SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Monday, September 26, 2011

Projek Takut Gagal

Untuk berjaya dalam perniagaan internet, satu sifat yang mesti dibuang jauh2, adalah takut gagal. Saya sendiri akui yang saya selalu berfikiran begini ketika mula menceburi bisnes internet. Sebab itu saya kerap membeli pakej perisian / ebook yang menjanjikan 'langkah - langkah mudah ' walaupun sebenarnya  tidak mudah. Kerana saya takut gagal.

Biar saya beritahu tuan pembaca satu rahsia bisnes internet, senang sahaja, tuan akan mengalami kegagalan. Yep, tuan akan gagal ... tetapi, jika tuan belajar daripada kegagalan tuan... kemenangan akan semakin hampir. Tetapi, jika tuan mengeluh2 mengenai kegagalan tuan ... you will never learn and you will always fail.

Pesanan untuk rakan2 dan juga diri ini......

Saturday, September 17, 2011

Massive Action Ikut Adam Khoo

0Untuk berjaya dalam bidang yang diceburi,minat tidak mencukupi. Saya ulangi minat tidak mencukupi. Usaha juga perlu dilakukan BERLIPAT GANDA. Salah satu pelajaran yang saya alami dalam dunia perniagaan internet adalah untuk berjaya, usaha perlu ada. Kejayaan tidak pasti, tetapi usaha perlu ada.
Juga, boleh diadakan satu rangka strategi dan rancangan ( step by step ) untuk menjalankan perniagaan anda.

Mengikut kata Adam Khoo, yang penting adalah Massive Action dan gunakan petua ( USF ) - Ultimate Success Formula beliau ...

Ultimate Success Formula

Know What You Want
Take Massive Action
Learn From Feedback And Make Adjustments Until You Reach Your Goal

Di bawah, ada 4 video di mana Adam menceritakan USF











Saturday, September 10, 2011

Kembali

Salam kawan2 ... blog ini sudah lama tidak ada post :) Salah saya kerana sibuk dengan macam - macam benda lain. Anyway, ia hidup balik dan saya akan lebih banyak menulis dan berkongsi ( dan mengesyorkan ) ilmu perniagaan internet :)

Sunday, May 1, 2011

Buku Four Weeks To Freedom

Beberapa bulan lepas, Ome ada membeli buku 'Four Weeks To Freedom' ( 4WTF ) karya Zamri Nanyan, di mana beliau menulis perbualan beliau dengan pakar IM ( Internet Marketing ), Patric Chan. Buku tersebut adalah versi bercetak program beliau dan Patric Chan 'Four Weeks To Freedom'

Saya posing dengan buku Four Weeks To Freedome
Buku tersebut dan program tersebut adalah saling lengkap melengkapi. Pada anda yang newbie, saya syorkan anda beli buku ini dahulu dan jika anda suka dengan buku ini, dapatkan program di lamannya. ( Klik di sini ).

Dalam buku dan program, Patric Chan memberi LAPAN kunci untuk menjana pendapatan di internet.

What Do You Want To Do ? ( bisnes atau buat duit )
What is Your Niche Market ? ( apa pasaran anda )
What is your business model ? ( apa model perniagaan anda )
What is your strategy ? ( caranya ? )
What is the tactics that you will use ? ( ada beza strategy dan taktik )
Implementation dan Execution ( Cara buat kerja )
Business Maintenance ( Cara menjaga perniagaan )
Business Growth ( Cara membesarkan perniagaan anda )

Juga penting, harus difahami apakah itu aset online ?

Mahu tahu dengan lebih lanjut ? Dapatkan buku dan program tersebut untuk maklumat lebih lanjut.


Thursday, March 31, 2011

Seminar Live Internet Ewen Chia & Patric Chan

Bila - 26 and 27 Februari 2011
Di Mana - Hotel Intercontinental KL ( nama lama Hotel Nikko )

Apa yang berlaku

Seminar internet anjuran dua otai internet, Ewen Chia dan Patric Chan di mana kedua - dua mereka telah memberikan panduan dan petua mengenai perniagaan internet.

Yang menarik ialah bila kedua-dua mereka mengumumkan pakej latihan pernigaan internet yang mendapat sambutan hangat oleh peserta - peserta seminar. Di sini, konsep pre-selling and selling ditunjuk secara live. Kedua - duanya memang berbisa.

Siapa yang datang

Ramai yang datang dan antaranya adalah IM - IM Malaysia seperti Team Penang ( Zamri Nanyan, Razif Yusof, Rosli Shafiee ), Tuan Mawardee and Tuan Jamal ( Pakar Ebook ). Jumpa saya berjumpa Tuan Bernard ( Pakar Squeeze Page )
Bersama Ewen Chia

Bersama Patric Chan

Jamal Pakar Ebook, Mawardee, protege Mawardee ?

Bernard Pakar Squeeze Page

Team Penang - Zamri Nanyan, Rosl Shafiee, Razif Yusof

Saya senaraikan petua - petua yang diberi oleh mereka ....\

  • branding - jenama - betapa pentingnya jenama anda dalam pemasaran internet .. semua orang siapa Ewen Chia dan gelaran - World's No 1 Affliate ... 
  • building a list - untuk berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu mailing list, as the money is in the list ... satu petua yang diberi oleh ramai pakar pemasaran internet.
  • relationship - penting untuk mempunyai perhubungan yang rapat  dengan mailing list .. bagi Ewen Chia, mereka harus 'dibela' kerana mereka adalah sumber pendapatan anda.

Kesimpulannya, perjumpaan dengan otai2 ini mengajar saya satu perkara utama.. mereka bukan berbeza daripada kita, tetapi mereka melakukan langkah2 dan tindakan yang luarbiasa untuk berjaya dalam perniagaan internet. Jika mereka boleh, kita pun boleh juga ...

Saturday, March 12, 2011

Update Projek Google Sniper

Salam sejahtera kawan2 :)

Maaf kerana lambat update sedikit beberapa minggu ini, InsyaAllah, akan ada lagi beberapa update yang akan dipostkan nanti ;-)

 Ome telah membeli pakej Google Sniper hampir sebulan lepas ... setelah mengikut langkah2 asas yang diberikan .. syukur laman sulung yang Ome dirikan ada di muka surat pertama google.com.my untuk frasa yang Ome sasarkan. Satu perkara yang penting dalam dunia IM ialah kita tidak akan belajar apa2 kecuali kita buat apa yang kita pelajari daripada pakej / ebook / seminar IM. Taking action is very, very important. Dan Ome telah learn satu pelajaran SEO baru dengan laman sulung ini :) Nanti akan Ome update perkembangan projek Google Sniper ;-)

Okay2, nanti Ome akan cerita pula pengalaman di Seminar Live Internet Business, anjuran dua otai, Ewen Chia dan Patric Chan.

Salam mesra.