SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Tuesday, November 10, 2009

Peringatan Untuk Newbie Perniagaan Internet

Salam sejahtera semua.

Salah seorang otai IM Malaysia, Smartzul, baru - baru ini menulis sebuah artikel yang padat dan pedas ( ye pedas ) mengenai perniagaan IM. Peringatan bagi semua khususnya diri ini mengenai perniagaan internet.

Menurut beliau

- banyak produk yg hebat, tetapi janji terlampau manis
- pentingnya after sales support kepada pembeli
- pentingnya list anda ( beliau ada cerita mengapa tidak join PPL )

Saya syorkan kalian ke blog beliau dan subscribe kerana beliau adalah salah seorang otai IM masa kini ;-)

Artikel beliau di bawah

Saudara-saudari pembaca yang amat saya hormati…

Kegagalan seseorang di dalam perniagaan internet biasanya hanya disalahkan kepada si gagal tersebut. Mereka dikatakan malas, tidak berusaha, tidak mahu keluarkan modal dan macam-macam lagi. Dalam satu keadaan, memang ia benar. NAMUN, adakah kesalahan itu langsung tidak dipikul oleh pihak lain?

Saya tergerak hati untuk menulis artikel ini kerana saya sudah teramat kecewa dengan produk-produk yang menjanjikan kemanisan yang terlampau. Saya akui, dahulu, saya ada mempromosikan beberapa produk tertentu. Namun kini, saya sedikit ‘tegas’ di dalam mempromosikan mana-mana produk panduan perniagaan internet atau buat duit.

Jika saya mahu merasai hasil komisen dengan mempromosikan produk-produk sebegitu, saya tidak perlu pun memikirkan kebajikan orang lain kerana ia bukan masalah saya. Janji saya senang, kenyang, happy, cukuplah. Peduli apa dengan orang lain. Tapi, saya tidak mahu begitu.

Setakat ini, saya telah mendapat beribu-ribu ringgit dengan hanya mempromosi produk orang lain sahaja. Pendapatan saya melalui program affiliate sahaja pun mencecah lima angka dan menjadi top affiliate bagi kebanyakan produk tersebut. Tapi, mengapa saya tidak terlalu tergila-gilakan wang dan kesenangan sendiri, sebaliknya sering memikirkan kebajikan orang lain?

…Jawapannya adalah tanggungjawab seorang Islam.

Saya tidak mengatakan semua produk tidak bagus atau sekadar melepas batuk di tangga. Namun, sebahagian besarnya amat mengecewakan. Saya sudah sakit telinga mendengar keluhan kecewa oleh pembeli yang termakan umpan. Duit gaji mereka banyak diguna semata-mata mengharap janji itu menjadi kenyataan.

Di antara penyebab kekecewaan saya terhadap mereka adalah:

  • Tiada sokongan selepas jualan yang baik. Jika produk berharga ratusan atau ribuan ringgit, sepatutnya bahagian sokongan mesti diutamakan sebagai timbal balik kepada pembelian pelanggan.
  • List (emel) yang saya sumbangkan disalah-gunakan oleh mereka dengan mempromosikan produk yang tidak berkualiti. Maka sebab itu saya tidak berminat menyertai mana-mana program PPL untuk meminimakan ‘risiko’ ia disalah-guna. Saya tidak mahu bersubahat dengan IM sebegitu.
  • Pembeli dibiarkan terkontang-kanting.
  • Janji-janji manis tidak dipenuhi.
  • Pelanggan dipermain-mainkan dan diperbodoh-bodohkan. Pembeli terus menerus dimomokkan dengan kejayaan jika beli produk ini, sukses jika beli produk baru ini dan itu.
  • Mereka lebih kepada opportunity base iaitu menjual harapan menggunung. Bukan ‘menjual’ bantuan, pendidikan dan bimbingan.
  • Mereka hanya mahu buat duit, bukan buat bisnes sebenar. Amat bertentangan dengan kaedah saya.
  • Komitmen yang mendukacitakan. Di dalam JV katakan, ia bukan sekadar sebelum dan semasa jualan produk. Tetapi selepas tempoh jualan pun kita perlu ada komitmen iaitu menjaga sebaik mungkin pelanggan yang rakan JV berikan kepada kita.
  • Janji-janji sama yang tidak meyakinkan saya untuk mempromosikan produk mereka. 100 kali janji yang sama, tapi adakah kali ke-101 ada perubahan? Berikan saya keyakinan beserta bukti.
  • Produk yang lebih kurang sama dengan produk-produk sebelum. Tiada apa yang beza, cuma tukar ganti ayat sahaja selain menambah satu dua perkara baru + cerita-cerita kejayaan mereka.

Apabila diperhatikan senarai di atas, ia bukanlah masalah produk 100%, tetapi masalah penjual atau usahawan internet (internet marketer) tersebut. (Saya tidak mahu menggunakan istilah usahawan internet kerana istilah ini hanya sesuai untuk mereka yang benar-benar melakukan perniagaan dan keusahawanan, bukan sekadar menjual.)

Saya tidak suka mencari salah orang atau bercakap mengenainya. Tetapi sebagai khalifah di muka bumi ini (kita semua), selain saya perlu mencari rezeki untuk perut sendiri, namun saya juga bertanggungjawab menyatakan kebenaran walaupun ia pahit. Saya tidak mahu bersubahat untuk menyusahkan orang lain.

Bagi mereka yang sering gagal, berhentilah mempercayai janji-janji manis dan belajarlah dengan cara yang sebenarnya. Mencari seseorang yang jujur teramat susah di zaman ini. Maka, perlunya kesabaran yang tinggi di dalam usaha dan pembelajaran. Tiada pil ajaib untuk berjaya sekelip mata.

Sesungguhnya sikap terlalu taksub untuk mudah berjaya adalah sesuatu yang amat disukai oleh sebahagian besar Internet Marketer. Kerana, orang yang bersikap sebegitu teramat mudah untuk diumpan.

Dan bagi Internet Marketer yang tidak mendidik dan membimbing pembeli dengan sepatutnya, atau tidak menjaga mereka dengan baik, atau hanya mementingkan perut sendiri, lakukanlah sesuatu yang terbaik sebelum kegagalan usaha anda bermula. Ini adalah nasihat ikhlas saya.

Apalah guna jika mendapat puluhan atau ratusan ribu tetapi dengan duit itu kita dimaki-maki, dimarah-marah dan tidak dihalalkan oleh pembeli yang tertipu? Mahu berbangga-bangga dengan pendapatan itu? Enjoy, happy, hebat, senang dan berharta dengan pendapatan itu? Hidup kita pasti akan gundah-gulana dengan pendapatan sebegitu. Sudah-sudahlah…

Artikel ini bukan bermaksud saya mahu mengatakan orang lain tidak bagus dan saya lebih baik. Tidak sesekali. Ini hanya sekadar saling ingat-mengingatkan sahaja sebagai saudara seagama termasuk mengingatkan diri saya sendiri. Saya juga sentiasa memperbaiki mana-mana kelemahan saya. Cuma, jika kesalahan itu diulang-ulang dengan sengaja, apakah maksudnya itu?

Selain itu, tulisan saya ini adalah juga suara daripada mereka yang telah kecewa dan tertipu dengan sesetengah IM termasuklah IM-IM yang mempunyai nama dan gelaran. Itu kata mereka. Sejauh mana sahihnya, saya kurang pasti. Tapi, saya seringkali mendengar keluhan kekecewaan ramai orang terutama mereka yang baru ingin bermula di dalam arena IM ini.

Ingin saya ulangi di sini, kebanyakan produk bukan tidak bagus. Tetapi yang dipersoalkan adalah janji-janji manis yang palsu. Apa yang dijanjikan pada laman web, hanya tipu daya semata-mata. Bagi saya, walau bagaimana pun panduan tersebut, ia tetap bagus kerana ia adalah ilmu. Maka, jangan salahkan produk, tapi salahkan orang yang menjualnya.

Ya, benar. Terkadang produk bagus sekali mana pun, tapi jika pembeli tidak berusaha dan malas bertindak, maka sudah pasti itu salah mereka. Yang menjual panduan itu hanya sekadar menunjuk jalan dan yang membeli itu perlu melaluinya sendiri. Tetapi, bagaimana jika jalan yang ditunjukkan itu jalan yang bersimpang siur, jalan mati dan sering bertukar-tukar jalan?

Artikel ini bukanlah provokasi, tidak berpuas-hati atau sebagainya. Tetapi ia adalah ikhlas daripada saya untuk melihat industri IM di Malaysia bukan hanya didominasi oleh sesetengah pihak sahaja atau berlakunya sesuatu yang boleh merosakkan bidang ini.

Dan tulisan saya ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak melainkan ini semua sebagai satu usaha untuk muhasabah agar kita tidak jauh tergelincir. Mengkritik itu bukan bererti bermusuh. Tidak sependapat itu tidak bermakna tidak suka.

Dengan ini, jika masih ada yang tertipu dengan mana-mana Internet Marketer, ia bukan lagi tanggungjawab saya kerana saya telah menyatakan peringatan ini. Saya telah berlepas diri.

Sudah-sudahlah…

Wassalam.

Yang ikhlas,
SmartZul

Nota Kaki:

1. Artikel panduan membeli ebook berikut amat-amat wajib dibaca untuk mengenalpasti ebook yang berkualiti dan bukan ebook scam:

http://blog.smartusaha.com/panduan-beli-ebook-di-internet/

2. Pada tahun 2007, saya pernah menulis mengenai hakikat perniagaan internet. Boleh lihat senarai artikel bersiri tersebut di sini:

http://blog.smartusaha.com/hakikat-sebenar-perniagaan-usahawan-internet/

3. Baca juga artikel Panduan Menyertai Bengkel Perniagaan Internet berikut:

http://blog.smartusaha.com/panduan-menyertai-bengkel-perniagaan-internet/

4. Adakah mereka yang mendapat puluhan ribu sebulan itu bermaksud mereka hebat? Benarkah? Dan benarkah pada setiap bulan mereka mendapat lima angka secara konsisten? Sebahagian rahsia mereka dibongkarkan di sini:

http://blog.smartusaha.com/rahsia-mendapat-puluhan-ribu-sebulan-melalui-internet/

—————————-

Sumber Artikel: http://blog.smartusaha.com/sudah-sudahlah/

Monday, October 26, 2009

Seminar Affiliate Marketing Ammar Zahar Dan Mawardee : Ulasan / Review Preview :-)

Salam sejahtera pada pembaca semua :)

Sudah lama ya saya tidak update blog. InsyaAllah, saya akan update lebih kerap selepas ini.

Pada hujung minggu lepas, saya telah menghadiri 2 seminar affiliate marketing otai IM, iaitu Ammar Zahar dan Mawardee. Memang saya sudah lama bergiat dalam kegiatan affiliate marketing. Kalau nak kira ebook dan buku2 yang dibeli memang sudah banyak tentang affiliate marketing ini, tetapi bagi Ome, bila menghadiri seminar atau face to face, ilmunya lagi berkat dan lebih bermakna.

Nanti, di post - post seterusnya, Ome akan ceritakan pengalaman dan pengajaran dari kedua2 seminar tersebut :)

PS / terngiang2 kata Ammar " Persistence and Consistent "

Friday, July 10, 2009

A Review Of Free Unstoppable List Report

I had a few days to go through the free report, given by Justin and my review is simply this ..


"If you are serious about doing business in the internet as an IM ( Internet Marketeer ), you must get the report, 'nuff said. "

Basically, his report is an up-to-date presentation of the technique of list building and how you can profit from that method.

The report is FREE, but could easily be worth at least USD 49 dollars.

Now, you might be tempted to just ask me for a copy, but on the terms of its use, I cannot distribute the report freely. You have to get your copy. :-)

Get it here. No risk, no cost ..... :-)

Wednesday, July 8, 2009

Laporan Percuma Trafik Hebat Bisnes Internet

Hi.. sudahkah anda mendapat laporan percuma semalam ? Kalau tidak dapat, rugi tau .... klik la di sini untuk mengetahui ceritanya.

Klik SINI :-)

Tuesday, July 7, 2009

Program Trafik Hebat Dengan Laporan Percuma

Bagaimana kalau saya katakan dengan hanya membaca laporan percuma dan mengesyorkannya pada kawan - kawan anda, anda boleh buat duit.

Syarat utama :

1. Anda mesti mahu tahu cara menjana trafik bisnes internet anda

Teruskan pembacaan anda :-)

Ome baru sahaja mendownloadkan laporan "Unstoppable List Building" yang dikeluarkan oleh Justin Michelle. Ianya "PERCUMA" :-) .. yang hebatnya apabila anda mendownload report ini,
anda akan mendapat bukan satu tetapi dua laporan padat mengenai cara - cara menjana trafik internet. Pada sesiapa yang berminat dengan bisnes internet, trafik adalah nyawa bisnes anda.

Apa yang anda dapat bila mendownload report ini

1. Unstoppable List Building Report

Laporan ini menghuraikan cara - cara untuk membina list bisnes internet anda .

2. The Traffic Tips Report

Laporan ini menghuraikan cara - cara mendapatkan trafik bisnes internet anda.

Nah, bukankah maklumat - maklumat ini penting untuk bisnes internet anda. Percuma pulak tu ;-)

Dapatkan laporan percuma anda di sini !

Nak sebab lagi untuk dapatkan report ini ..? ... baca lagi di bawah ....

BONUS : CARA BUAT DUIT DENGAN LAPORAN PERCUMA INI

Dan sebagai bonus, apabila anda mendownload report ini, Justin akan berikan anda USD 1 ( 1 US dollar ... RM 3.5 secara kasar ) apabila anda dapat mengajak kawan2 anda untuk juga mendownload report ini .... wa, sudah la report percuma, ada potensi dapat RM lagi :)

Saya syorkan anda menggunakan Paypal sebagai cara pembayaran anda.

Jadi apa ditunggu2 lagi .... dapatkan LAPORAN PERCUMA ANDA ! :-)

Wednesday, January 28, 2009

Ucapan Tahun Baru 2009 Mohd Nizam

Salam kawan2,

Pada awal tahun ini, Ome ada menerima emel ini dari Mohd Nizam

" Selamat Tahun Baru 2009 & Ma'al Hijrah 1430 !

Beberapa hari lepas saya menerima sms dari sahabat saya, seorang
usahawan yang berjaya.

SMS tersebut tertulis...

"Selamat Tahun Baru, Semuga Kau Buat Sejuta Ringgit Tahun Ini."

Saya menjawab,

"Terima kasih! Nampaknya saya perlu kerja lebih kuat!"

Selepas beberapa minit saya mendapat balasan daripada beliau:

"Tidak.Kau Silap. Kau hanya perlu kerja lebih bijak."

Saya terpaku untuk beberapa saat.

Saya terfikir sendiri-- Adakah saya bekerja cara bijak hari ini?

Anda tentunya tahu, ini bukanlah satu perkara baru. Kita telah mendengar
seribu kali. Pada awalnya, ianya tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada
saya sehinggalah saya mula FAHAM maksud yang tersembunyi.

Mengetahui dan memahami adalah dua perkara yang berbeza, walaupun ada
yang fikir ianya sama sahaja. Dan ianya juga menjadi punca mengapa ramai
yang gagal menjana wang diinternet selepas mengikuti kursus-- kerana
mereka TAHU maklumat tertentu, tetapi tidak faham apa maksud sebenarnya.

Jika anda buat duit banyak dengan bekerja lebih kuat, saya minta maaf
kerana tiada apa yang boleh dibanggakan. Anda terpaksa meluangkan lebih
banyak masa dan tidak produktif.

Bekerja cara bijak meningkatkan masa yang ada. Ini bermakna,anda meluangkan
masa yang sama tetapi anda dibayar lebih berlipat kali ganda.

Itu rahsianya!

Faham konsep ini dan hidup anda akan lebih bahagia. Saya jamin.

Ada banyak cara untuk anda bekerja lebih bijak.

Jika anda mahu mempelajari sesuatu, jangan buang masa buat sendiri. TANYA.
Jika tiada yang menjawab, beli ilmu dan pengalaman orang lain. Ianya lebih
cepat dan mudah.

Fokus kepada idea dan perancangan bisnes. Bukan hanya untuk buat duit tetapi
bagaimana membina bisnes online yang boleh menjana pendapatan untuk anda
untuk jangka masa yang lama.

Anda bekerja bijak dengan membuat sesuatu yang terbukti berkesan untuk menjana
wang daripada mencipta sesuatu yang belum pasti. Inovatif, bukannya kreatif!

Saya pasti anda tentu lebih banyak idea untuk bekerja cara bijak. Mungkin
lebih baik dari yang saya dedahkan. Yang pastinya...

Saya tak mahu bekerja kuat. Bagaimana dengan anda?


Demi Kejayaan Anda 2009,

Mohd Nizam "

------------------

Jadi bagaimana perjalanan 2009 anda setakat ini ? Ingin menjana pendapatan online ? ;-)

Mahu bergerak ke hadapan ? ... :-) .. klik link INI untuk memulakan perjalanan anda ... kalau tidak mengambil langkah pertama, anda mungkin tidak tahu ;-)

" Bergerak ke hadapan, bukan ke belakang ... " ;-) klik link INI.

Thursday, January 15, 2009

Kehebatan FLB Pro

Kata2 bro Nizam mengenai FLB Pro

"
Anda tentunya tidak dapat bayangkan
betapanya hebatnya sistem FLB Pro ini.

>> Klik di SINI untuk memulakan perjalanan anda dengan sistem ini

Dengan sistem ini anda boleh menjana
RM100 ~ RM500 sehari tanpa anda sedari!

Ini yang saya alami sekarang, dan saya
sendiri tak tahu bagaimana untuk buatnya
berhenti! ;)

Pernahkah anda jumpa bisnes seperti ini?

* Anda tidak perlu tahu tentang laman web
* Anda tidak perlu tahu tentang autoresponder
* Anda tidak perlu tahu tentang produk
* Anda tidak perlu tahu tentang bayaran
* Anda tidak perlu tahu tentang rungutan

Mengapa?

Ini kerana semuanya telah tersedia untuk
anda gunakan! Ya, anda mendapat teknik
dan strategi yang saya gunakan untuk
menjana puluhan ribu ringgit sebulan!

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Dapatkan sistem FLB Pro sekarang kerana
tempat memang terhad! Untuk buat duit
dengan sistem saya...

" Hanya _________ _________ anda!"

Itu sahaja yang perlu anda buat.
(Psst.. senang aje, budak sekolah pun
boleh buat!)

Dan lihat wang ringgit RM100, RM200 sehingga
RM500 meledak dalam akaun anda setiap hari
secara AUTOMATIK!

Anda sudah bersedia untuk buat duit?

Klik sekarang:

-> di SINI untuk memulakan perjalanan anda


Jumpa anda disana.


Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam"

----------------

Bagaimana dengan anda ? Mahu merasai kehebatan FLB Pro ? :-) Mahu bergerak ke hadapan ? ... :-) .. klik link INI untuk memulakan perjalanan anda ... saya ulangi klik link INI.

" Bergerak ke hadapan, bukan ke belakang ... " ;-) klik link INI.

Wednesday, January 14, 2009

Kejayaan FLB Pro Di Internet

Kata2 bro Nizam tentang kejayaan FLB Pro

" Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah
tiba!

Saya tahu apa yang anda fikirkan...

Anda tentunya mahukan duit.

Bukan bulan depan.

Bukan tahun depan... Tetapi

SEKARANG!

Secara Automatik. 'Set up' dan lupakan.

Inilah sistem yang saya gunakan sekarang
untuk menjana wang dari rumah secara automatik.

Semenjak saya melancarkan FLB Pro dipersada
internet, saya telah mengumpul lebih 100,000
list (prospek) dan hasilnya...

++ November07 = RM101,366.04

++ Januari08 = RM85,104.83

++ Februari08 = RM81,655.27

++ Mac08 = RM105,305.61

++ Apr08 = RM220,028.26

++ Jul08 = RM208,824.96

++ Sept08= RM428,225.34!


Ya lah tu... mustahil!

Memang itu yang saya juga rasa pada
mulanya, tetapi apa yang terjadi
membuatkan saya terkedu dan hampir
tidak percaya!


Anda boleh lihat sendiri buktinya dan saya
akan tunjukkan kepada anda bagaimana saya
lakukannya langkah demi langkah dengan senang.


Dapatkan sistem ini sekarang jika anda
mahu buat duit secara automatik dirumah.

Klik di SINI

Apa tunggu lagi, jom buat duit. "

------

Bagaimana dengan anda ? Nak buat duit ? Mahu menjalankan perniagaan internet :-) Mahu bergerak ke hadapan ? ... :-) .. klik link INI untuk memulakan perjalanan anda ... saya ulangi klik link INI.

" Bergerak ke hadapan, bukan ke belakang ... " ;-) klik link INI.

Tuesday, January 13, 2009

Rahsia KeEnam FLB Pro

Kata2 bro Nizam, pengasas FLB Pro

" Satu konsep kekayaan yang mesti anda faham jika
anda mahu menjana kekayaan dengan cepat dan mudah.

Anda mesti faham apakah dia "Pendapatan Aktif & Pasif"

Jangan tunggu lagi, saya akan beritahu anda semuanya
disini Ome.

Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.
(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa
henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)

Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak
wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.

Mereka bebas untuk:

- menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!

Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif,
mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.

Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan
orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana
seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak
mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.

Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa
sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa
dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.

Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan
daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak
kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti
kebanyakkan daripada kita.

Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak,
anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan
memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka
ketika waktu yang anda mahukan.

Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif
setiap tahun!

Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda
buat kajian :

* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:

“Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta
pendapatan secara pasif?” Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai
masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan
mula sibukkan diri anda.

Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan
aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang
saya senaraikan diatas tadi. Anda tentu akan berterima kasih kepada
saya nanti ;)



Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam "

-------

Bagaimana dengan anda ? Anda ingin belajar untuk menjana pendapatan pasif yang menjadi lubuk duit untuk anda ? Mahu menjalankan perniagaan internet :-) Mahu bergerak ke hadapan ? ... :-) .. klik link INI untuk memulakan perjalanan anda ... saya ulangi klik link INI.

" Bergerak ke hadapan, bukan ke belakang ... " ;-) klik link INI.

Rahsia Kelima FLB Pro

Kata2 Bro Nizam ..

"Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang!
Oleh itu anda mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup
yang lebih baik. Dan saya buatkan satu sistem yang boleh
anda ikut.

Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya
rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Dalam masa
beberapa tahun saya telah mencipta pelbagai sistem, dan
saya akan memperkenalkan salah satu sistem saya yang
terbaik kepada anda ;)

Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah
berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang
pasti akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.
Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa
yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata
bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja
rekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa
buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan
anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya,
anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya
telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar... hehe

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan
mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa
masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak
pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas
kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan
setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan
bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas
sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa
senaraikan semua hutang anda. Contohnya:

1)Hutang stereo RM2000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang
yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang
yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak
besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima
hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000.
Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%
daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang,
kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk
membayar hutang.

Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini.
Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang
perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu
makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti.
Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan
paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang
No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum
ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis
hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada
hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang
kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama
habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan
hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke
senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa
tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada
RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja
hutang pertama anda habis.

Ome, gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan
hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan
biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung
semua beban hutang anda nanti.


Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam "

--------

Bagaimana dengan anda ? Anda ada extra RM ? Mahu menjalankan perniagaan internet :-) Mahu bergerak ke hadapan ? ... :-) .. klik link INI untuk memulakan perjalanan anda ... saya ulangi klik link INI.

" Bergerak ke hadapan, bukan ke belakang ... " ;-) klik link INI.

Sunday, January 11, 2009

Rahsia ke 4 FLB Pro

Kata2 Mohd Nizam mengenai rahsia ke 4 ;-)

"
Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang
tidak akan menjadi kaya... dan bagaimana anda tidak
menjadi salah salah seorang daripada mereka.

Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa
yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti
mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa
yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.

Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.

Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah.
Dan sekarang giliran anda pula. Berikut adalah 5 sebab
mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan
bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~
=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi,
pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula
melangkah ke arah kejayaan.

Nampakkah anda masalahnya disini?

Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda
menjana wang, kejayaan dan gayahidup yang anda mahukan.

Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum
mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak
dan tidak akan mendapat ganjarannya.

Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh
seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.

Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan
melangkah ke arah kejayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan
liabiliti.

Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang
masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang
keluarkan duit dari poket anda.

Aset : Wang masyuk
Liabiliti: Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta
benda adalah aset mereka.

Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan
anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang
daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah
liabiliti = hutang!

Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada
aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk
membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.

Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya
membawa kita kepada...

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi
nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda
tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada
bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk
sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi
terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang
tidak lagi anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang
memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk
anda menuju kekayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit
untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya
satu sistem yang buat duit secara automatik.

Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait
dengannya.

Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,
tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.

Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa
kekayaan diluar dugaan anda.


~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut
daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga
ke garisan penamat.

Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak
bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya
sekali.

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda
mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba
ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,
tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.

Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi
punca kegagalan sesorang.

Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus
mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai
peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.

Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk
mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup
anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang
lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.

Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.


Demi Kejayaan Anda,
Mohd Nizam "

Bagaimana dengan anda ? Anda mahu mengambil tindakan ?
Mahu menjalankan perniagaan internet :-) Mahu bergerak ke hadapan ? ... :-) .. klik link INI untuk memulakan perjalanan anda ... saya ulangi klik link INI.

" Bergerak ke hadapan, bukan ke belakang ... " ;-) klik link INI.

Thursday, January 8, 2009

Rahsia Ketiga FLB Pro

Untuk Rahsia ketiga FLB Pro, kata2 Mohd Nizam

"

Masih ramai yang bertanya saya apakah
rahsia terunggul untuk buat duit diinternet?

Ini soalan yang biasa saya dengar dan saya
tahu mengapa masih ramai tak faham konsep
bisnes internet.

Ramai yang menyangka bisnes internet ini
satu pelaburan skim cepat kaya. Anda labur
RM1000 dan jadi jutawan bulan depan tanpa
perlu buat apa-apa.

Itu semua mengarut dan bukan caranya.

Tetapi ada satu rahsia hebat yang tidak akan
gagal dan telah lahirkan ramai jutawan!

Jika anda tahu rahsia ini, anda boleh
buat duit diinternet!

Bukan RM50 atau RM1000 bahkan RM1,000,000!

Ya! SATU JUTA RINGGIT dibank. Saya sendiri
telah lakukannya.

Saya tahu anda tidak sabar untuk dapatkan
rahsia ini. OK, saya akan beritahu anda.

Untuk buat duit diinternet atau jadi kaya..

"Anda Mesti Jual Produk!"

Nampak mudah tapi adakah anda menjual
sesuatu diinternet?

Jika belum inilah masanya untuk anda mulakan.

1. Cari produk yang laris.
2. Buat 'squeeze page' - web yang menyedut
nama dan email.
3. Bawa pelawat ke squeeze page anda.
4. Jual produk anda!

Buat 4 langkah diatas dan impian jutawan
dalam genggaman anda!

Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang
pasti akan mengubah hidup anda.
"
-------

Ini baru sedikit tips yang diberikan oleh Mohd Nizam dalam program FLB Pro :-)

Baru sedikit beb ... :-)

----------

Anda berani ? Mahu menjalankan perniagaan internet :-) Mahu bergerak ke hadapan ? ... :-) .. klik link INI untuk memulakan perjalanan anda ... saya ulangi klik link INI.

" Bergerak ke hadapan, bukan ke belakang ... " ;-) klik link INI.

Wednesday, January 7, 2009

Rahsia Kedua FLB Pro

Kata2 Mohd Nizam, ... rahsia kedua ...

"
Hai Ome,

Saya menerima email baru-baru ini daripada seseorang
yang telah mencuba pelbagai program dan skim diinternet
tetapi tidak mendatangkan sebarang hasil :(

Beliau merasa musykil bagaimana hendak buat duit diinternet
dan bertanya kepada saya apa yang perlu beliau lakukan.

Saya bertanya kepada beliau: "Anda mempunyai list tak?"

"Hmm... list, apa tu? Senarai apa?" Beliau menjawab.

Saya terus berkata "Jika tiada list, jangan harap anda
hendak buat duit diinternet!" Beliau terus terdiam.

Mengapa? Nanti saya terangkan kemudian..

Sebelum saya menerjah ke dunia internet, saya bergiat
dalam gayapos dengan permulaan 500 list. Kemudian
bertambah sehingga 10,000 dan apa yang terjadi?

Saya menjana lebih RM300,000 dengan list saya :)

Rahsia Kekayaan #2: List = Duit!

Jadi apa itu list?

List adalah mereka yang meminta maklumat dan berminat
dengan produk yang anda tawarkan. Biasanya mereka akan
berikan nama, email atau alamat kepada anda untuk
dihubungi.

Jutawan atau guru internet mempunyai jumlah list yang
besar.Mereka berhubung dengan list mereka dan memberikan
tip dan teknik yang berharga kepada list mereka. Semakin
lama, list akan terbiasa dengan mereka dan memberi
kepercayaan! Inilah yang anda perlu capai.

Ini mungkin diluar jangkaan anda, Frank Kern (saya adalah
seorang list beliau) menjana sejuta dollar dalam masa
5 jam dengan menulis HANYA satu email kepada list beliau.

Kesimpulannya,jika anda mahu buat duit dari internet, anda
perlu mempunyai list dan ingat FORMULA AJAIB ini:

** Sesiapa sahaja biasanya 1000X akan membeli sesuatu
berdasarkan saranan daripada orang yang mereka PERCAYA
daripada orang yang tidak dikenali langsung! **

(Sekarang anda tahu jawapannya mengapa kawan kita tadi
tidak dapat sesen pun dengan bisnes internetnya!)

Jadi jika anda mempunyai 1000 list, dan 20% membeli
produk berharga RM300 dalam setahun, pendapatan anda
sudah mencecah RM60,000!

Jika anda mempunyai 2000 list, dan 20% membeli produk
berharga RM300 dalam setahun, anda dapat RM120,000 dan
tidak perlu risau lagi tentang duit!

Anda dapat bayangkan??

Matlamat anda sebagai pakar internet ialah membina
sekurang-kurangnya 1000 list.

Kemudian anda perlu membina kepercayaan daripada
list anda dengan memberikan maklumat percuma yang
cukup bernilai!

Akhir sekali, anda tawarkan produk-produk yang
mempunyai nilai yang sama tingginya dan lihat bank
akaun anda meledak dengan wang ringgit tanpa anda sedari! :)

Ini adalah rahsia kekayaan yang mesti anda ingat sampai bila-
bila! Anda cukup bertuah kerana mengetahui rahsia hebat ini
awal-awal lagi! Ianya mutiara yang cukup berharga!

Orait, jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain. "

-------------------------

Anda teruja ?:-) Mahu bergerak ke hadapan ? ... :-) .. klik link INI untuk memulakan perjalanan anda ... saya ulangi klik link INI.

" Bergerak ke hadapan, bukan ke belakang ... " ;-) klik link INI.

Tuesday, January 6, 2009

Rahsia Pertama FLB Pro

Kata2 Nizam sendiri ..

" Salam Ome,

Anda pernah buat kesilapan ini?

Anda membeli kereta baru, rumah baru atau TV plasma
baru dan menggunakan duit gaji anda untuk membayarnya?

Jika YA, anda telah membuat kesilapan besar...

Tetapi jangan risau, kerana hampir 95% orang lain juga
membuat perkara yang sama... termasuk saya! :-)

Saya ingin katakan apa yang biasa anda lakukan bukanlah
taktik para jutawan. Jutawan menggunakan satu taktik yang
cukup licik untuk membeli apa sahaja yang mereka mahukan
...secara PERCUMA. Huh?

Saya telah menggunakan teknik rahsia ini setelah saya membaca
buku bestseller, Robert Koyasaki "Rich Dad Poor Dad".

Dalam buku tersebut Robert menceritakan satu hari seorang broker
kereta menelefon dan berkata yang kereta idaman beliau,
Porsche edisi terbaru baru sahaja tiba dan mengajak beliau melihatnya.

Robert yang memang mengidamkan kereta Porsche terpegun
melihatnya dan tanpa berfikir dua kali terus membeli kereta Porsche
ini secara hutang. Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman
selama 5 tahun. Ya, beliau sudah pun menjadi jutawan tetapi
tetap mahu berhutang! Macam mana tu... ok, biar saya terangkan.

Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama
5 tahun. Kemudian apa yang beliau lakukan ialah mencari
satu projek hartanah dan menyewakannya. Duit sewa dari
projek hartanah tersebut digunakan untuk membayar sewa
bulanan kereta Porsche. Secara logiknya, bukankah beliau
membeli kereta ini secara percuma?

Dan baru-baru ini saya berminat dengan satu laptop HP. Sebelum
ini saya menggunakan desktop HP tetapi anak saya, Allyssa
asyik membebel hendakkan komputer untuk bermain games.

Jadi apa yang saya lakukan ialah saya menulis satu email
ringkas dalam masa 10 minit dan hantarkan kepada list saya.
Dalam masa seminggu, saya lihat RM3200 dalam akaun bank
dan tanpa membuang masa saya terus membeli laptop HP.

Konsep jutawan yang ingin saya jelaskan disini ialah jika anda
mahu membeli sesuatu yang mahal harganya, anda perlu memikirkan
satu cara untuk membayar ansuran bulanan tanpa perlu mengeluarkan
duit kocek anda sendiri.

Ingat duit yang masuk kekocek anda ialah aset, dan duit yang keluar
dari kocek anda ialah hutang! Jika anda pelik mengapa anda masih
lagi tidak hidup senang, inilah punca sebenarnya. Bukannya gaji anda
kecik, anda sudah 10 tahun tak promote, boss anda kedekut, isteri anda
habiskan duit anda atau apa juga alasannya.

Sebenarnya punca mengapa sesorang tidak hidup senang ialah mereka
menggunakan duit gaji setiap bulan untuk membayar kereta, minyak kereta,
rumah, bil astro, susu anak.. semuanya. Sebab itulah setiap hujung bulan
akaun bank anda semakin berkurangan. :-(

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Cari punca pendapatan baru! Jangan hanya bergantung kepada satu
punca pendapatan sahaja. Jika satu punca pendapatan bermasalah,
anda mempunyai cabang duit lain yang boleh membantu.

Banyak punca pendapatan yang boleh anda fikirkan. Antaranya ialah
internet, gayapos, mlm (meniaga larut malam?), ejen insuran, pasar malam
dan banyak lagi yang boleh anda fikirkan. Cari sesuatu yang sesuai dengan
jiwa anda dan impian hidup anda.

Ome, konsep kekayaan ini nampak mudah tetapi impaknya akan
membuatkan anda melarat seumur hidup atau anda bakal bergelar seorang
jutawan satu hari nanti. Buka minda anda dan cuba fahamkan.

Orait, jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain! "

----------------------------------------

Ha, ingin mengetahui lagi kata2 M0hd Nizam, klik di SINI.