SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Showing posts with label petua bisnes. Show all posts
Showing posts with label petua bisnes. Show all posts

Wednesday, November 3, 2021

Cara Yang Pasti Untuk Tidak Gagal

 Bagaimana kita boleh pastikan untuk tidak gagal dalam apa2 yang kita buat? Jangan buat apa - apa. Jangan buat keputusan, jangan buat kerja itu, sebab kalau kita buat apa - apa, kejayaannya belum pasti, tetapi kegagalannya adalah pasti.

Apa - apa yang kita lakukan ada risiko, tetapi apa yang kita tidak lakukan tiada risiko ;)

Saya suka konsep beliau - Dare 2 Fail



Friday, October 29, 2021

Cara mahu menulis setiap hari

 Rancangannya Ome mahu menulis setiap hari. Tetapi post terakhir 27hb lepas, bagaimana tu? Salah Ome, sibuk dengan urusan lain, dan buntu tidak tahu menulis apa.

Tiba - tiba, Ome jumpa solusinya. Senang aja ... ambil post yang lama, review di post baru. Cerita sedikit perubahan yang berlaku sejak menulis :) Bijak tak? :D

Ok, untuk hari ini, Ome akan bercerita tentang post ini yang mengisahkan petua jutawan dari Azizan Osman. Ada 10 petua jutawan yang beliau tuliskan. Dahulu, Ome pengikut tegar beliau. Dahulu la, tetapi ilmu yang beliau sebarkan ada gunanya.



Sunday, October 24, 2021

Anda Ada Grit?

 Anda ada grit? Iaitu sanggup bersusah payah menghadap dugaan. Untuk berjaya, kita perlukan grit. Juga, belajar dari susah payah itu supaya tidak ulang lagi.

Lihat dan dengar video di bawah


Mengikut pengalaman Ome, Ome berjaya bila Ome terus jalan dan yakin dengan apa yang Ome lakukan, walaupun ada halangan. Ome perlu ingat benda ini, pesanan pada diri sendiri.

Angela ada menulis buku ini tentang apa yang beliau katakan di video di atas.


Friday, September 15, 2017

Petua Adam Khoo Tentang Hidup Dan Bisnes

Adam Khoo, salah seorang jutawan yang saya hormati memberi beberapa petua cara beliau menjalankan hidup dan bisnes beliau.

Petua-petua beliau


  1. Boleh mendapat pendapatan iklan dengan cara Youtube.
  2. Jangan lupa keluarga dan orang tersayang, walaupun fokus dengan kejayaan kerjaya dan akademik.
  3. Kerja boleh menjauhkan diri dari keluarga tersayang, tetapi membuatkan kita lebih sayang kepada mereka. Tetapi, jangan berjauhan terlalu lama.
  4. Ada pelbagai cara menjana pendapatan. Fokus satu cara sehingga ia berjaya, sebelum mencuba cara yang lain. Buat terlalu banyak cara pada masa yang sama boleh membawa kepada kegagalan.


Anda boleh baca artikel sepenuhnya di sini.

Saya setuju dengan semuanya, khususnya no 4. Saya ada menulis tentang fokus di post ini dan ini. Dan saya bersalah kerana terlalu banyak benda mahu buat sebelum ini, tetapi akhirnya tidak ada apa yang menjadi.

Benarlah kata pepatah Melayu, "Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran .."

Selamat Berniaga :)