SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Saturday, July 2, 2016

Sebenarnya Kita Dah Ada Apa Yang Diperlukan

Bila nak buat apa2 bisnes, selalu ditekankan ilmu itu  penting, dan harus cari ilmu. Apa yang berlaku kalau kita ada mcm2 ilmu, kita tak tahu nak pilih mana satu, dan terus tercegat, tiada tindakan.
Kenudian kita bermula balik, dan perkara semula berulang. Macam pernah dengar tak?

Secara ringkas itu lah yang berlaku kpd Ome sekitar tahun ini pada awal tahun. Ome merasa tepu di kepala. Ilmu pengetahuan tetapi applikasinya .... hampeh .. senang cakap ...

Masa break, Ome imbas kembali pembabitan sejak 2007, di bidang IM, dengan saifulsham ... dan sehingga sekarang ... mmg banyak pengalaman dan ilmu yang Ome kutip. Juga kenal beberapa insan yang dulu seangkatan yang telah berjaya di bisnes masing2.
dulu
Mengapa - fokus dan usaha .. macam Ome pernah dulu tulis di sini.

Kini Ome kembali dengan fokus yang lebih tajam dan terang.

Doakan Ome berjaya.

Monday, June 20, 2016

Apa Hubungan Bakat Dengan Fokus?

Pengajaran Pertama: Bakat sentiasa ada. Untuk ia berjaya, fokus dan usaha bakat tersebut.
Menidakkannya akan 'mengosong'kan jiwa. Bukan senang, tetapi boleh dilakukan.

Bagaimana? Next post kita cerita...

Wednesday, June 8, 2016

Monday, November 16, 2015

6 Petua Untuk Berjaya Oleh Irfan Khairi

Saya sempat mengikut live broadcast IK  malam ini (16/11), di mana beliau menggunakan Facebook untuk buat live broadcast, di page beliau di sini. I did not know you can do that! :) ...

Beliau Memberi 6 Petua Kejayaan


  1. Have Fun
  2. Don't Reinvent The Wheel
  3. Matlamat Kecil 
  4. Bagitahu Orang Matlamat Kita
  5. FOKUS
  6. Automasikan Kerja Anda -- gunakan Standard Operating Procedure


Secara ringkas, have fun bermaksud kejayaan dapat dicapai dengan seronok, teruja dengan apa yang kita usahakan. Don't Reinvent The Wheel, gunakan cara-cara yang telah terbukti berkesan. Matlamat Kecil, bermaksud, walaupun matlamat besar, pecah-pecahkan kepada saiz2 yang lebih kecil, supaya lebih senang dicapai.Bagitahu matlamat kita, supaya kita bertanggungjawab terhadap matlamat kita.

FOKUS mengikut formula IK

f ikir 1 perkara masa satu masa
o ptimum waktu anda
k kemaskan tempat kerja
u usah buang masa
s iapkan dengan cepat .. set deadline

Yang akhir sekali, IK menyarankan untuk automasikan cara kerja supaya senang dilakukan oleh orang lain. Konsep SOP (Standard Operating Procedure) disarankan, di mana setiap langkah kerja dicatit. Dan diulang.

Laman rasmi beliau : www.irfankhairi.com


Tuesday, October 27, 2015

Kuasa Fokus - Bagaimana Untuk Mendapatkannya

Ome ada menulis satu post mengenai cara mendapat fokus di blog bisnes Bahasa Inggeris Ome, di sini ( maaf, dah takde).  Secara ringkas, di bawah Ome senaraikan langkahnya


  1. Kecilkan skop bisnes anda
  2. Rancang pelan tindakan untuk bisnes anda
  3. Jalankan (Execute)
  4. Tindakbalas - Belajar dan ulang langkah ke-2


Amacam? okay tak?

Ome dapati yang ramai tak menjadi bisnes mereka kerana ia terlalu luas, belum sampai kemampuan untuk uruskan keluasan. Jadi, fokus apa yang anda boleh buat dahulu.

Dan seperti Ome katakan pada post ini, sebenarnya kebanyakan kita telah ada apa yang diperlukan .....


Thursday, October 22, 2015

Anda Mahu Terus Beli Dari Taobao, Ini Caranya ....

Sebagai seorang lecturer, saya ada sekumpulan pelajar dari negara China. Bila borak-borak dengan mereka tentang beli-belah online, mereka menyebut Taobao.com, sebagai laman kegemaran mereka membeli-belah. Katanya, harga murah. Saya bertanya, mengapa tidak alibaba.com, ataupun dhgate.com? kata mereka, laman2 tersebut memerlukan pembelian besar-besaran, manakala taobao.com, boleh beli kuantiti yang kecil sedikit.

laman depan taobao.com

Tapi, memang sudah sedikit nak beli dari taobao.com. Sebab itu, ada banyak laman web yang menawarkan servis pembelian taobao.com, seperti screenshot di bawah

servis beli belah taobao

Tapi, untuk memudahkan semuanya, seorang warga Malaysia, tuan Nigel Ong, telah mengeluarkan panduan membeli di taobao.com dan menjual di laman2 web di Malaysia, iaitu Rahsiataobao.com

rahsia taobao.com

Yang bestnya panduan ialah ia dalam Bahasa Melayu, supaya mudah difahami. Tuan Nigel merupakan seorang peniaga online yang biasa dengan taobao.com .. Semua langkah dihuraikan satu persatu.

Ingat ye .... dah beli, a.m.a.l.kan .... kalau tidak, jadi khazanah sahaja.

Selamat membeli-belah di taobao.com :)