SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Tuesday, February 16, 2021

Bukhari BRC Business Gameplan Preview

 Malam tadi, duduk sesi Zoom BRC bersama Bukhari Ramli.

Biar beberapa gambar ini berbicara ...




Secara ringkas, saya akan join program beliau bulan 3 nanti. Saya dah join bulan Januari lepas, tetapi saya mahu sertai kali ini, sebab sesi Januari banyak merungkai minda bisnes saya.

Link untuk daftar : brc.my/bsg 

Follow BRC di Facebook dan Twitter 

Mungkin kalian bertanya, is it worth it? Yes. Kerana beliau lain dari lain konsep pemikiran dan applikasi bisnes beliau.


Sunday, February 7, 2021

Video Temuramah Tuan Ammar Zahar di NTV 7

 Ini video tuan Ammar Zahar dan isteri di NTV 7. Lebih kurang 5 tahun lebih macam tu, saya pun tak ingat ;) tapi, isinya tetap relevan untuk sekarang. Enjoyz :)





Thursday, December 24, 2020

2021 - Sanggupkah Anda Berkorban?

 Bila baca post ini, Ome fikir ini adalah sebab utama ramai usahawan bisnes (offline n online) tidak berjaya. Realiti bahawa nak berjaya perlukan pengorbanan ... something yg Ome baru sedar ... erk.

Tapi, baik sedar dari tak sedar ye ... yang pasti, kegagalan bukan pengakhiran, cuma feedback kepada usaha kita ... untuk kita perbaiki lagi ... jon tengol video Irfan Khairi di bawah tentang kegagalan beliau.




Monday, December 21, 2020

Domain dah renew balik :)

 Ngam2 renew balik domain kayahebat.com .. saya gunakan namecheap.com ... setakat ni, saya masih menggunakan blogger sebagai platform hosting tapi mungkin akan berubah pada masa hadapan ;) 

Yang pasti, blogging kini kembali penting ... sebab inilah platform yang anda control 100% berbanding dengan social media ;)

Wednesday, December 16, 2020

Petua Utama Youtuber Berjaya

 Salah satu minat Ome kebelakangan ini ialah menonton video Youtube keluaran MKBHD, berkenanan gajet2 teknologi. Video-video beliau menghiburkan sambil memberi informasi tentang gajet2 terkini khususnya mobile. Sekarang (17/12/2020) beliau ada 13.2 juta subscriber di Youtube beliau.

Baru- baru ini Forbes ada menemuramah beliau tentang kejayaan jenama MKBHD, nama beliau sebenar ialah Marques Brownlee. 

video temuramah beliau dalam BI

Secara kesimpulan, petua utama beliau adalah ringkas  ...

"Bila saya dan pasukan saya mahu mengeluarkan konten, kami fikir dari sudut penonton, adakah ini konten yang kami sendiri mahu tonton?"

Boleh kita gunakan petua beliau ini untuk menghasilkan video Youtube yang menarik.

PS/ Saya kembali menulis ...

Tuesday, December 17, 2019

Rancang Tindak Konsisten

Article courtesy Dr Rizal
Dr Rizal Abu Bakar
pix sumber: https://ococ.my/kenali-dr-rizal/

Beberapa hari lepas sembang dengan beberapa orang bisnes. Orang yang ada kilang. Ada macam-macam bisnes. Orang yang lebih dari 20-30 tahun duduk dalam sepak terajang bisnes.
.
Mereka ni pernah kena sailang dengan partner bisnes sendiri. Partner bisnes buat bisnes macam anak beranak punya. Siap rembat duit dan tak nak pulangkan.
.
Lepas tu kena tuduh macam-macam. Yang sailang tuduh mereka yang sailang. Macam-macam kan?
.
Ada banyak poin menarik yang saya kutip. Tapi saya teruja dengan cerita mereka ni pasal beras herba pony Faiza dan biskut jenama Julie.
.
Jenama Julie ni bila nak masuk ke pasaran negara China asyik kena tolak. Kena tepis. Kena halau.
.
Jenama Julie ni buka kecil anak. Bermula seawal tahun 1985. Awalnya tiada siapa mahu terima. Mereka usaha juga.
.
Jenama Julie cuba 22 kali untuk masuk pasaran China. Kali ke 22 baharu diterima. Sekarang ini mereka bekalkan 100 kontena biskut sebulan ke China.
.
Macam beras Faiza. 5 tahun awal orang tak peduli. Beli beras lain. Siapa nak makan beras sihatkan? Orang tetap beli jenama yang mereka telah sebati.
.
Beras Faiza terus buat product awareness. Terus iklan. Semasa kempen BMF hampir RM100 juta juga barangan jenama Faiza terjual.
.
Kedua syarikat ini ada satu persamaan. Mereka ada RTK - - Rancang, Tindak, Konsisten.
.
Berterusan buat. Baiki mana yang patut. Tiada noktah dalam berusaha.
.
Ini dalam bidang perniagaan. Dalam bidang apapun kunci utama masih pada TINDAKAN. Bukan sembang kencang. Bukan angkat diri.
.
Yang perlu buat ialah RTK - Rancang, Tindak, Konsisten.
.
Untuk tahun depan apa yang kita rancang? Apa tindakan mahu diambil? Akan konsistenkah kita?
.
#DrRizal