SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Sunday, November 28, 2010

Kisah Ome Dengan FLB Pro

Salam sejahtera,

Semasa melihat statistik blog ini melalui Google Analytics, ramai yang datang ke blog ini dengan keyword 'flb menipu' .... hehe.. oklah, untuk pengetahuan kawan2, dulu Ome memang memulakan blog ini, dengan tujuan menjual formula luar biasa, tetapi sekarang ini Ome tidak aktif lagi menjual produk ini.

Ome ada memulakan thread mengenai FLB Pro di laman WangCyber di sini, sila klik untuk melihat jawapan yang diberikan ...

Beberapa  fakta mengenai FLB Pro
  • Ia adalah program sah oleh Mohd Nizam
  • Ia ada dua komponen - komponen affiliate & komponen gayapos
  • Anda akan mendapat barang - barang untuk dijual dan juga buku-buku panduan care menjana pendapatan dengan barang - barang diberikan.

Pendapat Ome - jika anda membeli program ini, saya syorkan anda memberi komitment 100% untuk memasarkan produk ini. Boleh baca laporan percuma FLB Pro dengan link saya di sini .

Untuk newbie, FLB Pro adalah permulaan untuk anda berdagang di dunia internet.

Selamat berniaga :)