meggunakan quadrant ini mulai saat itu. Dan sejak itu Apple 

Mengapa saya cerita tentang babak ini? Kerana ia menunjukkan betapa pentingnya fokus dan tindakan yang selanjutnya selepas fokus. Tahu apa yang perlu lakukan dan tidak perlu lakukan. Bagi saya, inilah saat Apple mula kembali sebagai gergasi perkomputeran sehingga peringkat sekarang.

Apa yang kita gunakan? Fokus tetapi jangan terlalu fokus kepada banyak benda. Ringkaskan fokus anda dan bertindak selepas iu.

Rujukan

Steve Jobs by Walter Isaacson, Little, Brown 2011. Edisi 2011

gambar cover depan dan belakang biography beliau.
Creative Commons license. Sumber sini.

PS/ Ome juga ada menulis tentang fokus di sini  Pengajaran kembali.

Thursday, October 21, 2021

Satu Permulaan Baru

 Kali ini betul-betul, Ome akan post setiap hari. 



Sunday, September 26, 2021

Tuesday, August 17, 2021

Formula Progress oleh Bukhari Ramli

 Hari ini hari pertama BSG oleh tuan Bukhari Ramli

Pain + Reflection = Progress

Dan he learnt this lesson from Ray Dalio.

Saya ada tulis sikit tentang BSG di sini dan sini.






Pengalaman Menyertai BRC BSG October 2020

 First time. Nanti saya update lagi.

Wednesday, August 11, 2021

Thursday, June 3, 2021

Sunday, February 21, 2021

Buku - Buku Bisnes 2021

 

karya anak saya Zara

Kalian ada baca buku2 ini yang disenaraikan di bawah?


Buku Pemasaran

  • Ready, Fire, Aim: Zero to $100 Million in No Time Flat by Michael Masterson
  • Influence: The Psychology of Persuasion by Robert B. Cialdini
  • DotCom Secrets: The Underground Playbook for Growing Your Company Online by Russell Brunson
  • The Ultimate Sales Letter: Attract New Customers. Boost Your Sales by Dan Kennedy
  • Building a StoryBrand: Clarify Your Message So Customers Will Listen by Donald Miller

Buku Usahawan

  • Built to Sell: Creating a Business That Can Thrive Without You by John Warrillow
  • The 4-Hour Workweek: Escape 9-5, Live Anywhere, and Join the New Rich by Tim Ferriss
  • Disrupted: My Misadventure in the Start-Up Bubble by Dan Lyons
  • Purple Cow: Transform Your Business by Being Remarkable by Seth Godin
  • Traction: Get a Grip on Your Business by Gino Wickman

Buku Kewangan

  • The Millionaire Next Door: The Surprising Secrets of America’s Wealthy by Dr. Thomas J. Stanley and Dr. William D. Danko
  • Unshakable: Your Financial Freedom Playbook by Tony Robbins
  • Rich Dad Poor Dad: What the Rich Teach Their Kids About Money That the Poor and Middle Class Do Not! By Robert T. Kiyosaki

Buku Motivasi dan Produktiviti

  • Ego is the Enemy by Ryan Holiday
  • Principles: Life and Work by Ray Dalio
  • Extreme Ownership: How U.S. Navy SEALs Lead and Win by Jocko Willink and Leif Babin
  • How to Win Friends and Influence People by Dale Carnegie
  • Do The Work: Overcome Resistance and Get Out of Your Own Way by Steven Pressfield


Tuesday, February 16, 2021

Bukhari BRC Business Gameplan Preview

 Malam tadi, duduk sesi Zoom BRC bersama Bukhari Ramli.

Biar beberapa gambar ini berbicara ...




Secara ringkas, saya akan join program beliau bulan 3 nanti. Saya dah join bulan Januari lepas, tetapi saya mahu sertai kali ini, sebab sesi Januari banyak merungkai minda bisnes saya.

Link untuk daftar : brc.my/bsg 

Follow BRC di Facebook dan Twitter 

Mungkin kalian bertanya, is it worth it? Yes. Kerana beliau lain dari lain konsep pemikiran dan applikasi bisnes beliau.


Sunday, February 7, 2021

Video Temuramah Tuan Ammar Zahar di NTV 7

 Ini video tuan Ammar Zahar dan isteri di NTV 7. Lebih kurang 5 tahun lebih macam tu, saya pun tak ingat ;) tapi, isinya tetap relevan untuk sekarang. Enjoyz :)