SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Tuesday, October 27, 2015

Kuasa Fokus - Bagaimana Untuk Mendapatkannya

Ome ada menulis satu post mengenai cara mendapat fokus di blog bisnes Bahasa Inggeris Ome, di sini ( maaf, dah takde).  Secara ringkas, di bawah Ome senaraikan langkahnya


  1. Kecilkan skop bisnes anda
  2. Rancang pelan tindakan untuk bisnes anda
  3. Jalankan (Execute)
  4. Tindakbalas - Belajar dan ulang langkah ke-2


Amacam? okay tak?

Ome dapati yang ramai tak menjadi bisnes mereka kerana ia terlalu luas, belum sampai kemampuan untuk uruskan keluasan. Jadi, fokus apa yang anda boleh buat dahulu.

Dan seperti Ome katakan pada post ini, sebenarnya kebanyakan kita telah ada apa yang diperlukan .....


Thursday, October 22, 2015

Anda Mahu Terus Beli Dari Taobao, Ini Caranya ....

Sebagai seorang lecturer, saya ada sekumpulan pelajar dari negara China. Bila borak-borak dengan mereka tentang beli-belah online, mereka menyebut Taobao.com, sebagai laman kegemaran mereka membeli-belah. Katanya, harga murah. Saya bertanya, mengapa tidak alibaba.com, ataupun dhgate.com? kata mereka, laman2 tersebut memerlukan pembelian besar-besaran, manakala taobao.com, boleh beli kuantiti yang kecil sedikit.

laman depan taobao.com

Tapi, memang sudah sedikit nak beli dari taobao.com. Sebab itu, ada banyak laman web yang menawarkan servis pembelian taobao.com, seperti screenshot di bawah

servis beli belah taobao

Tapi, untuk memudahkan semuanya, seorang warga Malaysia, tuan Nigel Ong, telah mengeluarkan panduan membeli di taobao.com dan menjual di laman2 web di Malaysia, iaitu Rahsiataobao.com

rahsia taobao.com

Yang bestnya panduan ialah ia dalam Bahasa Melayu, supaya mudah difahami. Tuan Nigel merupakan seorang peniaga online yang biasa dengan taobao.com .. Semua langkah dihuraikan satu persatu.

Ingat ye .... dah beli, a.m.a.l.kan .... kalau tidak, jadi khazanah sahaja.

Selamat membeli-belah di taobao.com :)

Monday, October 19, 2015

Mulakan Dengan Apa Yang ....?

Sudah sekian lama tidak berpost, hari ini saya berpost juga. Kebetulan topik yang saya nak tulis hari ini, adalah satu pelajaran yang kerap berulang-ulang, iaitu bermula dengan apa yang ada.

Dalam bisnes yang telah saya ceburi sejak 2007 lagi, saya mengalami satu sindrom yang bamyak berjangkit kepada orang yang mahu berbisnes. Pergi kursus, seminar, beli ebook, beli pakej premium, et al .... tetapi akhirnya, tidak banyak yang tercapai...macam tidak ada benda yang cukup ...

Sudah .. sudah la itu..pesanan saya pada tuan-tuan dan diri saya sendiri. Bermulalah dengan apa yang ada.... kadangkala apa yang kita ada adalah lebih dari mencukupi, cuma kita mencari pil 'magic' yang akan membuahkan kejayaan segera, tanpa usaha dan masa.

harta ilmu selama ini
dengan harta ilmu, apa yang sepatutnya yang dilakukan adalah tindakan ... jadi mulakan dengan apa yang ada di tangan anda ...