SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Wednesday, October 2, 2019

Tentang Ammar Zahar dan Azian Usman

Saya dah bergaul lama dalam dunia bisnes internet, specifically internet marketing. Banyak ilmu telah dipelajari cuma fokus untuk menjalankan ilmu itu yang kureng sedikit 
Dalam pengalaman saya tentang pembelajaran ilmu bisnes online, pelbagai produk2 IM telah saya beli dan guna. Ada ilmu yang okay dan ada yang tidak okay 
Jadi saya nak cerita tentang dua IM yang produk2 mereka yang telah saya beli dan gunakan.
Tuan Ammar Zahar (Jootawan)
Saya mengenali beliau sejak produk A+ Dan terus kepada produk2 mania beliau. Dengan kisah latar hidup yang penuh inspirasi, beliau berjaya menjadi IM yang proven, iaitu apa yang dia ajar, betul dan menjadi.
Tuan Azian Usman (Zyan)
Bermula dengan product Teknik Clickbank, beliau byk menghasilkan produk2 digital. Yang terbaru adalah Rahsia Dropship Shopee di mana diajar cara buat Dropship di platform Shopee.
Ada lagi yang saya belum senaraikan dan cerita di sini.

posted on FB 28/9

Sunday, September 29, 2019

Video Bisnes Saya Yang Pertama

Semasa di Seminar Ammar Zahar pada hari Sabtu, 28 October 2019, lepas, beliau mengajar/menunjukkan cara buat video.

Dan di bawah adalah video bisnes pertama saya. Secara ringkas, Ome bercerita tentang tuan Ammar Zahar dan tuan Azian Usman:)




Diambil dengan my hp Neffos X1 Lite, di lokasi Jootawan Group. Video pertama, so masih boleh diperbaiki :)


Wednesday, September 25, 2019

Sunday, February 10, 2019

Asal usul Bisnes Online Saya Dan Pelajarannya (Bahagian Satu)

Saya ada buat beberapa catatan di Facebook beberapa hari lepas. Rasa mahu kongsi di sini ...

Saya mula masuk bisnes online sejak tahun 2007. Sifu pertama saya ialah tuan Saifulsham. Waduh sudah 12 tahun .... berkepuk poket saya? no .... sebab apa? nanti saya cerita ...

Sambungan cerita ... Pelbagai kursus bisnes online says pergi ... eBay, AdWords, ebook, etc ... Bagus2 Dan says faham. Masalahnya, tidak pernah applikasi atau bila applikasi, give up n menyerah. Lepas itu, mula balik dan kitaran itu berlaku semula. Cuba itu dan ini. Kesimpulan, masalahnya FOKUS dan komitmen. Jawapannya senang sahaja, dan realitinya pahit :/ benar kan?

Akan bersambung lagi ...

Wednesday, September 19, 2018

Cara Buat Duit Dengan Duit Dengan Shopee

Shopee.com.my sekarang ini menjadi medan popular pembeli online masa kini. Bersesuaian dengan itu ramai yang mahu tahu cara menjual di shopee, untuk mengambil peluang pasaran pembeli di sana.

Ome syorkan rakan2 yang berminat untuk buat duit dengan Shopee, klik di link di bawah mengenai kisah Jenin, seorang peniaga menjana pendapatan lumayan 4 angka dengan Shopee.

Selamat membaca :)




Friday, September 15, 2017

Petua Adam Khoo Tentang Hidup Dan Bisnes

Adam Khoo, salah seorang jutawan yang saya hormati memberi beberapa petua cara beliau menjalankan hidup dan bisnes beliau.

Petua-petua beliau


  1. Boleh mendapat pendapatan iklan dengan cara Youtube.
  2. Jangan lupa keluarga dan orang tersayang, walaupun fokus dengan kejayaan kerjaya dan akademik.
  3. Kerja boleh menjauhkan diri dari keluarga tersayang, tetapi membuatkan kita lebih sayang kepada mereka. Tetapi, jangan berjauhan terlalu lama.
  4. Ada pelbagai cara menjana pendapatan. Fokus satu cara sehingga ia berjaya, sebelum mencuba cara yang lain. Buat terlalu banyak cara pada masa yang sama boleh membawa kepada kegagalan.


Anda boleh baca artikel sepenuhnya di sini.

Saya setuju dengan semuanya, khususnya no 4. Saya ada menulis tentang fokus di post ini dan ini. Dan saya bersalah kerana terlalu banyak benda mahu buat sebelum ini, tetapi akhirnya tidak ada apa yang menjadi.

Benarlah kata pepatah Melayu, "Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran .."

Selamat Berniaga :)


Saturday, September 2, 2017

Petua Asas Untuk Marketing

Saya petik nasihat emas ini dari brc.my,

"Nak buat marketing secara online ke offline? Di Facebook ke Instagram ke Adwords ke blog?"

Jawapan:

1. Kenalpasti: Siapa pelanggan?

2. Di mana pelanggan berada?

3. Market-kan di mana pelanggan berada.

4. Tidak kiralah offline atau online. Facebook atau Instagram atau Adwords atau blog atau emel atau isyarat asap atau pasar malam.

5. Market-kan di mana pelanggan berada. Ye, sengaja ulang.

Tolong #forward mesej ni pada kawan-kawan ye?

----

Saya sangat2 syorkan rakan2 pergi ke laman ini, brc.my, dan juga join kumpulan telegram dan FB mereka. Sangat2 berbaloi pengetahuan yang diberikan.

Monday, June 5, 2017

Sunday, January 1, 2017

Budaya 'Copy' Kembali

Pemilik pakej RajaAdsense membuat posting di FB beliau (dibawah) tentang produk Raja Adsense dijual secara tidak sah di lelong.com.my

Dan saya pun membuat periksa di lelong.com.my. Betul rupanya,


di sini linknya, tapi telah hilang, dibuang oleh lelong.

Kasihan tuan Shamsuriyadi yang penat berusaha menghasilkan produk evergreen ini. Ini megingatkan saya kepada post saya mengenai penyakit sharing is caring di pasaran tempatan.

Semoga tuan Shamsuriyadi tabah dengan dugaan ini.

Wednesday, December 21, 2016

Tulislah Walaupun Sepotong Ayat 1

Sebenarnya banyak idea untuk menulis. Tetapi, terlalu banyak sehingga tepuk otaks ini.

Yang pasti 2017 adalah tahun perniagaan Ome, InsyaAllah.






Saturday, November 26, 2016

Budaya 'Sharing Is Caring' Yang Membinasakan

Membaca post tuan Shamsuriyadi mengenai penyalahgunaan penyebaran ebook tipsptd.com, di blog beliau, mengingatkan saya budaya 'sharing is caring' yang diamalkan oleh sebahagian besar warga online negara, mengenai ebook.

Saya pernah membeli banyak ebook keluaran tempatan dalam beberapa bidang. Dalam konsep sharing is caring, bagi saya, jika orang bertanya mengenai produk tersebut, saya akan ceritakan serba sedikit mengenai apa kandungan ebook itu. Tetapi, mengikut terma dalam ebook, saya tidak akan sekali-kali memberi salinan digital ebook itu, walaupun ia mengambil masa sesaat sahaja untuk berbuat demikian.

Apa yang tuan Shamsuriyadi tulis dalam post ini bertanyakan kejujuran orang-orang yang berbuat begini? Adakah berkat ilmu mereka, atau untung mereka dari ilmu yang diambil sebegini?

Terima kasih kepada tuan Shamsuriyadi menengahkan scenario begini dalam post beliau.


Sunday, October 16, 2016

Cawan Anda Sudah Penuh ....

Satu pelajaran mengenai bisnes ...

A zen koan (instructional story):
Nan-in, a Japanese master, received a university professor who came to inquire about Zen.
Nan-in served tea. He poured his visitor's cup full, and then kept on pouring.
The professor watched the overflow until he no longer could restrain himself. "It is overfull. No more will go in!"
"Like this cup," Nan-in said, "you are full of your own opinions and speculations. How can I show you Zen unless you first empty your cup?"
I often get into my worst trades when I am full of opinions and speculations about the news: Oil must drop, gold must go up, and so on. 
I often add a "it must do such-and-such because" and then ... I add some speculation to the mix. This only deepens the opinion. It only makes it harder to drop the trade when it goes badly.
Hold onto your opinions lightly, and grasp your money management rules tightly.
------
melalui emel Rob Booker ....
Pelajaran- Bila belajar ilmu bisnes, kosongkan 'cawan' anda ....

Saturday, July 2, 2016

Sebenarnya Kita Dah Ada Apa Yang Diperlukan

Bila nak buat apa2 bisnes, selalu ditekankan ilmu itu  penting, dan harus cari ilmu. Apa yang berlaku kalau kita ada mcm2 ilmu, kita tak tahu nak pilih mana satu, dan terus tercegat, tiada tindakan.
Kenudian kita bermula balik, dan perkara semula berulang. Macam pernah dengar tak?

Secara ringkas itu lah yang berlaku kpd Ome sekitar tahun ini pada awal tahun. Ome merasa tepu di kepala. Ilmu pengetahuan tetapi applikasinya .... hampeh .. senang cakap ...

Masa break, Ome imbas kembali pembabitan sejak 2007, di bidang IM, dengan saifulsham ... dan sehingga sekarang ... mmg banyak pengalaman dan ilmu yang Ome kutip. Juga kenal beberapa insan yang dulu seangkatan yang telah berjaya di bisnes masing2.
dulu
Mengapa - fokus dan usaha .. macam Ome pernah dulu tulis di sini.

Kini Ome kembali dengan fokus yang lebih tajam dan terang.

Doakan Ome berjaya.

Monday, June 20, 2016

Apa Hubungan Bakat Dengan Fokus?

Pengajaran Pertama: Bakat sentiasa ada. Untuk ia berjaya, fokus dan usaha bakat tersebut.
Menidakkannya akan 'mengosong'kan jiwa. Bukan senang, tetapi boleh dilakukan.

Bagaimana? Next post kita cerita...

Wednesday, June 8, 2016