SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Tuesday, February 4, 2025

Blog Jual Buku Ome

 Ome dah ada blog khusus untuk jual buku. Blog itu di sini. Boleh lihat buku yang ada di sana. Ome ada cerita sedikit tentang jual buku di Carousell. Blog ini merupakan satu lagi channel menjual Ome.


Saturday, January 18, 2025

Saya Jual Buku Di Carousell

 Sejak setahun lepas, saya telah menjual buku terpakai di platform Carousell. Sebab utama ialah saya ada terlalu banyak buku-buku yang saya telah beli. Jadi, daripada biar ia tidak terbaca, saya letakkan di platform Carousell.

Secara ringkas prosesnya

  • Ambil depan dan belakang buku
  • Isikan butir-butir buku yang patut dalam ruang yang disediakan dalam Carousell
            - Nama, Harga etc
  • Listkan buku itu.
  • Bila berjaya list, saya sharekan listing itu di facebook saya.
-----

So far, jualan menggalakkan. Saya lebih suka di sini berbanding dengan Shopee n Lazada, tapi untuk trafik, rasanya Shopee n Lazada lagi tinggi, sbb carousell ini lebih menggunakan app. Juga, Poslaju telah diset sebagai agen penghantaran, so agak menyenangkan.

Antara buku - buku yang ada,






Link account Carousell saya di sini.

#sayajualbuku

Monday, April 8, 2024

Petua Belajar oleh Bukhari Ramli

 Petua tuan Bukhari Ramli yang saya tahu sangat relevan kepada orang2 bisnes juga. Belajar2 ... tp ilek in the end. Saya pun bersalah kerana itu ..

𝗣𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥

1. Jangan belajar sebab nak belajar.

2. Belajar sebab mahu membuat menghasilkan.

3. Belajar masuk kelas, ilmu masuk kepala. Belum lagi terpelajar.

4. Kayu ukur sebenar: Ilmu keluar jadi hasil. Pembelajaran berkesan = berlaku perubahan berfikir & tingkah laku.

5. Buat dulu, baru belajar.

6. Sangkut dalam membuat, baru belajar.

7. Jadilah pembelajaran lebih terarah untuk selesaikan masalah dalam membuat.


------------------------------



pix sendiri

konten - Tuan Bukhari Ramli

Saturday, July 15, 2023

CARA TRIK DIRI SENDIRI BUAT KERJA

Petua dari Telegram brc.my  


CARA TRIK DIRI SENDIRI BUAT KERJA

---------------------------------


1. Supaya kita senang bermula

2. Mengelakkan kita dari Burnout


Masalah 1 : Tak Ada Sistem Kerja (Aturan)

Masalah 2 : Tak Reti Guna Diri Sendiri


"Frame work before work (Rangka dulu sebelum kerja)"


UBAH MINDSET KITA (MINDSET SHIFT):


1. Terima yang HIDUP INI SUSAH


  Hidup ini susah. Kerja itu torture.


  IMPAK bila terima hidup ini susah? 

  1. Kita tak mudah give up

  2. Kita akan terima, awal-awal buat mesti tak jadi

  3. Do the bad work first

  4. Kita tahu kerja tak boleh forever

  5. Kita patut dpt reward


2. OTAK dan BADAN kita ialah ALAT YANG BOLEH DIKUASAI


  Bezakan keupayaan, iaitu  hasil kerja,

  Keupayaan perlu latihan, reinforce, ulang berkali²


  "Repetition and systemization"


  Jangan biar otak kita liar. Kena latih bagi dy patuh.

  Kurungkan dia. Bagi dy sistem.


3. DUA Personaliti


  "Kalau kita keras sangat, kita x kan buat"

  "Kalau kita lembut sangat, kita x kan improve"


  Bersederhana.

  Kena terima yang diri kita ni tak hebat. Tapi kita kena buat.


  Bila masa nak jadi lembut?

  jadi lembut masa nak buat kerja dan tgh buat kerja.

  Galakkan diri kita untuk buat


  Bila masa nak jadi keras?

  jadi keras bila dah siap buat. 


  Berlembut dulu berkeras kemudian.

  

4. GAMIFY (Gamification)


  Buat sikit-sikit. Track progress.

  Improve (Level Up)


  Cara nak berlatih fokus.


  contoh, baca buku..

  start baca 5 minit. tanda ✔️

  start baca 10 minit. tanda ✔️

  dan keep improve...


5. Working SESSION


  Ada sesi.

  Ada masa mula. Ada masa tamat.

  

  Tetapkan masa mula.

  Sampai masa, buat. Tanpa banyak fikir, buat je.


  Tetapkan masa tamat.

  Kita kena tahu bila masa perlu ditamatkan. Exit plan.


  20 mile march jim collins - GOOGLE!


6. REWARD


  Reward kita yang sebenar ialah MASA TAMAT.


  Reward yang sebenarnya ialah kepuasan lepas buat kerja.

  Reward yang sebenarnya ialah kita bangga dgn diri kita.

  

  Addicted dengan accomplishment.


JADI, APA YANG PERLU BUAT?


1. Apa kerja yang kita nak buat?

2. Berapa lama dan bila nak buat?

3. Sampai masa, buat.

4. Habis masa, berhenti.

5. Bagi tepukan pada diri sendiri.




Sunday, February 19, 2023

Perjalanan Amazon KDP 2023 Saya Bermula

 Syukur, akhirnya saya mengambil tindakan, dan memulai perjalanan Amazon KDP saya. Ilmu datang daripada tuan Faqimi Fauzi dan tuan Zamri Nanyan.

Apa itu Amazon KDP? Amazon Kindle Publishing ... terbit buku menggunakan Amazon... untuk tahun ini

Ome guna video bawah sebagai panduan as well 



Carpe Diem!

Saturday, September 10, 2022

Petua SEO dari LinkedIn

 Salah satu sumber ilmu SEO adalah di LinkedIn, dan ia adalah percuma :) Dengan menjadi ahli di LinkedIn.

Salah satu sumber adalah di sini, di mana disenaraikan sumber SEO untuk rujukan dan guna. Ada juga petua-petua SEO disyorkan. Sumber ini dalam bahasa Inggeris ya.

ps/ lamo den tak menulis kan ...

Wednesday, November 10, 2021

Scammer Terhormat

 Ome ada baca post ni di FB Azizul. Link di bawah 


Secara peribadi, Ome pernah terjebak dengan scam2 sebegini. Pergi seminar pengenalan, lepas itu digula2kan dengan pakej2 sebegini. Syukur pada masa2 itu, RM tak cukup. Kalau tak, melayang la jawapnya. Bukan semua yang buruk ilmu yg diajar tetapi mungkin kosnya yang agak melambung tinggi.

Pengalaman kalian bagaimana?




Wednesday, November 3, 2021

Cara Yang Pasti Untuk Tidak Gagal

 Bagaimana kita boleh pastikan untuk tidak gagal dalam apa2 yang kita buat? Jangan buat apa - apa. Jangan buat keputusan, jangan buat kerja itu, sebab kalau kita buat apa - apa, kejayaannya belum pasti, tetapi kegagalannya adalah pasti.

Apa - apa yang kita lakukan ada risiko, tetapi apa yang kita tidak lakukan tiada risiko ;)

Saya suka konsep beliau - Dare 2 Fail



Tuesday, November 2, 2021

Intipati Atomic Habits oleh James Clear

 Ome sangat2 merekomen rakan2 bisnes mendapatkan buku Atomic Habits yang ditulis oleh James Clear.



Ini covernya.

Di bawah pula adalah video mengenai Intipati Atomic Habits


Apa yang Ome telah gunakan apabila membaca buku ini? Konsep 'Don't Break The Chain' yang dilakukan oleh Jerry Seinfeld. Nak tahu apa dia? Lihat video di atas.




Monday, November 1, 2021

Laku Juga

 Waduh, laku juga post semalam. Buat secara ringkas untuk pastikan Ome tahu mahu ke mana. Keep It Simple, jangan buat terlalu banyak benda, sebab susah nak fokus kalau buat macam.

Apa - apa pun, jangan cakap je,  pastikan buat :)

sukses Ome dulu2 ... kata kredit tuan Ammar Zahar


Sunday, October 31, 2021

Bisnes Ome sekarang pada 30 October 2021

 Pada masa sekarang (30 October 2021), online bisnes Ome adalah blogging, trading (financial instrument). Buat benda yang Ome minat dan akan teruskan. :)

Sekian.

gambar lama 1 May 2019


Friday, October 29, 2021

Cara mahu menulis setiap hari

 Rancangannya Ome mahu menulis setiap hari. Tetapi post terakhir 27hb lepas, bagaimana tu? Salah Ome, sibuk dengan urusan lain, dan buntu tidak tahu menulis apa.

Tiba - tiba, Ome jumpa solusinya. Senang aja ... ambil post yang lama, review di post baru. Cerita sedikit perubahan yang berlaku sejak menulis :) Bijak tak? :D

Ok, untuk hari ini, Ome akan bercerita tentang post ini yang mengisahkan petua jutawan dari Azizan Osman. Ada 10 petua jutawan yang beliau tuliskan. Dahulu, Ome pengikut tegar beliau. Dahulu la, tetapi ilmu yang beliau sebarkan ada gunanya.



Wednesday, October 27, 2021

Cara Nak Buat Bisnes Online

Cara nak buat bisnes online? Senang sahaja. Biasakan diri dengan menjual. Sebenarnya, kita dah biasa buat begitu secara tidak disedari. Cuma bukan dengan barang, tetapi benda2 lain. 

Lihat dan dengar video Irfan Khairi di bawah.



Monday, October 25, 2021

Tidak Ada Peluru Emas

 Untuk berjaya dalam bisnes tiada peluru emas, kerja keras itu wajib. Cuma, perlu pastikan juga kerja bijak. Tahu apa yang perlu buat dan buat.

Apa yang perlu buat? Cari ilmu.

Buat? Buat Ilmu, dapatkan kesan tindakan, adjust mana patut, dan buat lagi dan lagi.

bak kata Irfan Khairi, jangan malas!



Sunday, October 24, 2021

Anda Ada Grit?

 Anda ada grit? Iaitu sanggup bersusah payah menghadap dugaan. Untuk berjaya, kita perlukan grit. Juga, belajar dari susah payah itu supaya tidak ulang lagi.

Lihat dan dengar video di bawah


Mengikut pengalaman Ome, Ome berjaya bila Ome terus jalan dan yakin dengan apa yang Ome lakukan, walaupun ada halangan. Ome perlu ingat benda ini, pesanan pada diri sendiri.

Angela ada menulis buku ini tentang apa yang beliau katakan di video di atas.


Saturday, October 23, 2021

Berkawan Dalam Bisnes

 Dalam bisnes, pentingnya menjalankan perhubungan dengan kawan-kawan sebidang dengan kita. Yang pasti, no man is an island dalam dunia bisnes. Sebab akan ada masa kita perlukan pertolongan lain. 

Jangan sekadar mengambil, tanpa memberi, kerana sebenarnya dunia bisnes kita tidak sebesar yang kita sangkakan. What goes around, comes around ye.


Friday, October 22, 2021

Ringkaskan Fokus Anda dan Lakukan Tindakan Cara Steve Jobs

 Dalam biografi mendiang Steve Jobs oleh Walter Isaacson, beliau ada menulis salah satu kekuatan Jobs iaitu kuasa fokus. Bagi Jobs... "Deciding what not to do is an important as deciding what to do ", he said. That's true for companies and it's true for products." (336, Isaacson). 

Dalam sesi melihat senarai produk selepas baru mengambil alih Apple, beliau melihat betapa caca marba senarai produk Apple, yang dipersembahkan oleh jurutera-jurutera Apple ketika itu. Akhirnya, selepas minggu, beliau terus hentikan semua persembahan-persembahan jurutera kerana tidak berpuas hati dengan apa yang beliau lihat. Beliau mengusulkan, atas papan whiteboard, satu kotak segiempat, dengan empat kuadran.  - Consumer, Pro ... Barisan - Desktop, Portable.

Beliau ringkaskan bahawa semua produk Apple akan meggunakan quadrant ini mulai saat itu. Dan sejak itu Apple 

Mengapa saya cerita tentang babak ini? Kerana ia menunjukkan betapa pentingnya fokus dan tindakan yang selanjutnya selepas fokus. Tahu apa yang perlu lakukan dan tidak perlu lakukan. Bagi saya, inilah saat Apple mula kembali sebagai gergasi perkomputeran sehingga peringkat sekarang.

Apa yang kita gunakan? Fokus tetapi jangan terlalu fokus kepada banyak benda. Ringkaskan fokus anda dan bertindak selepas iu.

Rujukan

Steve Jobs by Walter Isaacson, Little, Brown 2011. Edisi 2011

gambar cover depan dan belakang biography beliau.
Creative Commons license. Sumber sini.

PS/ Ome juga ada menulis tentang fokus di sini  Pengajaran kembali.

Thursday, October 21, 2021

Satu Permulaan Baru

 Kali ini betul-betul, Ome akan post setiap hari. 



Sunday, September 26, 2021

Tuesday, August 17, 2021

Formula Progress oleh Bukhari Ramli

 Hari ini hari pertama BSG oleh tuan Bukhari Ramli

Pain + Reflection = Progress

Dan he learnt this lesson from Ray Dalio.

Saya ada tulis sikit tentang BSG di sini dan sini.