SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Showing posts with label pemasaran internet. Show all posts
Showing posts with label pemasaran internet. Show all posts

Friday, September 15, 2017

Petua Adam Khoo Tentang Hidup Dan Bisnes

Adam Khoo, salah seorang jutawan yang saya hormati memberi beberapa petua cara beliau menjalankan hidup dan bisnes beliau.

Petua-petua beliau


  1. Boleh mendapat pendapatan iklan dengan cara Youtube.
  2. Jangan lupa keluarga dan orang tersayang, walaupun fokus dengan kejayaan kerjaya dan akademik.
  3. Kerja boleh menjauhkan diri dari keluarga tersayang, tetapi membuatkan kita lebih sayang kepada mereka. Tetapi, jangan berjauhan terlalu lama.
  4. Ada pelbagai cara menjana pendapatan. Fokus satu cara sehingga ia berjaya, sebelum mencuba cara yang lain. Buat terlalu banyak cara pada masa yang sama boleh membawa kepada kegagalan.


Anda boleh baca artikel sepenuhnya di sini.

Saya setuju dengan semuanya, khususnya no 4. Saya ada menulis tentang fokus di post ini dan ini. Dan saya bersalah kerana terlalu banyak benda mahu buat sebelum ini, tetapi akhirnya tidak ada apa yang menjadi.

Benarlah kata pepatah Melayu, "Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran .."

Selamat Berniaga :)


Thursday, October 22, 2015

Anda Mahu Terus Beli Dari Taobao, Ini Caranya ....

Sebagai seorang lecturer, saya ada sekumpulan pelajar dari negara China. Bila borak-borak dengan mereka tentang beli-belah online, mereka menyebut Taobao.com, sebagai laman kegemaran mereka membeli-belah. Katanya, harga murah. Saya bertanya, mengapa tidak alibaba.com, ataupun dhgate.com? kata mereka, laman2 tersebut memerlukan pembelian besar-besaran, manakala taobao.com, boleh beli kuantiti yang kecil sedikit.

laman depan taobao.com

Tapi, memang sudah sedikit nak beli dari taobao.com. Sebab itu, ada banyak laman web yang menawarkan servis pembelian taobao.com, seperti screenshot di bawah

servis beli belah taobao

Tapi, untuk memudahkan semuanya, seorang warga Malaysia, tuan Nigel Ong, telah mengeluarkan panduan membeli di taobao.com dan menjual di laman2 web di Malaysia, iaitu Rahsiataobao.com

rahsia taobao.com

Yang bestnya panduan ialah ia dalam Bahasa Melayu, supaya mudah difahami. Tuan Nigel merupakan seorang peniaga online yang biasa dengan taobao.com .. Semua langkah dihuraikan satu persatu.

Ingat ye .... dah beli, a.m.a.l.kan .... kalau tidak, jadi khazanah sahaja.

Selamat membeli-belah di taobao.com :)

Monday, August 17, 2015

Khusus Pada Part Timers- Berkat Bisnes Online

Beberapa minggu lepas, Ome melakukan muhasabah tentang status bisnes Ome masa kini. Terus terang, bisnes online Ome banyak pasang surut. Lebih banyak surut dari pasangnya :(
'Questions are the answers you might need....' Ome bertanya banyak soalan tentang bisnes Ome sendiri mengikut ilmu pengetahuan yang Ome ada.
Dan salah satunya yang Ome perasan, ... mungkin selama ini, Ome buat bisnes tidak berkat, .. bukan bisnes itu tidak berkat, tetapi cara Ome menjalankan bisnes online itu tidak berkat. Ome ada menjalankan bisnes ketika waktu Ome bekerja. Yalah, bisnes online ini memang flexible, you can do it almost anywhere ... tetapi, Ome bertanya ... " adakah berkat aku menjalankan bisnes di mana sepatutnya aku bekerja? " ... Ome masih bekerja full-time sebagai pensyarah di IPT swasta.
Jadi, Ome tukar gaya menjalankan bisnes online. Secara ringkas, pada masa bekerja, Ome akan fokus 100% pada kerja. Untuk bisnes online, Ome akan lakukan apabila Ome berada di rumah/luar office.

HASILNYA- Alhamdulillah, berbaloi .... kualiti kerja Ome bertambah, dan hala tuju bisnes online Ome semakin cerah.

Alright, kita jalan terus :)