Pages

Saturday, October 20, 2012

Lihat dan Nampak

Berbincang dengan mentor forex saya, pengasas KuasaForex, Tuan Nasir Yaacob baru - baru ini, memberikan saya beberapa perkara trading untuk difikirkan.

Antara kata - kata beliau, " Ramai trader yang melihat carta yang sama tetapi sebahagian kecil sahaja yang nampak ". Tambah beliau, seorang trader yang berpengalaman  harus tahu nampak carta bukan melihat carta.

Tambah beliau, " Ilmu yang saya berikan sebenarnya bukanlah untuk anak murid menggunakan sahaja ilmu itu. Beliau juga harus membuat kajian tersendiri supaya beliau sendiri boleh memahami ilmu tersebut dan mengaplikasinya mengikut cara kalian. "

Dua nasihat yang cukup bagus yang membuka perspektif baru.