SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Wednesday, September 19, 2018

Cara Buat Duit Dengan Duit Dengan Shopee

Shopee.com.my sekarang ini menjadi medan popular pembeli online masa kini. Bersesuaian dengan itu ramai yang mahu tahu cara menjual di shopee, untuk mengambil peluang pasaran pembeli di sana.

Ome syorkan rakan2 yang berminat untuk buat duit dengan Shopee, klik di link di bawah mengenai kisah Jenin, seorang peniaga menjana pendapatan lumayan 4 angka dengan Shopee.

Selamat membaca :)




Friday, September 15, 2017

Petua Adam Khoo Tentang Hidup Dan Bisnes

Adam Khoo, salah seorang jutawan yang saya hormati memberi beberapa petua cara beliau menjalankan hidup dan bisnes beliau.

Petua-petua beliau


  1. Boleh mendapat pendapatan iklan dengan cara Youtube.
  2. Jangan lupa keluarga dan orang tersayang, walaupun fokus dengan kejayaan kerjaya dan akademik.
  3. Kerja boleh menjauhkan diri dari keluarga tersayang, tetapi membuatkan kita lebih sayang kepada mereka. Tetapi, jangan berjauhan terlalu lama.
  4. Ada pelbagai cara menjana pendapatan. Fokus satu cara sehingga ia berjaya, sebelum mencuba cara yang lain. Buat terlalu banyak cara pada masa yang sama boleh membawa kepada kegagalan.


Anda boleh baca artikel sepenuhnya di sini.

Saya setuju dengan semuanya, khususnya no 4. Saya ada menulis tentang fokus di post ini dan ini. Dan saya bersalah kerana terlalu banyak benda mahu buat sebelum ini, tetapi akhirnya tidak ada apa yang menjadi.

Benarlah kata pepatah Melayu, "Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran .."

Selamat Berniaga :)


Saturday, September 2, 2017

Petua Asas Untuk Marketing

Saya petik nasihat emas ini dari brc.my,

"Nak buat marketing secara online ke offline? Di Facebook ke Instagram ke Adwords ke blog?"

Jawapan:

1. Kenalpasti: Siapa pelanggan?

2. Di mana pelanggan berada?

3. Market-kan di mana pelanggan berada.

4. Tidak kiralah offline atau online. Facebook atau Instagram atau Adwords atau blog atau emel atau isyarat asap atau pasar malam.

5. Market-kan di mana pelanggan berada. Ye, sengaja ulang.

Tolong #forward mesej ni pada kawan-kawan ye?

----

Saya sangat2 syorkan rakan2 pergi ke laman ini, brc.my, dan juga join kumpulan telegram dan FB mereka. Sangat2 berbaloi pengetahuan yang diberikan.

Monday, June 5, 2017

Sunday, January 1, 2017

Budaya 'Copy' Kembali

Pemilik pakej RajaAdsense membuat posting di FB beliau (dibawah) tentang produk Raja Adsense dijual secara tidak sah di lelong.com.my

Dan saya pun membuat periksa di lelong.com.my. Betul rupanya,


di sini linknya, tapi telah hilang, dibuang oleh lelong.

Kasihan tuan Shamsuriyadi yang penat berusaha menghasilkan produk evergreen ini. Ini megingatkan saya kepada post saya mengenai penyakit sharing is caring di pasaran tempatan.

Semoga tuan Shamsuriyadi tabah dengan dugaan ini.

Wednesday, December 21, 2016

Tulislah Walaupun Sepotong Ayat 1

Sebenarnya banyak idea untuk menulis. Tetapi, terlalu banyak sehingga tepuk otaks ini.

Yang pasti 2017 adalah tahun perniagaan Ome, InsyaAllah.