SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Monday, July 22, 2013

Awas .. Elakkan Dari Mengidap Sindrom BSO

Satu sindrom yang dihidapi oleh ramai newbie pemasaran internet adalah sindrom 'BSO' iaitu Bright Shiny Objects.

Tanda UTAMA

  • Membeli pakej terbaru pemasaran internet yang keluar

  • Membeli pakej terbaru, cara terbaru, sebelum sempat habis mempelajari teknik sebelum ini
  • Semangat IM, 'tahi ayam' .. tidak fokus yang jelas dan realistik
  • Tidak fokus pada satu cara dahulu.

Pengalaman saya , adalah sangat mengujakan bila kita mendapat pakej tersebut. Tapi, lama - lama bila dah bertimbun, mula keliru nak mula yang mana satu. Akhirnya, tidak ada apa - apa yang berjalan. Dan apa yang dibeli diselaputi debu dalam hard drive.

Bagaimana nak mengelak sindrom ini? 

Senang sahaja, ketahui model perniagaan internet anda. Antara model yang ada adalah menjadi affiliate, menjual produk fizikal, dan lain-lain lagi. Juga apa channel yang ada ingin gunakan untuk perniagaan internet anda. Fokuskan satu model and satu channel dahulu.

Saya harap tulisan ringkas ini memberi peringatan pada pembaca tentang bahaya sindrom ini. Jangan nanti, ilmu penuh di dada dan hard drive, tiada tindakan diambil dan duit banyak dibelanjakan.