SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Showing posts with label adam khoo. Show all posts
Showing posts with label adam khoo. Show all posts

Friday, September 15, 2017

Petua Adam Khoo Tentang Hidup Dan Bisnes

Adam Khoo, salah seorang jutawan yang saya hormati memberi beberapa petua cara beliau menjalankan hidup dan bisnes beliau.

Petua-petua beliau


  1. Boleh mendapat pendapatan iklan dengan cara Youtube.
  2. Jangan lupa keluarga dan orang tersayang, walaupun fokus dengan kejayaan kerjaya dan akademik.
  3. Kerja boleh menjauhkan diri dari keluarga tersayang, tetapi membuatkan kita lebih sayang kepada mereka. Tetapi, jangan berjauhan terlalu lama.
  4. Ada pelbagai cara menjana pendapatan. Fokus satu cara sehingga ia berjaya, sebelum mencuba cara yang lain. Buat terlalu banyak cara pada masa yang sama boleh membawa kepada kegagalan.


Anda boleh baca artikel sepenuhnya di sini.

Saya setuju dengan semuanya, khususnya no 4. Saya ada menulis tentang fokus di post ini dan ini. Dan saya bersalah kerana terlalu banyak benda mahu buat sebelum ini, tetapi akhirnya tidak ada apa yang menjadi.

Benarlah kata pepatah Melayu, "Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran .."

Selamat Berniaga :)


Saturday, October 15, 2011

Kisah di WAT Mega Gathering 2011

Jumaat malam Sabtu lepas, ada gathering graduan ( Wealth Academy Trader ) di Tropicana Golf Resort, Petaling Jaya. Sebagai salah seorang graduan, saya juga menghadiri sesi ini. Tujuan utama himpunan ini ialah untuk Conrad memberi penerangan kepada anak2 murid beliau, termasuk saya tentang pasaran kewangan sekarang. Analisis beliau jitu dan padat seperti biasa.

Bagi saya, sesi sebegini menyeronokkan kerana dapat berjumpa Conrad dan rakan2 trader yang lain. Selain daripada berjumpa kembali, dapat juga bertukar - tukar fikiran dan idea. Dan bila berjumpa dengan mereka kali ini menyedarkan betapa masih jauh perjalanan saya sebagai seorang trader.

Satu pelajaran dalam dunia trader ... kalau anda fikir anda telah tahu, anda akan gagal ... kerana dalam trading, anda sentiasa berada dalam keadaan pasaran yang tidak menentu .... dan persiapan ( analisis dan rancangan ) adalah sangat penting. Saya masih belajar lagi ....

Kata Gary, seorang mentor, bila saya kata " I love trading ", dia menjawab, " Of course, trading is like a drug la .. "... " Azmir, treat it like a business, then you will be fine ... "

Adakah anda treat apa yang anda ceburi ( forex, trading, etc ) sebagai bisnes ? Jika anda treat it as a hobby, then hasilnya macam hobby juga ...

Saturday, September 17, 2011

Massive Action Ikut Adam Khoo

0Untuk berjaya dalam bidang yang diceburi,minat tidak mencukupi. Saya ulangi minat tidak mencukupi. Usaha juga perlu dilakukan BERLIPAT GANDA. Salah satu pelajaran yang saya alami dalam dunia perniagaan internet adalah untuk berjaya, usaha perlu ada. Kejayaan tidak pasti, tetapi usaha perlu ada.
Juga, boleh diadakan satu rangka strategi dan rancangan ( step by step ) untuk menjalankan perniagaan anda.

Mengikut kata Adam Khoo, yang penting adalah Massive Action dan gunakan petua ( USF ) - Ultimate Success Formula beliau ...

Ultimate Success Formula

Know What You Want
Take Massive Action
Learn From Feedback And Make Adjustments Until You Reach Your Goal

Di bawah, ada 4 video di mana Adam menceritakan USF