Dr Rizal Abu Bakar |
Beberapa hari lepas sembang dengan beberapa orang bisnes. Orang yang ada kilang. Ada macam-macam bisnes. Orang yang lebih dari 20-30 tahun duduk dalam sepak terajang bisnes.
.
Mereka ni pernah kena sailang dengan partner bisnes sendiri. Partner bisnes buat bisnes macam anak beranak punya. Siap rembat duit dan tak nak pulangkan.
.
Lepas tu kena tuduh macam-macam. Yang sailang tuduh mereka yang sailang. Macam-macam kan?
.
Ada banyak poin menarik yang saya kutip. Tapi saya teruja dengan cerita mereka ni pasal beras herba pony Faiza dan biskut jenama Julie.
.
Jenama Julie ni bila nak masuk ke pasaran negara China asyik kena tolak. Kena tepis. Kena halau.
.
Jenama Julie ni buka kecil anak. Bermula seawal tahun 1985. Awalnya tiada siapa mahu terima. Mereka usaha juga.
.
Jenama Julie cuba 22 kali untuk masuk pasaran China. Kali ke 22 baharu diterima. Sekarang ini mereka bekalkan 100 kontena biskut sebulan ke China.
.
Macam beras Faiza. 5 tahun awal orang tak peduli. Beli beras lain. Siapa nak makan beras sihatkan? Orang tetap beli jenama yang mereka telah sebati.
.
Beras Faiza terus buat product awareness. Terus iklan. Semasa kempen BMF hampir RM100 juta juga barangan jenama Faiza terjual.
.
Kedua syarikat ini ada satu persamaan. Mereka ada RTK - - Rancang, Tindak, Konsisten.
.
Berterusan buat. Baiki mana yang patut. Tiada noktah dalam berusaha.
.
Ini dalam bidang perniagaan. Dalam bidang apapun kunci utama masih pada TINDAKAN. Bukan sembang kencang. Bukan angkat diri.
.
Yang perlu buat ialah RTK - Rancang, Tindak, Konsisten.
.
Untuk tahun depan apa yang kita rancang? Apa tindakan mahu diambil? Akan konsistenkah kita?
.
#DrRizal
No comments:
Post a Comment