SELAMAT DATANG KAWAN :-)
Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.
Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.
Wednesday, October 27, 2021
Cara Nak Buat Bisnes Online
Monday, October 25, 2021
Tidak Ada Peluru Emas
Untuk berjaya dalam bisnes tiada peluru emas, kerja keras itu wajib. Cuma, perlu pastikan juga kerja bijak. Tahu apa yang perlu buat dan buat.
Apa yang perlu buat? Cari ilmu.
Buat? Buat Ilmu, dapatkan kesan tindakan, adjust mana patut, dan buat lagi dan lagi.
Sunday, October 24, 2021
Anda Ada Grit?
Anda ada grit? Iaitu sanggup bersusah payah menghadap dugaan. Untuk berjaya, kita perlukan grit. Juga, belajar dari susah payah itu supaya tidak ulang lagi.
Lihat dan dengar video di bawah
Saturday, October 23, 2021
Berkawan Dalam Bisnes
Dalam bisnes, pentingnya menjalankan perhubungan dengan kawan-kawan sebidang dengan kita. Yang pasti, no man is an island dalam dunia bisnes. Sebab akan ada masa kita perlukan pertolongan lain.
Jangan sekadar mengambil, tanpa memberi, kerana sebenarnya dunia bisnes kita tidak sebesar yang kita sangkakan. What goes around, comes around ye.
Friday, October 22, 2021
Ringkaskan Fokus Anda dan Lakukan Tindakan Cara Steve Jobs
Dalam biografi mendiang Steve Jobs oleh Walter Isaacson, beliau ada menulis salah satu kekuatan Jobs iaitu kuasa fokus. Bagi Jobs... "Deciding what not to do is an important as deciding what to do ", he said. That's true for companies and it's true for products." (336, Isaacson).
Dalam sesi melihat senarai produk selepas baru mengambil alih Apple, beliau melihat betapa caca marba senarai produk Apple, yang dipersembahkan oleh jurutera-jurutera Apple ketika itu. Akhirnya, selepas minggu, beliau terus hentikan semua persembahan-persembahan jurutera kerana tidak berpuas hati dengan apa yang beliau lihat. Beliau mengusulkan, atas papan whiteboard, satu kotak segiempat, dengan empat kuadran. - Consumer, Pro ... Barisan - Desktop, Portable.
Beliau ringkaskan bahawa semua produk Apple akan meggunakan quadrant ini mulai saat itu. Dan sejak itu Apple
Mengapa saya cerita tentang babak ini? Kerana ia menunjukkan betapa pentingnya fokus dan tindakan yang selanjutnya selepas fokus. Tahu apa yang perlu lakukan dan tidak perlu lakukan. Bagi saya, inilah saat Apple mula kembali sebagai gergasi perkomputeran sehingga peringkat sekarang.
Apa yang kita gunakan? Fokus tetapi jangan terlalu fokus kepada banyak benda. Ringkaskan fokus anda dan bertindak selepas iu.
Rujukan
Steve Jobs by Walter Isaacson, Little, Brown 2011. Edisi 2011
PS/ Ome juga ada menulis tentang fokus di sini Pengajaran kembali.