SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Sunday, January 9, 2011

Teaser Review Seminar Pakar Ebook

Hari ini saya telah menghadiri seminar Pakar Ebook Jamal bagi pembeli2 pakej ekslusif Pakar Ebook. Saya sibuk mendengar sambil mencatit nota - nota presentation Jamal dan juga speaker2 jemputan beliau .. yang pasti, sangat2 berbaloi kehadiran saya ke seminar tersebut dengan ilmu2 yang dicurahkan. Cuma, saya terkilan kerana tidak bernetwork kali ini .. mungkin sebab segan dan mahu menumpukan fokus pada seminar itu.

Review saya akan bersandarkan petua-petua penting Jamal dan speaker2 jemputan beliau ... Tuan Muaz Hadi, Tuan Syawal Singapore, Tuan Suthan M, Tuan Sham Edymart ...

Yang pasti semua belajar perkataan baru " Kepoweran " :) 


Saturday, December 11, 2010

Syukur

Saya ada menceritakan pengalaman setahun lepas pergi ke Seminar Smart Blogging Bro Rohaizad di JB, di mana saya belajar untuk menjana RM dengan blogging di sini.

Blog2 telah lama ada, cuma aktiviti promosi tidak dilakukan mengikut tunjuk ajar yang diberikan. Sejak dua bulan lepas, saya telah sedar daripada tidur dan terus melakukan aktiviti promosi - promosi. Dan syukurlah, akhirnya, mendapat hasil pertama, iaiti USD 60. Kisahnya boleh dibaca di sini.

Pengajaran
- untuk berjaya harus ada TINDAKAN dan FOKUS
- perlu ada elemen PERCAYA kepada apa yang anda buat
- it is never too late to start,kerana anda tidak akan mendapat apa-apa selagi belum bermula !

Terima kepada cikgu, Bro Rohaizad, untuk ilmunya dan tidak jemu membimbing kami peserta Smart Blogging :)

Ini adalah langkah pertama dalam perjalanan yang jauh dan menyeronokkan :)












Sunday, November 28, 2010

Kisah Ome Dengan FLB Pro

Salam sejahtera,

Semasa melihat statistik blog ini melalui Google Analytics, ramai yang datang ke blog ini dengan keyword 'flb menipu' .... hehe.. oklah, untuk pengetahuan kawan2, dulu Ome memang memulakan blog ini, dengan tujuan menjual formula luar biasa, tetapi sekarang ini Ome tidak aktif lagi menjual produk ini.

Ome ada memulakan thread mengenai FLB Pro di laman WangCyber di sini, sila klik untuk melihat jawapan yang diberikan ...

Beberapa  fakta mengenai FLB Pro
  • Ia adalah program sah oleh Mohd Nizam
  • Ia ada dua komponen - komponen affiliate & komponen gayapos
  • Anda akan mendapat barang - barang untuk dijual dan juga buku-buku panduan care menjana pendapatan dengan barang - barang diberikan.

Pendapat Ome - jika anda membeli program ini, saya syorkan anda memberi komitment 100% untuk memasarkan produk ini. Boleh baca laporan percuma FLB Pro dengan link saya di sini .

Untuk newbie, FLB Pro adalah permulaan untuk anda berdagang di dunia internet.

Selamat berniaga :)








Sunday, September 19, 2010

Kisah di Seminar Smart Bogging

Gambar di post sebelum adalah sebahagian peserta Smart Blogging di JB sekitar December 2009. Dan, saya adalah salah seorang pesertanya. Seminar ini dianjurkan oleh bro Rohaizad, salah seorang otai IM tempatan yang merupakan blogger full time.

Salah sebab utama saya datang ke seminar / workshop ini adalah untuk melihat sendiri bagaimana blogging boleh menjana RM. Dan hasilnya, betul :-) dalam seminar / workshop tersebut, bro Izad telah bercerita dan menunjukkan cara from A to Z bagaimana beliau menjana RM daripada blog. Sungguh mudah sekali :)

Bagi saya, jika anda serius mahu berblogging .. Bro Izad adalah salah sumber terbaik untuk anda berbuat begini.

fyi, saya tidak dibayar2 apa untuk post ini.

Monday, September 6, 2010

Siapakah Mereka2 Ini ...

Lihat gambar di bawah  ... siapakah mereka ini dan apakah cerita di sebaliknya ?


Next post saya akan ceritakan pengalaman saya bersama mereka .... :)