SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Sunday, October 31, 2021

Bisnes Ome sekarang pada 30 October 2021

 Pada masa sekarang (30 October 2021), online bisnes Ome adalah blogging, trading (financial instrument). Buat benda yang Ome minat dan akan teruskan. :)

Sekian.

gambar lama 1 May 2019


Friday, October 29, 2021

Cara mahu menulis setiap hari

 Rancangannya Ome mahu menulis setiap hari. Tetapi post terakhir 27hb lepas, bagaimana tu? Salah Ome, sibuk dengan urusan lain, dan buntu tidak tahu menulis apa.

Tiba - tiba, Ome jumpa solusinya. Senang aja ... ambil post yang lama, review di post baru. Cerita sedikit perubahan yang berlaku sejak menulis :) Bijak tak? :D

Ok, untuk hari ini, Ome akan bercerita tentang post ini yang mengisahkan petua jutawan dari Azizan Osman. Ada 10 petua jutawan yang beliau tuliskan. Dahulu, Ome pengikut tegar beliau. Dahulu la, tetapi ilmu yang beliau sebarkan ada gunanya.



Wednesday, October 27, 2021

Cara Nak Buat Bisnes Online

Cara nak buat bisnes online? Senang sahaja. Biasakan diri dengan menjual. Sebenarnya, kita dah biasa buat begitu secara tidak disedari. Cuma bukan dengan barang, tetapi benda2 lain. 

Lihat dan dengar video Irfan Khairi di bawah.



Monday, October 25, 2021

Tidak Ada Peluru Emas

 Untuk berjaya dalam bisnes tiada peluru emas, kerja keras itu wajib. Cuma, perlu pastikan juga kerja bijak. Tahu apa yang perlu buat dan buat.

Apa yang perlu buat? Cari ilmu.

Buat? Buat Ilmu, dapatkan kesan tindakan, adjust mana patut, dan buat lagi dan lagi.

bak kata Irfan Khairi, jangan malas!



Sunday, October 24, 2021

Anda Ada Grit?

 Anda ada grit? Iaitu sanggup bersusah payah menghadap dugaan. Untuk berjaya, kita perlukan grit. Juga, belajar dari susah payah itu supaya tidak ulang lagi.

Lihat dan dengar video di bawah


Mengikut pengalaman Ome, Ome berjaya bila Ome terus jalan dan yakin dengan apa yang Ome lakukan, walaupun ada halangan. Ome perlu ingat benda ini, pesanan pada diri sendiri.

Angela ada menulis buku ini tentang apa yang beliau katakan di video di atas.


Saturday, October 23, 2021

Berkawan Dalam Bisnes

 Dalam bisnes, pentingnya menjalankan perhubungan dengan kawan-kawan sebidang dengan kita. Yang pasti, no man is an island dalam dunia bisnes. Sebab akan ada masa kita perlukan pertolongan lain. 

Jangan sekadar mengambil, tanpa memberi, kerana sebenarnya dunia bisnes kita tidak sebesar yang kita sangkakan. What goes around, comes around ye.