SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Wednesday, October 2, 2019

Tentang Ammar Zahar dan Azian Usman

Saya dah bergaul lama dalam dunia bisnes internet, specifically internet marketing. Banyak ilmu telah dipelajari cuma fokus untuk menjalankan ilmu itu yang kureng sedikit 
Dalam pengalaman saya tentang pembelajaran ilmu bisnes online, pelbagai produk2 IM telah saya beli dan guna. Ada ilmu yang okay dan ada yang tidak okay 
Jadi saya nak cerita tentang dua IM yang produk2 mereka yang telah saya beli dan gunakan.
Tuan Ammar Zahar (Jootawan)
Saya mengenali beliau sejak produk A+ Dan terus kepada produk2 mania beliau. Dengan kisah latar hidup yang penuh inspirasi, beliau berjaya menjadi IM yang proven, iaitu apa yang dia ajar, betul dan menjadi.
Tuan Azian Usman (Zyan)
Bermula dengan product Teknik Clickbank, beliau byk menghasilkan produk2 digital. Yang terbaru adalah Rahsia Dropship Shopee di mana diajar cara buat Dropship di platform Shopee.
Ada lagi yang saya belum senaraikan dan cerita di sini.

posted on FB 28/9

Sunday, September 29, 2019

Video Bisnes Saya Yang Pertama

Semasa di Seminar Ammar Zahar pada hari Sabtu, 28 October 2019, lepas, beliau mengajar/menunjukkan cara buat video.

Dan di bawah adalah video bisnes pertama saya. Secara ringkas, Ome bercerita tentang tuan Ammar Zahar dan tuan Azian Usman:)




Diambil dengan my hp Neffos X1 Lite, di lokasi Jootawan Group. Video pertama, so masih boleh diperbaiki :)


Wednesday, September 25, 2019

Sunday, February 10, 2019

Asal usul Bisnes Online Saya Dan Pelajarannya (Bahagian Satu)

Saya ada buat beberapa catatan di Facebook beberapa hari lepas. Rasa mahu kongsi di sini ...

Saya mula masuk bisnes online sejak tahun 2007. Sifu pertama saya ialah tuan Saifulsham. Waduh sudah 12 tahun .... berkepuk poket saya? no .... sebab apa? nanti saya cerita ...

Sambungan cerita ... Pelbagai kursus bisnes online says pergi ... eBay, AdWords, ebook, etc ... Bagus2 Dan says faham. Masalahnya, tidak pernah applikasi atau bila applikasi, give up n menyerah. Lepas itu, mula balik dan kitaran itu berlaku semula. Cuba itu dan ini. Kesimpulan, masalahnya FOKUS dan komitmen. Jawapannya senang sahaja, dan realitinya pahit :/ benar kan?

Akan bersambung lagi ...

Wednesday, September 19, 2018

Cara Buat Duit Dengan Duit Dengan Shopee

Shopee.com.my sekarang ini menjadi medan popular pembeli online masa kini. Bersesuaian dengan itu ramai yang mahu tahu cara menjual di shopee, untuk mengambil peluang pasaran pembeli di sana.

Ome syorkan rakan2 yang berminat untuk buat duit dengan Shopee, klik di link di bawah mengenai kisah Jenin, seorang peniaga menjana pendapatan lumayan 4 angka dengan Shopee.

Selamat membaca :)




Friday, September 15, 2017

Petua Adam Khoo Tentang Hidup Dan Bisnes

Adam Khoo, salah seorang jutawan yang saya hormati memberi beberapa petua cara beliau menjalankan hidup dan bisnes beliau.

Petua-petua beliau


  1. Boleh mendapat pendapatan iklan dengan cara Youtube.
  2. Jangan lupa keluarga dan orang tersayang, walaupun fokus dengan kejayaan kerjaya dan akademik.
  3. Kerja boleh menjauhkan diri dari keluarga tersayang, tetapi membuatkan kita lebih sayang kepada mereka. Tetapi, jangan berjauhan terlalu lama.
  4. Ada pelbagai cara menjana pendapatan. Fokus satu cara sehingga ia berjaya, sebelum mencuba cara yang lain. Buat terlalu banyak cara pada masa yang sama boleh membawa kepada kegagalan.


Anda boleh baca artikel sepenuhnya di sini.

Saya setuju dengan semuanya, khususnya no 4. Saya ada menulis tentang fokus di post ini dan ini. Dan saya bersalah kerana terlalu banyak benda mahu buat sebelum ini, tetapi akhirnya tidak ada apa yang menjadi.

Benarlah kata pepatah Melayu, "Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran .."

Selamat Berniaga :)