SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes forex dan internet - eBay dan internet marketing , jadi sila rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-)

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !



Saturday, December 31, 2011

2011 Quick Review

2011 Review --- macam - macam boleh saya katakan ... secara ringkas, kata kuncinya adalah FOKUS :) dan sekarang ini, saya sedar itulah kelemahan saya. FOKUS.

Semoga 2012 perniagaan saya terus berjaya ! :) InsyaAllah, Amin.

Sunday, November 6, 2011

Omelife dan Pemasaran Facebook

Salah satu hasil projek FB marketing seminar oleh tuan Faisal, adalah pengolahan semula blog perniagaan Herbalife saya, iaitu omelife.blogspot.com.
Blog ini adalah blog pemasaran bisnes Herbalife saya. Memang sudah lama saya fikirkan bagaimana untuk mempromosi blog ini. Selepas seminar tuan Faisal, saya menjalankan kempen di Facebook selama 2 minggu ( 25 / 10 - 5 / 11 ). Hasilnya, trafik ke laman saya meningkat, dan saya menjana sekumpulan likes untuk fanpage FB saya. Jualan juga meningkat ( nombornya rahsia ;-) ), dan dapat menampung kos pengiklanan di FB.

Pelajaran

  1. Facebook Ads, dilakukan dengan betul, menolong kita mengenali pelanggan kita secara terperinci.
  2. Pastikan anda ada bajet mencukupi untuk kempen Facebook Ads ( PPC )
  3. Facebook wajib menjadi salah satu alat pemasaran bisnes IM anda :)

Saturday, October 15, 2011

Kisah di WAT Mega Gathering 2011

Jumaat malam Sabtu lepas, ada gathering graduan ( Wealth Academy Trader ) di Tropicana Golf Resort, Petaling Jaya. Sebagai salah seorang graduan, saya juga menghadiri sesi ini. Tujuan utama himpunan ini ialah untuk Conrad memberi penerangan kepada anak2 murid beliau, termasuk saya tentang pasaran kewangan sekarang. Analisis beliau jitu dan padat seperti biasa.

Bagi saya, sesi sebegini menyeronokkan kerana dapat berjumpa Conrad dan rakan2 trader yang lain. Selain daripada berjumpa kembali, dapat juga bertukar - tukar fikiran dan idea. Dan bila berjumpa dengan mereka kali ini menyedarkan betapa masih jauh perjalanan saya sebagai seorang trader.

Satu pelajaran dalam dunia trader ... kalau anda fikir anda telah tahu, anda akan gagal ... kerana dalam trading, anda sentiasa berada dalam keadaan pasaran yang tidak menentu .... dan persiapan ( analisis dan rancangan ) adalah sangat penting. Saya masih belajar lagi ....

Kata Gary, seorang mentor, bila saya kata " I love trading ", dia menjawab, " Of course, trading is like a drug la .. "... " Azmir, treat it like a business, then you will be fine ... "

Adakah anda treat apa yang anda ceburi ( forex, trading, etc ) sebagai bisnes ? Jika anda treat it as a hobby, then hasilnya macam hobby juga ...