SELAMAT DATANG KAWAN :-)

Salam mesra.

Selamat Datang ke laman web ini ! :-)

Dalam laman ini, saya akan berkongsi kisah2 saya dalam menjalani bisnes internet/trading, jadi sila rajin-rajin datang kembali untuk melihat kisah terkini :-) Komen-komen anda juga sangat dialu-alukan.

Post ini adalah post yang teratas jadi untuk melihat entri terkini, sila skrol ke bawah. :-)

Kita jumpa lagi !

Untuk benda2 trading saya, TAYOR ye (Trade At Your Own Risk). Apa yang saya tulis dalam trading hanya untuk saya dan tujuan pendidikan saya.



Showing posts with label mawardee; internet marketing; pemasaran internet; seminar. Show all posts
Showing posts with label mawardee; internet marketing; pemasaran internet; seminar. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Projek Takut Gagal

Untuk berjaya dalam perniagaan internet, satu sifat yang mesti dibuang jauh2, adalah takut gagal. Saya sendiri akui yang saya selalu berfikiran begini ketika mula menceburi bisnes internet. Sebab itu saya kerap membeli pakej perisian / ebook yang menjanjikan 'langkah - langkah mudah ' walaupun sebenarnya  tidak mudah. Kerana saya takut gagal.

Biar saya beritahu tuan pembaca satu rahsia bisnes internet, senang sahaja, tuan akan mengalami kegagalan. Yep, tuan akan gagal ... tetapi, jika tuan belajar daripada kegagalan tuan... kemenangan akan semakin hampir. Tetapi, jika tuan mengeluh2 mengenai kegagalan tuan ... you will never learn and you will always fail.

Pesanan untuk rakan2 dan juga diri ini......

Saturday, July 17, 2010

Ulasan Seminar Mawardee

Setelah menghadiri seminar Ammar Zahar, saya juga menghadiri seminar Mawardee yang diadakan pada 25 Oktober 2009 di UIA. Seperti Ammar, Mawardee juga seorang pelajar yang berjaya di dunia affiliate marketing Malaysia, esp PPL ( pay per lead ). 

  Apa Yang Best

1. Jumpa rakan seminar Ammar Zahar di seminar Mawardee ;-) 
 2. Ilmu Affiliate Marketing yang disampaikan oleh Mawardee. Ada yang sama dan ada yang berbeza dengan ilmu Ammar Zahar. 3. Dapat mencedok pengalaman Mawardee sendiri tentang perniagaan beliau.

  Apa Yang Tidak Best

1. Seperti workshop Ammar, seminar ini tidak sesuai untuk IT newbie / lemah IT knowledge. Ada peserta yang saya lihat ( terutama yang berumur sedikit .. senior citizen ) yang terang2 nampak blur / lost, di pertengahan workshop. Yang ini, saya harap Mawardee dapat maklumkan pada bakal2 peserta apabila workshop ini akan diadakan lagi. 

 Keseluruhannya, workshop ini berbaloi dan wajib dihadiri. PS / Lama saya peram ilmu saya belajar daripada beliau .. sekarang baru nak praktik. Salah saya, sekian terima kasih :-) Di bawah adalah gambar kami post seminar.