SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Showing posts with label steve jobs. Show all posts
Showing posts with label steve jobs. Show all posts

Friday, October 22, 2021

Ringkaskan Fokus Anda dan Lakukan Tindakan Cara Steve Jobs

 Dalam biografi mendiang Steve Jobs oleh Walter Isaacson, beliau ada menulis salah satu kekuatan Jobs iaitu kuasa fokus. Bagi Jobs... "Deciding what not to do is an important as deciding what to do ", he said. That's true for companies and it's true for products." (336, Isaacson). 

Dalam sesi melihat senarai produk selepas baru mengambil alih Apple, beliau melihat betapa caca marba senarai produk Apple, yang dipersembahkan oleh jurutera-jurutera Apple ketika itu. Akhirnya, selepas minggu, beliau terus hentikan semua persembahan-persembahan jurutera kerana tidak berpuas hati dengan apa yang beliau lihat. Beliau mengusulkan, atas papan whiteboard, satu kotak segiempat, dengan empat kuadran.  - Consumer, Pro ... Barisan - Desktop, Portable.

Beliau ringkaskan bahawa semua produk Apple akan meggunakan quadrant ini mulai saat itu. Dan sejak itu Apple 

Mengapa saya cerita tentang babak ini? Kerana ia menunjukkan betapa pentingnya fokus dan tindakan yang selanjutnya selepas fokus. Tahu apa yang perlu lakukan dan tidak perlu lakukan. Bagi saya, inilah saat Apple mula kembali sebagai gergasi perkomputeran sehingga peringkat sekarang.

Apa yang kita gunakan? Fokus tetapi jangan terlalu fokus kepada banyak benda. Ringkaskan fokus anda dan bertindak selepas iu.

Rujukan

Steve Jobs by Walter Isaacson, Little, Brown 2011. Edisi 2011

gambar cover depan dan belakang biography beliau.
Creative Commons license. Sumber sini.

PS/ Ome juga ada menulis tentang fokus di sini  Pengajaran kembali.

Thursday, October 6, 2011

Terima kasih, Encik Jobs

Steve Jobs telah meninggal dunia. Harimau mati meninggalkan belang, beliau mati meninggalkan nama dan produk2 Apple yang keluar di bawah jagaannya di Apple. Ya, mungkin ramai yang berkata, bukan Steve Jobs yang mencipta Iphone, Ipad,. dan lain2 .. tetapi, beliau adalah inspirasi produk2 tersebut. Di bawah, saya senaraikan sifat - sifat beliau, bagi saya, yang membuatkan beliau ikon bisnes zaman ini,. Adakah kita ada sifat - sifat di bawah ?

Sifat Istimewa Bisnes Steve Jobs

Fanatik
Beliau fanatik terhadap perkara yang beliau lakukan. Sejarah kelahiran Ipod di mana beliau percaya yang Ipod akan mengubah persepsi orang ramai mengenai pemain MP3.

Dedikasi
Apa - apa projek yang dilakukan oleh Apple akan diteruskan sehingga ia tamat. Tiada melengah - lengah masa untuk apa - apa hal sekali pun sehingga projek itu siap. Contoh, projek iMac.

Perhatian Teliti 
Perhatikan setiap produk Apple. Ia dihasilkan dengan sungguh teliti, supaya ia berfungsi untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Itu cara beliau bekerja di Apple. Semuanya harus teliti, tidak ada 'cincai', dan jika ada masalah, selesaikan dengan segera, contohnya, " Antennagate".

Telus
Ini merupakan sifat beliau yang paling disayangi dan dibenci oleh ramai peminatnya. Beliau akan berkata putih itu putih dan hitam itu hitam, terutamanya bila ia melibatkan produk / perkhidmatan Apple. Jika ianya tidak berjaya, pasukan yang bertanggungjawab tentang produk tersebut akan 'kena', contohnya, Mobile Me. Dan bila berjaya, anda akan mendapat pujian daripada beliau, contohnya, Jonathan Ive, pencipta iMac.

-----

Terima kasih, Encik Jobs. RIP