Bila melihat carta pasaran, tidak kira apa instrumen pilihan anda, (forex, saham, futures, etc) ... perkara pertama yang harus dilihat adalah garisan-garisan support dan resistance. Ia tidak dilukis di situ, sebaliknya anda harus melukisnya sendiri.
Konsep Support - sampai satu peringkat harga, harga tidak akan jatuh kerana ada sokongan di situ. Sokongan ini lebih kepada sokongan belian pada harga itu.
Konsep Resistance - sampai satu peringkat harga, harga tidak akan naik kerana ada halangan di situ. Halangan ini lebih kepada sokongan jualan pada harga itu
Peringatan
Apabila harga turun lebih rendah dari harga 'support', peringkat 'support' boleh menjadi 'resistance'
Apabila harga naik lebih tinggi dari harga 'resistance', peringkat 'resistance' boleh menjadi 'support'
Gambar di bawah menerangkan apa yang saya ceritakan tadi
|
sumber www.learnforexpro.com |
contoh Support
|
sumber : www.stockcharts.com |
contoh Resistance
|
sumber : informedtrades.com |
Sekian untuk hari ini :)
Sumber rujukan
- Investopedia
- Investopedia University
- Wikipedia