SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Tuesday, July 13, 2010

Ulasan Seminar Ammar Zahar 2009

Salam kawan2.

Pada October 2009 tahun lepas ( 24 & 25 ), saya ada menghadiri seminar affiliate marketing Ammar Zahar. Sedikit background mengenai pakar IM ini- beliau pada masa itu merupakan seorang pelajar UPM yang menjadi sensasi IM Malaysia kerana semenjak bergerak aktif dalam IM pada awal 2009, beliau dapat menjana pendapatan yang lumayan daripada bisnes pemasaran affiliate. Linknya di sini.

Apa Yang Best

1. Ilmu Affiliate Marketing - teknik2 dan petua2 yang beliau sampaikan adalah hebat dan padat
2. Dapat berbicara dan berkenalan dengan Ammar sendiri - beliau seorang yang peramah dan tidak lokek memberi ilmu ... kisah IMnya membuat saya kagum dengan semangat anak muda ini ...
3. Nasihat beliau untuk berjaya dalam dunia IM - " Consistent Dan Persistent "

Apa Yang Tidak Best

1. Workshop ini tidak sesuai untuk IT newbie / lemah IT knowledge. Ada peserta yang saya lihat ( terutama yang berumur sedikit .. senior citizen ) yang terang2 nampak blur / lost, di pertengahan workshop. Yang ini, saya harap Ammar dapat maklumkan pada bakal2 peserta apabila workshop ini akan diadakan lagi.

Keseluruhannya, workshop ini berbaloi dan wajib dihadiri.

PS / Lama saya peram ilmu saya belajar daripada beliau .. sekarang baru nak praktik. Salah saya, sekian terima kasih :-)



Friday, June 25, 2010

Laman Baru Niche Blog

Salam semua ...

Ome baru sahaja melancarkan niche blog terbaru Ome, iaitu di bidang forex. Ia dibina khusus untuk mempromosi sistem kuasa forex. Linknya di sini.

Berikan cadangan apa yg anda ingin mahu lihat dan baca di blog ini.

Terima kasih :)

Saturday, June 5, 2010

Forex Nitty Gritty Test Drive

Salam kawan2.

Sebagai seorang trader, Ome sekarang ni sedang menilai kursus 'Forex Nitty Gritty' oleh Bill Poulos yang ada di laman www.forexnittygritty.com ... memang banyak maklumat dan petua yang diberikan. Harga kursus itu adalah USD 39.97, tetapi buat masa ini, Ome hanya membayar USD 4.97 untuk test-drive kursus ini untuk 14 hari. Kalau Ome suka, Ome akan dibil USD 19.97 / sebulan untuk dua bulan berturut2.

Mengapa Ome belajar ? Sebagai seorang trader, education never ends. Education boleh melengkapkan teknik trading yang Ome gunakan sekarang.

Monday, May 31, 2010

Kembali

Salam sejahtera.

Ye, saya banyak berhutang post dengan rakan2 dan juga pelawat blog ini. Nampaknya, saya melihat ramai yang datang ke sini untuk bertanya mengenai flb pro ( formula luarbiasa ) dan forex. Saya akan kemaskinikan lagi post2 saya.

Yang upcoming 2 - kisah kelas Ammar dan Mawardee yang saya hadiri lewat tahun lepas ! ( lama overdue tu ;-) )

Tuesday, November 10, 2009

Peringatan Untuk Newbie Perniagaan Internet

Salam sejahtera semua.

Salah seorang otai IM Malaysia, Smartzul, baru - baru ini menulis sebuah artikel yang padat dan pedas ( ye pedas ) mengenai perniagaan IM. Peringatan bagi semua khususnya diri ini mengenai perniagaan internet.

Menurut beliau

- banyak produk yg hebat, tetapi janji terlampau manis
- pentingnya after sales support kepada pembeli
- pentingnya list anda ( beliau ada cerita mengapa tidak join PPL )

Saya syorkan kalian ke blog beliau dan subscribe kerana beliau adalah salah seorang otai IM masa kini ;-)

Artikel beliau di bawah

Saudara-saudari pembaca yang amat saya hormati…

Kegagalan seseorang di dalam perniagaan internet biasanya hanya disalahkan kepada si gagal tersebut. Mereka dikatakan malas, tidak berusaha, tidak mahu keluarkan modal dan macam-macam lagi. Dalam satu keadaan, memang ia benar. NAMUN, adakah kesalahan itu langsung tidak dipikul oleh pihak lain?

Saya tergerak hati untuk menulis artikel ini kerana saya sudah teramat kecewa dengan produk-produk yang menjanjikan kemanisan yang terlampau. Saya akui, dahulu, saya ada mempromosikan beberapa produk tertentu. Namun kini, saya sedikit ‘tegas’ di dalam mempromosikan mana-mana produk panduan perniagaan internet atau buat duit.

Jika saya mahu merasai hasil komisen dengan mempromosikan produk-produk sebegitu, saya tidak perlu pun memikirkan kebajikan orang lain kerana ia bukan masalah saya. Janji saya senang, kenyang, happy, cukuplah. Peduli apa dengan orang lain. Tapi, saya tidak mahu begitu.

Setakat ini, saya telah mendapat beribu-ribu ringgit dengan hanya mempromosi produk orang lain sahaja. Pendapatan saya melalui program affiliate sahaja pun mencecah lima angka dan menjadi top affiliate bagi kebanyakan produk tersebut. Tapi, mengapa saya tidak terlalu tergila-gilakan wang dan kesenangan sendiri, sebaliknya sering memikirkan kebajikan orang lain?

…Jawapannya adalah tanggungjawab seorang Islam.

Saya tidak mengatakan semua produk tidak bagus atau sekadar melepas batuk di tangga. Namun, sebahagian besarnya amat mengecewakan. Saya sudah sakit telinga mendengar keluhan kecewa oleh pembeli yang termakan umpan. Duit gaji mereka banyak diguna semata-mata mengharap janji itu menjadi kenyataan.

Di antara penyebab kekecewaan saya terhadap mereka adalah:

  • Tiada sokongan selepas jualan yang baik. Jika produk berharga ratusan atau ribuan ringgit, sepatutnya bahagian sokongan mesti diutamakan sebagai timbal balik kepada pembelian pelanggan.
  • List (emel) yang saya sumbangkan disalah-gunakan oleh mereka dengan mempromosikan produk yang tidak berkualiti. Maka sebab itu saya tidak berminat menyertai mana-mana program PPL untuk meminimakan ‘risiko’ ia disalah-guna. Saya tidak mahu bersubahat dengan IM sebegitu.
  • Pembeli dibiarkan terkontang-kanting.
  • Janji-janji manis tidak dipenuhi.
  • Pelanggan dipermain-mainkan dan diperbodoh-bodohkan. Pembeli terus menerus dimomokkan dengan kejayaan jika beli produk ini, sukses jika beli produk baru ini dan itu.
  • Mereka lebih kepada opportunity base iaitu menjual harapan menggunung. Bukan ‘menjual’ bantuan, pendidikan dan bimbingan.
  • Mereka hanya mahu buat duit, bukan buat bisnes sebenar. Amat bertentangan dengan kaedah saya.
  • Komitmen yang mendukacitakan. Di dalam JV katakan, ia bukan sekadar sebelum dan semasa jualan produk. Tetapi selepas tempoh jualan pun kita perlu ada komitmen iaitu menjaga sebaik mungkin pelanggan yang rakan JV berikan kepada kita.
  • Janji-janji sama yang tidak meyakinkan saya untuk mempromosikan produk mereka. 100 kali janji yang sama, tapi adakah kali ke-101 ada perubahan? Berikan saya keyakinan beserta bukti.
  • Produk yang lebih kurang sama dengan produk-produk sebelum. Tiada apa yang beza, cuma tukar ganti ayat sahaja selain menambah satu dua perkara baru + cerita-cerita kejayaan mereka.

Apabila diperhatikan senarai di atas, ia bukanlah masalah produk 100%, tetapi masalah penjual atau usahawan internet (internet marketer) tersebut. (Saya tidak mahu menggunakan istilah usahawan internet kerana istilah ini hanya sesuai untuk mereka yang benar-benar melakukan perniagaan dan keusahawanan, bukan sekadar menjual.)

Saya tidak suka mencari salah orang atau bercakap mengenainya. Tetapi sebagai khalifah di muka bumi ini (kita semua), selain saya perlu mencari rezeki untuk perut sendiri, namun saya juga bertanggungjawab menyatakan kebenaran walaupun ia pahit. Saya tidak mahu bersubahat untuk menyusahkan orang lain.

Bagi mereka yang sering gagal, berhentilah mempercayai janji-janji manis dan belajarlah dengan cara yang sebenarnya. Mencari seseorang yang jujur teramat susah di zaman ini. Maka, perlunya kesabaran yang tinggi di dalam usaha dan pembelajaran. Tiada pil ajaib untuk berjaya sekelip mata.

Sesungguhnya sikap terlalu taksub untuk mudah berjaya adalah sesuatu yang amat disukai oleh sebahagian besar Internet Marketer. Kerana, orang yang bersikap sebegitu teramat mudah untuk diumpan.

Dan bagi Internet Marketer yang tidak mendidik dan membimbing pembeli dengan sepatutnya, atau tidak menjaga mereka dengan baik, atau hanya mementingkan perut sendiri, lakukanlah sesuatu yang terbaik sebelum kegagalan usaha anda bermula. Ini adalah nasihat ikhlas saya.

Apalah guna jika mendapat puluhan atau ratusan ribu tetapi dengan duit itu kita dimaki-maki, dimarah-marah dan tidak dihalalkan oleh pembeli yang tertipu? Mahu berbangga-bangga dengan pendapatan itu? Enjoy, happy, hebat, senang dan berharta dengan pendapatan itu? Hidup kita pasti akan gundah-gulana dengan pendapatan sebegitu. Sudah-sudahlah…

Artikel ini bukan bermaksud saya mahu mengatakan orang lain tidak bagus dan saya lebih baik. Tidak sesekali. Ini hanya sekadar saling ingat-mengingatkan sahaja sebagai saudara seagama termasuk mengingatkan diri saya sendiri. Saya juga sentiasa memperbaiki mana-mana kelemahan saya. Cuma, jika kesalahan itu diulang-ulang dengan sengaja, apakah maksudnya itu?

Selain itu, tulisan saya ini adalah juga suara daripada mereka yang telah kecewa dan tertipu dengan sesetengah IM termasuklah IM-IM yang mempunyai nama dan gelaran. Itu kata mereka. Sejauh mana sahihnya, saya kurang pasti. Tapi, saya seringkali mendengar keluhan kekecewaan ramai orang terutama mereka yang baru ingin bermula di dalam arena IM ini.

Ingin saya ulangi di sini, kebanyakan produk bukan tidak bagus. Tetapi yang dipersoalkan adalah janji-janji manis yang palsu. Apa yang dijanjikan pada laman web, hanya tipu daya semata-mata. Bagi saya, walau bagaimana pun panduan tersebut, ia tetap bagus kerana ia adalah ilmu. Maka, jangan salahkan produk, tapi salahkan orang yang menjualnya.

Ya, benar. Terkadang produk bagus sekali mana pun, tapi jika pembeli tidak berusaha dan malas bertindak, maka sudah pasti itu salah mereka. Yang menjual panduan itu hanya sekadar menunjuk jalan dan yang membeli itu perlu melaluinya sendiri. Tetapi, bagaimana jika jalan yang ditunjukkan itu jalan yang bersimpang siur, jalan mati dan sering bertukar-tukar jalan?

Artikel ini bukanlah provokasi, tidak berpuas-hati atau sebagainya. Tetapi ia adalah ikhlas daripada saya untuk melihat industri IM di Malaysia bukan hanya didominasi oleh sesetengah pihak sahaja atau berlakunya sesuatu yang boleh merosakkan bidang ini.

Dan tulisan saya ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak melainkan ini semua sebagai satu usaha untuk muhasabah agar kita tidak jauh tergelincir. Mengkritik itu bukan bererti bermusuh. Tidak sependapat itu tidak bermakna tidak suka.

Dengan ini, jika masih ada yang tertipu dengan mana-mana Internet Marketer, ia bukan lagi tanggungjawab saya kerana saya telah menyatakan peringatan ini. Saya telah berlepas diri.

Sudah-sudahlah…

Wassalam.

Yang ikhlas,
SmartZul

Nota Kaki:

1. Artikel panduan membeli ebook berikut amat-amat wajib dibaca untuk mengenalpasti ebook yang berkualiti dan bukan ebook scam:

http://blog.smartusaha.com/panduan-beli-ebook-di-internet/

2. Pada tahun 2007, saya pernah menulis mengenai hakikat perniagaan internet. Boleh lihat senarai artikel bersiri tersebut di sini:

http://blog.smartusaha.com/hakikat-sebenar-perniagaan-usahawan-internet/

3. Baca juga artikel Panduan Menyertai Bengkel Perniagaan Internet berikut:

http://blog.smartusaha.com/panduan-menyertai-bengkel-perniagaan-internet/

4. Adakah mereka yang mendapat puluhan ribu sebulan itu bermaksud mereka hebat? Benarkah? Dan benarkah pada setiap bulan mereka mendapat lima angka secara konsisten? Sebahagian rahsia mereka dibongkarkan di sini:

http://blog.smartusaha.com/rahsia-mendapat-puluhan-ribu-sebulan-melalui-internet/

—————————-

Sumber Artikel: http://blog.smartusaha.com/sudah-sudahlah/

Monday, October 26, 2009

Seminar Affiliate Marketing Ammar Zahar Dan Mawardee : Ulasan / Review Preview :-)

Salam sejahtera pada pembaca semua :)

Sudah lama ya saya tidak update blog. InsyaAllah, saya akan update lebih kerap selepas ini.

Pada hujung minggu lepas, saya telah menghadiri 2 seminar affiliate marketing otai IM, iaitu Ammar Zahar dan Mawardee. Memang saya sudah lama bergiat dalam kegiatan affiliate marketing. Kalau nak kira ebook dan buku2 yang dibeli memang sudah banyak tentang affiliate marketing ini, tetapi bagi Ome, bila menghadiri seminar atau face to face, ilmunya lagi berkat dan lebih bermakna.

Nanti, di post - post seterusnya, Ome akan ceritakan pengalaman dan pengajaran dari kedua2 seminar tersebut :)

PS / terngiang2 kata Ammar " Persistence and Consistent "