Beberapa hari ini saya mahu memindahkan blog ini ke lokasi yang lebih cantik. Bukan tidak suka Blogger, tetapi lebih bagus kalau hosting itu hosting sendiri. Baru nampak cantik. Tetapi, isi di blog ini masih sama, dan dikekalkan, untuk bacaan masa hadapan.
Itu sebab saya tuliskan tajuk di atas bertukar tanah, rumah tetap sama. Kerana alamat blog masih sama cuma tanah di mana blog ini duduk akan berubah. Domain name ibarat rumah, manakala hosting adalah tanah.
Saya bercadang menggunakan hostgator sebagai hosting saya. Bukan saya tidak percaya hosting tempatan tapi semua laman saya kecuali satu berada di hostgator jadi saya lebih yakin dengan mereka.
Petua Hosting
1. Pastikan kos hosting anda mampu milikki
2. Lihat saluran bantuan (customer support) mereka. Adalah anda selesa dengan saluran-saluran sebegini?
3. Pastikan pakej hosting ada pada peringkat permulaan. Jika anda baru bermula, ambil pakej hosting yang paling murah. Selalunya, bila penggunaan tuan bertambah, anda boleh tambah (upgrade) pakej hosting anda.
Itu sahaja cerita saya kali ini ;-) ...
PS/ baru-baru ini saya hampir terkena penyakit BSO. Apa BSO? Ceritanya di sini.