SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Sunday, May 25, 2014

Pengalaman di Seminar Hidup Luar Biasa 2014 Dr Azizan Osman

Sudah lama saya mahu pergi seminar yang dianjurkan oleh Dr Azizan Osman (DAO). Sebab utama nak tahu apa keistimewaan beliau sehingga menjadi idola ramai orang2 bisnes Melayu yang saya ikut di Facebook.  Bila google "Azizan Osman" macam-macam yang boleh anda baca mengenai beliau. Positif ada, negatif pun ada. Jadi, apabila peluang untuk menghadiri seminar beliau, Seminar Hidup Luar Biasa dengan percuma di KL pada 25 May 2014 tiba, saya terus ambil dan ajak isteri dan adik untuk turun sekali.
Sampai di Wisma MCA di pagi Ahad, sudah ramai tiba dan mendaftar. Sekitar pukul 9 pagi kami masuk dewan untuk bermula program.
selfie sebelum majlis bermula dalam dewan

Setelah tamat intro dari MC majlis, tiba DAO untuk memberi kata-kata beliau.  Kami diingatkan bahawa tidak boleh ambil gambar, audio atau video seminar ini. Apa yang DAO katakan dalam sesi beliau boleh saya simpulkan sebagai kata-kata nasihat dan semangat untuk berjaya. Saya akui gaya penyampaian beliau memang bagus dan menarik. Memang boleh menarik minat dan perhatian pemerhati dan pendengar. Beliau mengajak penonton 'berinteraksi' dengan beliau dalam penyampaian beliau.
Di bawah adalah nota saya dalam penyampaian beliau

  1. Kita harus target untuk Bebas Masa, Bebas Wang.. untuk keluarga terutamanya ...
  2. Untuk berubah, yang penting dahulu tanya Apa Nak Ubah?
  3. Untuk meningkatkan tahap kewangan, tingkatkan pendapatan 
  4. Pesan penasihat kaya pertama DAO, jutawan Cina Peter, cari mentor untuk berjaya. 
    • Kriteria mentor adalah berbisnes dalam bisnes yang berjaya, mentor itu sendiri jutawan, Mentor itu sudah bantu orang lain jadi jutawan dan yang PALING penting... mentor itu MAHU ajar you ..
  5. 2001, beliau bekerja 100% komisyen di Cobra Group kerana mahu berguru dengan Datuk James, kerana Cobra Group berjaya di bidang advertising dan marketing.
  6. Belajar tundukkan ego - ikut cakap mentor 100%
  7. Juga tanya diri Mengapa Mahu Ubah?

Beberapa kali beliau mengulang kisah beliau di awal 2000an bertanyakan jutawan Melayu tentang mengapa mereka berjaya dan tidak mendapat response dari mereka.

Kemudian Afdlin pula tiba di atas pentas untuk memberi kata-kata beliau.

Nota saya

  1. Why Untuk Berubah datang dari hati dari dalam ... the big Why menggegar hati dan menggoncang jiwa kita .. di mana kita akan sentiasa ingat dengan Why kita 
  2. Beliau ada membuat satu video untuk tatapan beliau sendiri penih gambar2 Why beliau supaya beliau sentiasa boleh ingat why beliau. (nota sendiri : Good idea)
  3. kita harus sedar, kita perlukan ilmu untuk berjaya " Kita Tidak Tahu Semua "
  4. Perlu kita memberi untuk mendapat minda Kaya 
  5. Buka minda dan turunkan ego untuk berjaya 
  6. Beliau juga beritahu pentingnya kita ada commitment untuk berubah

beliau juga bercerita tentang asal usul dan kejayaan bisnes beliau sekarang, Pelikat Pants di mana beliau mendapat inspirasi untuk bisnes ini setelah hadir seminar IMKK ..ada jenaka bagaimana ia bermula diselitkan ... dari satu ke 20 ke 50 ke 100 ..... hehe...
Beliau juga umumkan peluang perniagaan Pelikat Pants beliau untuk Aidilfitri 2014.

Kemudian DAO datang kembali ke pentas menyambung kata-kata beliau.
Beliau memuji usaha Afdlin dalam bisnes Pelikat Pants sebelum menyambung presentation ...
  1. Beliau tekankan konsep 'the more you share the more you get'.. sebab itu beliau rajin berkongsi ilmu, walaupun secara percuma 
  2. Ilmu adalah rezeki, idea adalah rezeki 
  3. Pentingnya kuasa Tindakan .. Fast Action, Fast Result
  4. Beritahu diri "Aku Kaya dan Berjaya"

Saya agak tersentuh kerana diingatkan oleh DAO tentang perkara-perkara di bawah
  • Syukur-kita mesti bersyukur dengan apa kita ada, dan berusaha untuk menjadi lebih baik
  • Solat- jaga solat sebab solat itu adalah tanda syukur kita pada Yang Maha Esa
  • Selawat-rajin berselawat untuk mendapat berkat
  • Sedekah-rajin bersedekah kerana untuk menerima rezeki, kita juga harus rajin memberi 
sambung DAO
  1. For things to change, I must change myself first ....
  2. Luarbiasa
  • - fikir secara luarbiasa 
  • - ubah emosi mahu luar biasa
  • - kata-kata luarbiasa, berhenti complaining 
  • - paksa luarbiasa untuk lakukan apa yang perlu
  • - istiqamah secara total "full power" ... consistent dan persistent ..


Akhir sekali beliau mewar-warkan Seminar IMKK di Mines bulan Jun nanti (12 - 15 June). Beliau pesan pada yang datang suruh bawa botol air ;-) makanan tidak disediakan kerana katanya, orang semua telah kenyang duduk dan makan selama ini ... pedas juga kata2 ini ye ...


-----

Saya berterima kasih kepada DAO dan Afdlin kerana berkongsi ilmu mereka di seminar ini. Bila baca nota di atas, rasanya ramai akan kata .. " I have heard of this and that before ..." ye, benar ... tetapi kalau sudah tahu, mengapa masih begitu keadaan anda?  Saya lihat DAO menggunakan pendekatan Tony Robbins dan Robert Kiyosaki dalam presentation beliau ... tekan butang emosi, main tarik tali emosi ....
Pemerhatian saya berpusat kepada niat saya pada mula iaitu untuk tahu apa yang buat DAO 'tick' dan saya tahu sekarang.

Ini formula beliau (bagi saya) .. Commitment+Passion+Knowledge+Excellent Presentation+Entertainment .. juga beliau membina pasukan Richworks yang begitu padu menyelenggara seminar ini dan pastinya seminar yang lain, menyokong bisnes beliau.

Adakah saya syorkan anda pergi ke seminar Hidup Luar Biasa yang masih berjalan?

Ringkas, ya. Pergi ke seminar beliau with an open mind. Lihat dan dengar. If you like him, then go ahead. If not, move on. Sekurang-kurangnya, anda dapat peingatan 'reinforcement' apa yang anda telah tahu.

Adakah saya akan menyertai IMKK June 2014?
Tidak. Kerana saya perlu masa sedikit untuk menghadam ilmu yang beliau berikan, tetapi saya akan sertai seminar percuma selepas ini jika ada peluang. Gotta admit that he has the aura dan maybe, the honesty to help others.

Baik, itu tulisan saya untuk seminar ini. Pengalaman pertama DAO saya ;-)



5 comments:

  1. Assalamualaikum wbt,

    Saya Ashmar dari Putrajaya. Saya tertarik dengan pengkongsian tuan mengenai seminar DAO. Kisah yang sangat menarik. Sebenarnya saya merupakan salah seorang student DAO yang masih agak baru jika nak dibandingkan dengan beribu2 student2 otai DAO. Saya juga bermula seperti tuan, menghadiri kelas percuma iaitu pada akhir November 2013. Alhamdulillah, bagi saya kita di kalangan org yang bertuah kerana Allah swt gerakkan hati kita utk hadir ke kelas free tersebut. Saya sgt bersyukur dapat menuntut ilmu dari DAO.

    Saya bukannya taksub kepada DAO, saya cuma amat kagum di Malaysia ada insan Melayu yang sgt2 berpengalaman dan nak curahkan segala ilmu dan teknik yang dia tahu kepada semua anak bangsanya. Yang penting...FAST ACTION, FAST RESULT....

    Setakat ni saya telah menghadiri 3 kelas berbayar DAO.Alhamdulillah ilmu yg dicurahkan sgt2 berguna dan digunapakai dalam bisnes saya. Saya telah menghadiri seminar IMKK pada Mac 2014 yang lalu dan disitu bermula turning point hidup saya. Kelas IMKK adalah the best seminar dimana kita akan lebih fokus dengan matlamat kenapa kita nak berjaya. Balik dari IMKK, saya sgt terkejut pada bulan itu jualan saya meningkat 3x ganda dari sebelumnya.Semuanya diterima dengan penuh kesyukuran dan mmg susah nak percaya sbb selama ni bisnes jualan saya statik shj dlm lingkungan 4K-5K sebulan sebab xde/kurang ilmu kan.

    Saya sangat berharap agar tuan beri peluang pada diri tuan untuk merubah kehidupan sama seperti saya dan student2 DAO yang lain. IMKK banyak menyedarkan saya dari pelbagai segi...terutamanya apa yang kejayaan yang kita nak beri untuk Keramat Hidup kita iaitu suami/isteri, mak ayah dan anak2. Hubungan kita dengan Allah swt juga banyak yang diperbetulkan dalam kelas IMKK ni.

    DAO selalu ckp We'are the money magnet. Tetapi xakan terjadi kalau bukan dengan izinNya.


    OFFER saya : Kelas IMKK mmg sgt special di dalam hati saya kerana IMKK kursus/seminar terbaik yang pernah saya hadiri dalam hidup saya. Niat saya nak membantu org lain kaya dan berjaya dalam bisnes masing2 dunia dan akhirat. Saya masih mempunyai beberapa keping tiket IMKK untuk dijual kepada yang berminat . Kami student DAO kelas Mastery Miliionaire Marketing telah diberi kebenaran oleh pihak Richworks utk membeli sejumlah tiket untuk jualan. Boleh check dengan pihak Richwork untuk pengesahan.

    IMKK Seat General (12-15 Jun 2014)- RM250 untuk 1 orang
    IMKK Seat General (12-15 Jun 2014)- RM400 untuk 2 orang
    Lokasi : Mines Convention Centre, Seri Kembangan.

    Boleh call/sms/whatapps saya jika tuan berminat : 012 6926252.

    dan OFFER/ JAMINAN saya ialah kalau tuan rasa kelas IMKK yang tuan hadiri ini tidak bagus atau tidak sesuai dengan tuan selepas menghadirinya, saya PULANGKAN 100% wang yang telah tuan bayar kepada saya.

    Mohon maaf kerana 'komen' panjang dari saya. Semoga tuan kaya dan berjaya dunia akhirat. Aminn.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana singgah tuan dan memberi komen panjang dan padat, tuan :) Fyi, jadi juga saya pergi ke IMKK kali ini. Dapat beli tiket General dari seorang rakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ('',) Alhamdulillah....seronok saya dengar..Moga kita sama-sama diberi kesihatan yang baik dan dapat sedut elmu pada imkk kali ni. Salam Ukhwah ('',)

      Delete
  3. saya bakal join imkk march 2016. Last year bulan 8 saya join magnet kejayaan DOA. Dari situ saya dah pasang niat utk join imkk dalam jangka masa setahun. Alhamdulillah selepas 7 bulan saya dah register. Semoga Allah panjangkan umur saya dan memudahkan saya sertai IMKK dan dapat manfaat daripadanya....baca pengalaman saudara membuatkan saya tak sabar nak merasai IMKK dan melihat impak dari IMKK untuk diri dan keluarga. Doakan kejayaan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) syukur .... harap tuan mendapat apa yang tuan cari dari IMKK :)

      Delete