Pages

Friday, January 11, 2013

Sifoo Amazon review

Salam kawan2,

Sekarang ini, Ome tengah mengulas Sifoo Amazon secara panjang dan lebar di forum WangCyber, di thread ini. Ada 15 modul dalam pakej Sifoo Amazon dan Ome baru habis mengulas 7 modul.

Pakej Sifoo Amazon adalah produk tuan Asyraf Aziz, hasil dengan kerjasama tuan Amirol Zulkifli, mengenai teknik menjana pendapatan melalui affiliate Amazon. Caranya mudah, iaitu membuat laman review produk2 yang dijual Amazon. Apa yang nak dijual, bagaimana, etc, dikupas dalan pakej ini.

Apa yang membezakan produk ini dengan produk teknik Amazon yang lain di pasaran tempatan ialah hadiah tema premium blog wordpress khusus untuk laman review. Pakej yang lain tidak ada tema ini.

edit 26/2 - Produk Sifoo Amazon sudah tiada.

Saturday, January 5, 2013

Lahirnya Azmir Ismail Maju Trading :)

Syukur, alhamdullillah .. setelah berdolak dalik untuk sekian lama, telah lahir syarikat saya sendiri iaitu Azmir Ismail Maju Trading ( 002190300-P ) , pada 31hb December 2012. Bila diberitahu oleh beberapa rakan tentang promosi 5 tahun SSM, saya terus ambil peluang untuk mendaftar sambil menjimatkan kos pendaftaran.

Bagi Ome, yang penting adalah pendaftaran ini menandakan komitmen Ome terhadap bisnes. Dan nama syarikat yang dipilih adalah ringkas dan tepat, A.I.M Trading ;-) cantik tidak singkatannya ? ..

Semoga A.I.M Trading terus berjaya ;-) dan tahun ini adalah tahun pertamanya ...

Sukses buat semua !