SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Thursday, March 31, 2011

Seminar Live Internet Ewen Chia & Patric Chan

Bila - 26 and 27 Februari 2011
Di Mana - Hotel Intercontinental KL ( nama lama Hotel Nikko )

Apa yang berlaku

Seminar internet anjuran dua otai internet, Ewen Chia dan Patric Chan di mana kedua - dua mereka telah memberikan panduan dan petua mengenai perniagaan internet.

Yang menarik ialah bila kedua-dua mereka mengumumkan pakej latihan pernigaan internet yang mendapat sambutan hangat oleh peserta - peserta seminar. Di sini, konsep pre-selling and selling ditunjuk secara live. Kedua - duanya memang berbisa.

Siapa yang datang

Ramai yang datang dan antaranya adalah IM - IM Malaysia seperti Team Penang ( Zamri Nanyan, Razif Yusof, Rosli Shafiee ), Tuan Mawardee and Tuan Jamal ( Pakar Ebook ). Jumpa saya berjumpa Tuan Bernard ( Pakar Squeeze Page )
Bersama Ewen Chia

Bersama Patric Chan

Jamal Pakar Ebook, Mawardee, protege Mawardee ?

Bernard Pakar Squeeze Page

Team Penang - Zamri Nanyan, Rosl Shafiee, Razif Yusof

Saya senaraikan petua - petua yang diberi oleh mereka ....\

  • branding - jenama - betapa pentingnya jenama anda dalam pemasaran internet .. semua orang siapa Ewen Chia dan gelaran - World's No 1 Affliate ... 
  • building a list - untuk berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu mailing list, as the money is in the list ... satu petua yang diberi oleh ramai pakar pemasaran internet.
  • relationship - penting untuk mempunyai perhubungan yang rapat  dengan mailing list .. bagi Ewen Chia, mereka harus 'dibela' kerana mereka adalah sumber pendapatan anda.

Kesimpulannya, perjumpaan dengan otai2 ini mengajar saya satu perkara utama.. mereka bukan berbeza daripada kita, tetapi mereka melakukan langkah2 dan tindakan yang luarbiasa untuk berjaya dalam perniagaan internet. Jika mereka boleh, kita pun boleh juga ...

No comments:

Post a Comment