SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Showing posts with label write to wealth. Show all posts
Showing posts with label write to wealth. Show all posts

Saturday, June 7, 2014

Review Seminar Beginning Online Marketing (BOM) 2014 di Shah Alam

Pada 7 Jun 2014, saya telah menghadiri seminar BOM (Beginning Online Marketing) yang dianjurkan oleh tuan Faisal Abdullah, salah seorang sifu pemasaran internet tempatan. Sebenarnya sudah lama mahu ke seminar BOM yang diadakan sejak tahun lepas tetapi salah saya, sama ada lambat mendaftar atau tarikh seminar BOM lepas ada urusan lain. Mengapa ye? Sebab pengalaman luas tuan Faisal dalam bidang pemasaran khususnya pemasaran Facebook. Dalam seminar ini, beliau telah berjanji untuk menunjukkan cara pemasaran beliau yang agak unik. Dan bagi saya, beliau menunaikan janjinya 100%.
Bagi saya, apa yang beliau curahkan adalah satu perubahan paradigma pemasaran internet, khususnya bagi saya yang telah 'berkecimpung' dalam aktiviti pendidikan IM ini ;-) ...
Sesi ini berjalan sehari .. pagi pukul 9 am hingga ke petang pukul 6, ditambah dengan dua speaker bonus. Saya bersama 199 insan di Hotel Laman Seri, Shah Alam. Nanti saya cerita ... ;-)

Ini adalah review saya mengenai seminar BOM, tetapi bukan secara terperinci ;-) Sebab untuk memanfaatkan seminar ini, anda harus menghadiri seminar ini sendiri. Tapi, ia sangat berbaloi ... especially, if you come with an open mind and willingness to learn ... selfie sebelum seminar bermula :)



Tuan Faisal bermula dengan bertanya satu soalan yang ringkas, tetapi mendalam... " Apa masalah yang anda mahu selesaikan? .. " dan sepanjang seminar di masa beliau menjadi speaker, ini asas yang beliau tekankan.
Beliau seterusnya bertanyakan DUA soalan ... KENAPA dan APA mahu capai dari seminar? Beliau meminta semua peserta menulis dan meminta 2,3 peserta volunteer memberikan jawapan mereka. Dan beliau menolong peserta2 tersebut clarify jawapan. Dapat bimbingan tu ... :) dan juga menolong kami faham mengapa dia bertanya soalan tersebut.

Bagi tuan Faisal, bisnes online perlu tiga objektif untuk berjaya

  • Risiko Rendah, Pulangan Tinggi
  • Balance Masa
  • Gerai Burger :)

Beliau huraikan ketiga-tiga objektif dan saya tersenyum bila beliau bercerita tentang objektif Gerai Burger. Point ini, bagi saya, adalah pelajaran EMAS pertama BOM. Perspektif saya tentang bisnes online berubah dan buat saya sedar kesalahan saya selama ini. Pembayangnya, tanya diri anda, bagaimana orang jual burger buat bisnes burger? ;-)

Seterusnya beliau mengupas isi utama Seminar BOM ini dan bagi saya inilah pelajaran - pelajaran EMAS yang seterusnya.
Isi - isi itu adalah M, T, C, C

  1. Market
  2. Traffic
  3. Competition
  4. Conversion 
Market 

Market adalah huraian beliau tentang pasaran dan produk. Kata tuan Faisal, bagaimana kita boleh tahu sesuai atau tidak produk kita untuk pasaran. Dan masa diambil untuk tahu, tidak lama dan tidak menyusahkan. Menurut beliau, dibuat dengan betul, ini akan menyelamatkan kita dari membuat kesilapan yang lebih besar dalam perjalanan bisnes. Ada beberapa teknik beliau tunjukkan di mana kita boleh kaji pasaran.

Traffic 

Traffic adalah huraian beliau tentang cara menarik trafik untuk produk kita. Trafik Search dan D____ ;-) beliau memberi penerangan dan contoh untuk kedua2 cara tersebut. Ya, saya telah tahu tentang kedua-duanya sebelum ini, tetapi cara beliau terangkan mengukuhkan lagi pemahaman saya tentang cara-cara tersebut.
Di sini juga beliau ada menceritakan cara ringkas untuk menjual iaitu

  1. Dengar (Tanya)
  2. Faham/Relate
  3. Jual

Ringkas kan? Bagi tuan Faisal, kata beliau kepada kami, bisnes online sepatutnya adalah ringkas dan mudah dijalankan :)

Conversion

Dalam Conversion, beliau ceritakan tentang 'Customer Avatar' iaitu siapakah pelanggan anda. Dan bagi saya, ini adalah kemuncak seminar BOM. Kerana dengan mengetahui Customer Avatar, anda akan tahu bagaimana anda boleh menjual kepada pelanggan anda :) Setelah tuan Faisal memberi penerangan mendalam tentang Customer Avatar, waduh! lampu mentol idea saya menyala! Selama berniaga online, inilah yang saya lupa, iaitu perkara atas yang ditekankan pada mulanya Seminar BOM iaitu bagaimana mahu menyelesaikan masalah orang. Tidakkah lagi senang kita menjual kepada orang dengan menyelesaikan masalah mereka dengan mengenali siapa mereka? .. ini yang dihuraikan dalam Conversion.

Competition

Dalam pelajaran, cara kita menganalisa 'spy' competition kita dihuraikan. Memang unik dan hehehe .... it makes sense ... ;-) Ada 6 langkah yang beliau jelaskan dengan  menggunakan contoh-contoh laman  dengan 6 langkah untuk mengetahui sejauh mana competition kita berbanding dengan kita. Sama ada, kita setaraf, di depan atau di belakang competition.

Saya tidak boleh ceritakan apalah 6 langkah tersebut kerana ia boleh menjejaskan niat anda untuk menyertai Seminar BOM yang lain kali ;-) ... tetapi cukup saya berikan abjad pertama langkah-langkah tersebut iaitu

  1. O....
  2. H...
  3. T...
  4. B...
  5. C...
  6. P...

Memang menarik apa yang beliau huraikan dan sekali lagi, it makes sense dan juga practikal.

-----

2 speaker bonus beliau jemput ...

Tuan Aqif Azizan, boss besar WriteToWealth ... pakar copywriting. Beliau berkongsi dengan kami 2 rahsia yang pasukan beliau gunakan untuk menghasilkan portfolio jualan pelanggan sebanyak RM 17.4 juta. Rahsia tersebut adalah HEADLINE and OFFER. Secara ringkas, beliau huraikan dua rahsia ini dan bagaimana ia berkait dengan bisnes online.

Tuan Siti Natasya, seorang pakar PR, pula berkongsi dengan cara boleh mendapat liputan media dengan kos percuma/hampir percuma. Menggunakan perkataan MEDIA sebagai katakunci beliau, beliau huraikan MEDIA adalah

  • M - Market/Media Segmentation
  • E - Editor
  • D - Difference
  • I - Individualized
  • A - Appreciation

Bagi beliau, cara di atas adalah plan terbaik untuk berurusan dengan media. Beliau berjanji utk membuat penerangan lebih lanjut di Seminar Email Shogun nanti ...

------

Begitulah review saya ... dari satu pukul 9 am hingga pukul 6.30 pm.. memang padat. Dan berbaloi. Yang saya gembira ialah dapat memperolehi ilmu dari tuan Faizal dan rakan speaker bonus beliau. Semoga Allah merahmati usaha beliau dalam perniagaannya dan seminar pendidikannya.

bersama tuan Aqif Azizan, member Seminar Blogging 2009 dahulu

Bersama tuan Faisal Abdullah. Terima kasih tuan :)