SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Tuesday, January 6, 2009

Rahsia Pertama FLB Pro

Kata2 Nizam sendiri ..

" Salam Ome,

Anda pernah buat kesilapan ini?

Anda membeli kereta baru, rumah baru atau TV plasma
baru dan menggunakan duit gaji anda untuk membayarnya?

Jika YA, anda telah membuat kesilapan besar...

Tetapi jangan risau, kerana hampir 95% orang lain juga
membuat perkara yang sama... termasuk saya! :-)

Saya ingin katakan apa yang biasa anda lakukan bukanlah
taktik para jutawan. Jutawan menggunakan satu taktik yang
cukup licik untuk membeli apa sahaja yang mereka mahukan
...secara PERCUMA. Huh?

Saya telah menggunakan teknik rahsia ini setelah saya membaca
buku bestseller, Robert Koyasaki "Rich Dad Poor Dad".

Dalam buku tersebut Robert menceritakan satu hari seorang broker
kereta menelefon dan berkata yang kereta idaman beliau,
Porsche edisi terbaru baru sahaja tiba dan mengajak beliau melihatnya.

Robert yang memang mengidamkan kereta Porsche terpegun
melihatnya dan tanpa berfikir dua kali terus membeli kereta Porsche
ini secara hutang. Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman
selama 5 tahun. Ya, beliau sudah pun menjadi jutawan tetapi
tetap mahu berhutang! Macam mana tu... ok, biar saya terangkan.

Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama
5 tahun. Kemudian apa yang beliau lakukan ialah mencari
satu projek hartanah dan menyewakannya. Duit sewa dari
projek hartanah tersebut digunakan untuk membayar sewa
bulanan kereta Porsche. Secara logiknya, bukankah beliau
membeli kereta ini secara percuma?

Dan baru-baru ini saya berminat dengan satu laptop HP. Sebelum
ini saya menggunakan desktop HP tetapi anak saya, Allyssa
asyik membebel hendakkan komputer untuk bermain games.

Jadi apa yang saya lakukan ialah saya menulis satu email
ringkas dalam masa 10 minit dan hantarkan kepada list saya.
Dalam masa seminggu, saya lihat RM3200 dalam akaun bank
dan tanpa membuang masa saya terus membeli laptop HP.

Konsep jutawan yang ingin saya jelaskan disini ialah jika anda
mahu membeli sesuatu yang mahal harganya, anda perlu memikirkan
satu cara untuk membayar ansuran bulanan tanpa perlu mengeluarkan
duit kocek anda sendiri.

Ingat duit yang masuk kekocek anda ialah aset, dan duit yang keluar
dari kocek anda ialah hutang! Jika anda pelik mengapa anda masih
lagi tidak hidup senang, inilah punca sebenarnya. Bukannya gaji anda
kecik, anda sudah 10 tahun tak promote, boss anda kedekut, isteri anda
habiskan duit anda atau apa juga alasannya.

Sebenarnya punca mengapa sesorang tidak hidup senang ialah mereka
menggunakan duit gaji setiap bulan untuk membayar kereta, minyak kereta,
rumah, bil astro, susu anak.. semuanya. Sebab itulah setiap hujung bulan
akaun bank anda semakin berkurangan. :-(

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Cari punca pendapatan baru! Jangan hanya bergantung kepada satu
punca pendapatan sahaja. Jika satu punca pendapatan bermasalah,
anda mempunyai cabang duit lain yang boleh membantu.

Banyak punca pendapatan yang boleh anda fikirkan. Antaranya ialah
internet, gayapos, mlm (meniaga larut malam?), ejen insuran, pasar malam
dan banyak lagi yang boleh anda fikirkan. Cari sesuatu yang sesuai dengan
jiwa anda dan impian hidup anda.

Ome, konsep kekayaan ini nampak mudah tetapi impaknya akan
membuatkan anda melarat seumur hidup atau anda bakal bergelar seorang
jutawan satu hari nanti. Buka minda anda dan cuba fahamkan.

Orait, jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain! "

----------------------------------------

Ha, ingin mengetahui lagi kata2 M0hd Nizam, klik di SINI.

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009


Salam semua ..

Wah , 2009 sudah sampai. Jadi ke mana teman2 mahu pergi .. pastikan diri anda dan keluarga selamat okay.

Apakah azam tahun baru anda ? Bagi Ome, pada awal 2008, Ome ingin mencari pendapatan tambahan ..terutama sekali pendapatan pasif .. buat sekali, pendapatan datang berkali2 .. dan pada program FLB Pro, Ome telah menjumpai program yang menepati citarasa Ome. Salah satu sebab utama Ome menyertai program FLB Pro ialah ia bukan skim cepat kaya. Pendapatan dari program2 dalam FLB Pro ... oops, Ome kata program2 ke ? ;-) anda akan tahu bila anda menyertai program ini.... pendapatannya bergantung kepada usaha DAN kreativiti anda menjalani program FLB Pro anda.

Oklah, itulah nukilan Ome untuk kali ini.. ada banyak lagi cerita tetapi kita simpan untuk 2009 ye ;-) ..

--------------------

" Anda mahu bergerak ke hadapan pada tahun 2009 ? Bergerak ke hadapan, bukan ke belakang ... " klik di SINI untuk memulakan tahun 2009 anda !!

Monday, December 29, 2008

Bonus FLB Pro

Salam kawan2 semua ..

Tiba2 Ome diam je dua tiga hari ye ... bukannya apa, Ome pergi bercuti sementara bersama isteri dan anak. Tidak pergi jauh mana, somewhere sekitar Klang Valley aja. Namun, masa Ome pergi bercuti, Ome tidak risau sangat tentang bisnes Ome sebab ia tetap berjalan menggunakan salah satu teknik yang diajar dalam program ini :-) .. so, no worries beb ...

Setelah balik dari cuti, Ome mendapatkan pakej yang Ome tunggu - tunggu semenjak Ome sign up untuk program ini. Pakej ini membuat FLB Pro sungguh unik programnya.



Satu BONUS Program Formula Luar Biasa ialah teknik gayapos yang diajar bersama teknik pemasaran Internet. Teknik2 itu didedahkan dalam buku kuning di gambar atas. Setelah membaca buku itu beberapa kali, all I can say is, " Wow ... banyaknya peluang untuk membuat duit secara gayapos " .. nampak remeh temeh, tetapi potensi pulangannya, sungguh mengkagumkan.

InsyaAllah, Ome akan menjalankan program2 gaya pos ini dan melaporkannya di sini.

Oh ye, Salam Maal Hijrah pada pembaca Muslim blog ini. Moga Tahun 1430 H ini membawa perubahan lebih positif kepada kita semua :-)

-----------------------------

" Bergerak ke hadapan, bukan ke belakang .. ", jika sudah bersedia untuk ke hadapan, sila klik di SINI !

Thursday, December 25, 2008

Peringatan !




Ha.. tiba - tiba Ome menulis mengenai peringatan pulak ;-) ... sebenarnya, Ome baru sedar bahawa pasti ada kebimbangan mengenai program FLB Pro ini sama ada ianya betul atau tidak, in other words, " Ini program scam ke ? "

Setelah menerima respons dari pihak Mohd Nizam, Ome membuat keputusan bahawa ia BUKAN scam. Untuk pengetahuan kawan2, program - program scam ini senang membuat pelbagai pengakuan dan cerita - cerita enak tetapi hai, indah khabar dari rupa. Untuk pengetahuan kawan2, setelah menyertai program ini, bro Mohd Nizam telah menghantar email untuk memberi panduan tentang program ini.

Jika anda serius ingin menjana pendapatan melalui internet, program FLB Pro adalah permulaan yang cukup bagus ! :)

Jadi, mengapa Ome kata FLB Pro adalah permulaan cukup bagus ? Tunngguuuu ..... ;-)

-------------

" Bergerak ke hadapan, bukan ke belakang ... ", anda sudah bergerak ke hadapan, klik di SINI.

Wednesday, December 24, 2008

Penantian Satu Tahun Untuk Bergerak

Seperti yang dijanjikan, sambungan kisah semalam .... :-)

Setelah mendapat email - email awal daripada Mohd Nizam memang teruja juga Ome dengan program FLB Pro ini, tetapi hati kecil mula berkata, " Ini program tipu la, sebab apa kosnya RM 295 ? ". Dan pelbagai lagi pertanyaa lagi mula timbul. Terus terang Ome katakan, kos program ini iaitu RM 295, yang menghalang Ome menyertai program ini.

Jadi hidup pun berterusan, FLB Pro hanya menjadi igauan Ome. Kadangkala, apabila melihat iklan-iklannya di internet, tergerak juga untuk mengikut kembali perkembangan FLB Pro ini. 

Apa yang menggerakkan Ome iaitu satu kesedaran bahawa selagi Ome tidak berani menanggung risiko dan mengambil tindakan ( ACTION ), selagi itulah impian Ome untuk berjaya dalam perniagaan Internet tidak akan tercapai. There always risk in starting a genuine business and a price to pay. Ome kuatkan hati dan anggap RM 295 ini adalah pelaburan Ome terhadap diri Ome sendiri. Cuma kalian fikirkan, apakah pelaburan yang paling bagus ? Ia adalah pelaburan atas diri sendiri.  Jutawan internet tersohor Irfan Khairi sendiri mengesyor anda melabor pada diri anda, mendapatkan ilmu, untuk berjaya dalam perniagaan internet. Kalau tidak percaya lihat pada screen shot bawah ....



Link ke artikel ini adalah di sini.

Jadi, Ome berniat bahawa pelaburan Ome untuk program FLB Pro ini adalah untuk mendalamkan ilmu Ome dalam perniagaan Internet.

Apa yang berlaku selepas mengeluarkan modal RM 295 ? Tunggu pada post seterusnya ... :-)

-------

" Bergerak ke hadapan, bukan ke belakang. " Laburkan sedikit RM untuk kejayaan anda masa hadapan.  Untuk bergerak ke hadapan, klik di SINI  sekarang !

Monday, December 22, 2008

Langkah - Langkah Permulaan

Cerita Ome bermula begini...

Pada lewat tahun 2007, Ome telah melihat iklan FLB Pro Mohd Nizam ni di salah sebuah forum yang Ome sertai. Jadi, Ome pun sign up dan membaca email - email yang dihantar oleh Mohd Nizam. Memang menarik juga kata - kata dan testimoni yang diberikan oleh Mohd Nizam tentang program yang beliau jalankan.

Tetapi, seperti biasa, Ome bukan senang2 menerima kata - kata sebegitu. Oleh itu, Ome membuat research di internet tentang program ini.

Pertama sekali, Ome telah melayari forum tersohor perniagaan internet negara WangCyber.com, dan bertanyakan mengenai program tersebut.

Di bawah adalah screenshot pertanyaan Ome pada masa itu. 



Sila klik pada screenshot di atas untuk melihatnya dengan lebih jelas.

Link ke pertanyaan tersebut boleh didapati di sini

Respons yang diberikan agak memberangsangkan, biasalah ada positif dan negatif. Ome juga telah pergi ke beberapa laman lain yang disebutkan dalam post tersebut, antaranya Maizul dan Shamxo yang juga telah menyertai program FLB Pro.

Tapi, mungkin rakan2 bertanya, post ni tarikhnya lewat 2007, sekarang ni sudah lewat 2008, mengapa lambat sangat menyertai program ini ?

Jawapannya, adalah di post seterusnya :-) ...... TUNNGGGUUUU .... ;-)

---------------------------------------------

" Bergerak ke hadapan, bukan ke belakang .. ", untuk memulakan langkah anda, klik di  SINI