SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Monday, December 21, 2020

Domain dah renew balik :)

 Ngam2 renew balik domain kayahebat.com .. saya gunakan namecheap.com ... setakat ni, saya masih menggunakan blogger sebagai platform hosting tapi mungkin akan berubah pada masa hadapan ;) 

Yang pasti, blogging kini kembali penting ... sebab inilah platform yang anda control 100% berbanding dengan social media ;)

Wednesday, December 16, 2020

Petua Utama Youtuber Berjaya

 Salah satu minat Ome kebelakangan ini ialah menonton video Youtube keluaran MKBHD, berkenanan gajet2 teknologi. Video-video beliau menghiburkan sambil memberi informasi tentang gajet2 terkini khususnya mobile. Sekarang (17/12/2020) beliau ada 13.2 juta subscriber di Youtube beliau.

Baru- baru ini Forbes ada menemuramah beliau tentang kejayaan jenama MKBHD, nama beliau sebenar ialah Marques Brownlee. 

video temuramah beliau dalam BI

Secara kesimpulan, petua utama beliau adalah ringkas  ...

"Bila saya dan pasukan saya mahu mengeluarkan konten, kami fikir dari sudut penonton, adakah ini konten yang kami sendiri mahu tonton?"

Boleh kita gunakan petua beliau ini untuk menghasilkan video Youtube yang menarik.

PS/ Saya kembali menulis ...

Tuesday, December 17, 2019

Rancang Tindak Konsisten

Article courtesy Dr Rizal
Dr Rizal Abu Bakar
pix sumber: https://ococ.my/kenali-dr-rizal/

Beberapa hari lepas sembang dengan beberapa orang bisnes. Orang yang ada kilang. Ada macam-macam bisnes. Orang yang lebih dari 20-30 tahun duduk dalam sepak terajang bisnes.
.
Mereka ni pernah kena sailang dengan partner bisnes sendiri. Partner bisnes buat bisnes macam anak beranak punya. Siap rembat duit dan tak nak pulangkan.
.
Lepas tu kena tuduh macam-macam. Yang sailang tuduh mereka yang sailang. Macam-macam kan?
.
Ada banyak poin menarik yang saya kutip. Tapi saya teruja dengan cerita mereka ni pasal beras herba pony Faiza dan biskut jenama Julie.
.
Jenama Julie ni bila nak masuk ke pasaran negara China asyik kena tolak. Kena tepis. Kena halau.
.
Jenama Julie ni buka kecil anak. Bermula seawal tahun 1985. Awalnya tiada siapa mahu terima. Mereka usaha juga.
.
Jenama Julie cuba 22 kali untuk masuk pasaran China. Kali ke 22 baharu diterima. Sekarang ini mereka bekalkan 100 kontena biskut sebulan ke China.
.
Macam beras Faiza. 5 tahun awal orang tak peduli. Beli beras lain. Siapa nak makan beras sihatkan? Orang tetap beli jenama yang mereka telah sebati.
.
Beras Faiza terus buat product awareness. Terus iklan. Semasa kempen BMF hampir RM100 juta juga barangan jenama Faiza terjual.
.
Kedua syarikat ini ada satu persamaan. Mereka ada RTK - - Rancang, Tindak, Konsisten.
.
Berterusan buat. Baiki mana yang patut. Tiada noktah dalam berusaha.
.
Ini dalam bidang perniagaan. Dalam bidang apapun kunci utama masih pada TINDAKAN. Bukan sembang kencang. Bukan angkat diri.
.
Yang perlu buat ialah RTK - Rancang, Tindak, Konsisten.
.
Untuk tahun depan apa yang kita rancang? Apa tindakan mahu diambil? Akan konsistenkah kita?
.
#DrRizal

Thursday, October 10, 2019

Mahu Reboot

Salam pagi.

Di pagi ini, terngiang-ngiang di fikiran, " insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results."

Saya mahu reboot kembali satu cabang bisnes saya tetapi, mahu ikut cara yang lain. Pada masa lalu ia tidak berjaya kerana saya tidak fokus dan terlalu banyak yang mahu dilakukan.

Yes, kali ini saya akan lakukan dengan cara lain. It is time to chart a new path.

Hidupkan semangat laskar pelangi anda

FB, 091019 0830

Monday, October 7, 2019

Kisah Bisnes Silam Ome

Saya bermula perniagaan online sejak 2007.
Antaranya ---
*** Menjual di eBay.com
Cenderamata, t-shirt Dan mousepad secara dropship melalui artsnow.com
Yang paling berjaya setakat ini, kemuncaknya adalah masa zaman filem Twilight 
Belajar dengan tuan Sifulan dan noorizam.
*** Blogging
Khususnya untuk affiliate marketing. Masih lagi buat cuma tidak aktif. Kini, mula aktif kembali.
Belajar dengan tuan Rohaizad, bro Ijad.
*** Google AdWords
Belajar dengan sifu Wan Mus, tentang Google AdWords. Ada beberapa kejayaan kempen yang dijalankan.
Beliau memang otai AdWords. Saya syorkan siapa yang mahu belajar AdWords supaya hubungi beliau.
*****
Kepada cikgu-cikgu di atas terima kasih banyak-banyak atas ilmu yang dicurahkan.
Kenapa perkembangan bisnes online dahulu slow? Kurang FOKUS Dan DISIPLIN.
Itu dulu Azmir 1.0, kini Azmir 2.0  doakan kejayaan saya 


FB 031019, 0935

Salah satu seminar dahulu Ome sertai

Wednesday, October 2, 2019

Tentang Ammar Zahar dan Azian Usman

Saya dah bergaul lama dalam dunia bisnes internet, specifically internet marketing. Banyak ilmu telah dipelajari cuma fokus untuk menjalankan ilmu itu yang kureng sedikit 
Dalam pengalaman saya tentang pembelajaran ilmu bisnes online, pelbagai produk2 IM telah saya beli dan guna. Ada ilmu yang okay dan ada yang tidak okay 
Jadi saya nak cerita tentang dua IM yang produk2 mereka yang telah saya beli dan gunakan.
Tuan Ammar Zahar (Jootawan)
Saya mengenali beliau sejak produk A+ Dan terus kepada produk2 mania beliau. Dengan kisah latar hidup yang penuh inspirasi, beliau berjaya menjadi IM yang proven, iaitu apa yang dia ajar, betul dan menjadi.
Tuan Azian Usman (Zyan)
Bermula dengan product Teknik Clickbank, beliau byk menghasilkan produk2 digital. Yang terbaru adalah Rahsia Dropship Shopee di mana diajar cara buat Dropship di platform Shopee.
Ada lagi yang saya belum senaraikan dan cerita di sini.

posted on FB 28/9